Selangkah aku menghampiri-Mu, seribu langkah Kau akan mendekatiku…
Judul : The Wedding Breaker
Penulis : Evelyn Rose
Muka Surat : 642
Harga : RM25
Rumusan Kisah :
Kesucian Ariana Rose diragut oleh Tengku Adam Kamil kerana marah dan
sebagai ugutan utk mengetahui cerita sebenarnya di sebalik lakonan Ariana Rose
yang mengandung dan mengaku kandungan itu adalah milik Tengku Adam Kamil pada
hari pernikahan Tengku Adam Kamil sehingga menyebabkan pernikahan itu
dibatalkan.
Ariana Rose melarikan diri setelah hampir dinodai buat kali kedua
oleh Tengku Adam Kamil menyebabkan Tengku Adam Kamil berubah 360 darjah. Tengku
Adam Kamil yang menyedari perasaan
mendalamnya terhadap Ariana Rose kecewa dan menyesal, akhirnya mula mendalami
ilmu Islam.
Pertunangan yang diatur keluarga disambut ‘baik’ tanpa sebarang
bantahan dan tanpa mengetahui identiti masing-masing. Rahsia pecah bilamana
Tengku Adam Kamil terpandang gambar hari pertunangannya yg tidak dihadiri
olehnya!
Petikan-petikan dari dalam novel:
“Too late, Ariana.” Satu kucupan lembut hingga di ubun-ubun Ariana,
ke pipinya dan terhenti di telinganya. “Don’t mess up with me again, sayang…” –
m/s 41
“Virgin? After what you have done to me last night you said I’m
still a virgin?” – m/s 52
“But I can’t marry you, Ariana. You cantik. The most beautiful woman
I have ever met. Thank God you tak jadi model ke artis ke… but… our status are
not the same. You stay dengan I, I bagi you apa saja yang you nak. Kereta?
Duit? Rumah/ just say it. I tahu gaji you as a kerani tak cukup, kan? Lagak
Adam yang terlampau yakin itu, memang menyakitkan hati. – m/s 64
“Can you stop this, Ariana. Tak payahlah berpura-pura. Does it hurt
so much to remember me?” berpuaka betul mulut Adam. Bukan puaka tapi celaka! It
hurts a lot to remember you! Bentak Ariana, tapi dalam hati sahaja. Dia takkan
kalah dengan permainan Adam. – m/s 92
Hanya Ariana yang terbayang dalam benak fikirannya. Tapi saying… dia
takut jika dia mengahwini Ariana, ia akan menjatuhkan statusnya di mata
kawan-kawannya yang lain. Permintaan agar Ariana menjadi perempuan simpanannya
pula ditolak mentah-mentah oleh gadis itu. – m/s 102
Romantik. Sangat romantic, bisik Ariana. Kalau dia berjumpa dengan
Adam sebelum dia dipertemukan dengan Adam dalam peristiwa hitam dulu, pasti dia
sudah jatuh cinta kepada Adam seperti gadis-gadis lain. Tapi pengalaman
mengajarnya untuk lebih berhati-hati. Tengku Adam Kamil tidak akan sesekali
mengambilnya sebagai isteri. Kata-kata Adam berputar kembali dalam benak
hatinya. – m/s 150
“You ruined me and what do you expect? Huh?! Act like a Mary? Mother
Theresa? I’m ruined and what’s wrong with acting like one? Should I remind you
what you have done to me before?” Kalau dia hendak berpeleseran dengan lelaki
sekalipun, apa hak Adam untuk menghalangnya? Bukankah Adam juga yang telah
merosakknya suatu ketika dulu? – m/s 216
Ariana masih terkial-kial untuk bangun. Dia bergelut dengan perasaan
panic yang berlegar dalam dirinya dan keinginan untuk melarikan diri dari situ.
Semakin Adam merapati semakin badannya menggigil ketakutan. Dia tidak rela
disentuh oleh Adam seperti malam itu lagi. Dia nekad untuk melarikan diri.
Ariana bergegas turun dari katil. Kainnya yang sendat menyukarkan
pergerakannya. Dia terjatuh, kepalanya terhantuk pada bucu kotak kayu yang
berada di hujung kaki katil. – m/s 220
Tangan Ariana ditolak oleh uminya agar ke depan. Ariana kembali
menumpukan sepenuh perhatiannya. Puan Sri Lisdania menyarungkan cincin ke jari
manisnya, menandakan Ariana Rose Hussein sudah selamat ditunangkan. Pipinya
dicium sekali lagi oleh bakal mertuanya. Tangan wanita itu disalaminya sekali
lagi. – m/s 260
Air matanya tidak dapat diseka lagi. Adam menangis sepenuh hatinya
tapi suaranya ditahan agar tidak didengar oleh warga rumah yang lain. Mukanya
diraup beberapa kali. Air matanya meluncur laju bukan hanya kerana menyedari
Ariana Rose adalah tunangannya… tapi menyedari satu hakikat yang jauh lebih
besar daripada itu. – m/s 365
Tangannya dipegang oleh Adam sebelum menyarungkan sebentuk cincin
bertakhtakan berlian berbentuk hati. Cantik, bisiknya. Rasa-rasanya dia memilih
cincin yang berlainan sewaktu keluar dengan ibu mertuanya. Kemudian dia
memakaikan Adam sebuah jam tangan. Dia tidak suka lelaki memakai cincin,
tambahan pula acara memakaikan cincin hanyalah adat, bukan hokum yang perlu
mereka patuhi. – m/s 413
Kata ku :
Novel ini sgt2 best. Sgt2 bagus! Novel ni buat aku tak sabar nak tau
kejadian seterusnya. Suspen giler! Jalan citer yg agak sukar dijangka dan lain
drpd yg lain. Jatuh hati pada watak hero nya – Tengku Adam Kamil! Ala2 watak
Seth Tan Nora Elena pulak! Hhihihi…
Sweet sgt part majlis resepsi belah keluarga lelaki. Kejutan oleh
Tengku Adam Kamil!
Psst.. novel ni bakal didramakan jugak! Tak sabar!!!
Psst.. novel ni bakal didramakan jugak! Tak sabar!!!
Hero & Heroin : Keith Foo & Nur Fathia Credit : EDtv Oh btw, judul drama untuk citer ialah Ariana Rose. |
Kredit 5/5
Adam Mukhriz..... :D
ReplyDeletenovel yg buat tido mlm x lena
ReplyDeleteThe best drama ever!!💖💞💖
ReplyDeleteDimanakah bisa beli novel ini?
ReplyDelete