Wednesday 14 August 2013

Novel : Ad + Iz


Aku cuma berpeluang menjadi kekasihmu selama tiga jam, tiga puluh minit, tiga puluh sembilan saat… untuk itu, izinkan aku menjadi pencintamu buat sepanjang hayatku…



Judul : Ad+Iz
Penulis :  Eury Athena
Muka Surat : 636

Harga : RM21

Rumusan Kisah :

Adrianna Mayesa terjebak dalam perkahwinan kontrak disebabkan salah faham yang berlaku ketika menghantar pakaian ke rumah Tengku Farriel Izumi aka Iz, yang juga merupakan seniornya di sekolah yang selalu saja cari pasal dengannya dulu.

Iz inginkan aura Marina dalam diri Az, lantas ‘memaksa’ Ad untuk menyambung pelajarannya dan juga merubah penampilannya menjadi lebih feminin. Iz yang bersaiz XXL pula terpaksa menjalani program diet, atas desakan Ad. Perlahan-perlahan rasa itu hadir dalam diri masing-masing.

Ahli keluarga Iz yang tidak menyenangi Ad mula menyiasat latar belakang Ad. Demi kepentingan syarikat, ayah Iz sendiri berpakat dengan Marina, kekasih Ad yang telah kembali ke tanah air untuk memisahkan Ad dan Iz.

Petikan-petikan dari dalam novel :

“Hmmm… buat-buat tak faham pulak! Jadi kekasih saya untuk malam ni sahaja. Ingat! Saya tak nak sorang pun curiga atau tahu yang awak bukan kekasih saya. Saya tak nak awak malukan keluarga saya. Habis aje malam ni, kita boleh kembali macam sebelum ni; stranger a.k.a. orang asing yang saling tidak mengenali.” – m/s 17

“Aku setuju nak berlakon jadi awek kau aje. Bukan jadi bini!” bentakku. – m/s 28

“Aku dah lama kenal kau, Ril. Kenal sangat dengan perangai kau. Satu-satunya pompuan yang boleh bagi kau hangin satu badan, yang boleh buat kau sesejuk iceberg, sepanas lahar volcano, pendek kata yang buat mood kau tunggang terbalik, dari dulu sampai sekarang adalah insan yang bernama Adrianna Mayesa. Itupun selepas Ann ‘dipadam’ dari list.” – m/s 109

“Sorry sebab susahkan kau selama ni. Sampai kau terpaksa berkahwin dengan aku. Tapi rasanya ‘penderitaan’ kau akan berakhir tak lama lagi. Aku akan cuba propose Marina cepat-cepat. So that kau boleh bebas dengan hidup kau macam dulu.” – m/s 179

“Syyy… your place is with me, Adry. Be with me. Stay with me. Saya akan layan awak lebih baik dari Aril. Coz I love you… I love you so much. Lebih dari apa yang boleh awak bayangkan.” – m/s 190

“Isteri konon! Betul ke Adry tu isteri kau? Habis tu, kenapa kau layan dia macam sampah? Bila kau nak, kau datang. Bila kau tak nak, kau buang. Suami apa kau ni?” tempelak Ihsan. Ditujah-tujah dada Farriel. – m/s 212

“Bila kau dah bersedia nak beritahu keluarga kau tentang Marina dan perkahwinan kontrak kita, tolong beritahu aku. Aku  nak pergi, tinggalkan tempat ni sebelum semua benda tu jadi… sebab aku tak tau macam mana nak berhadapan dengan semua orang bila perkara sebenar dah terbongkar. Sebab aku tak tahu macam mana nak berhadapan dengan wajah kecewa nenda, Hana dan yang lain-lain. Dan yang paling penting, bagaimana nak berhadapan dengan kau bila kita dah bercerai nanti.” – m/s 266

“You tipu I, Farriel! Sampai hati you buat I macam ni! You pujuk I, you rayu I supaya balik Malaysia… untuk apa, Farriel? Untuk tengok you bersanding dengan perempuan tak berkelas ni ke?” – m/s 289

“Aku dah letih, Iz. Dah terlalu letih nak teruskan kontrak yang kita tandatangani tujuh bulan lepas. Kalau kau fikir ini salah satu cara nak mempermainkan perasaan aku, nak mempertingkatkan ego kau, anggap sahaja kau dah Berjaya! Sekarang bebaskan aku dari penjara ciptaan kau ni!” ujarku dalam sendu. – m/s 327

“Ad, kau ada aku sekarang. Selagi aku ada di samping kau, kita akan sama-sama hadapi susah senang hidup ini bersama. Selagi aku bernafas, aku akan lindungi kau dalam apa jua keadaan. Kau tak perlu takut lagi.” – m/s 436

“You ni ada amnesia, ek? You lupa ke yang you tinggalkan I? You lupa, yang you suruh I cari perempuan lain untuk diperkenalkan kepada kerabat I? Ad, isteri I tu la yang selamatkan I dan keluarga I dari mendapat malu. Ad jadi isteri I lepas you tinggalkan I. Jadi dia bukan perampas. Sebaliknya you yang cuba merampas suaminya sekarang!” – m/s 476

“Walaupun seluruh harta kekayaan kerabat Tengku, Tengku lambakkan di hadapan saya, tetap tak akan mampu membeli cinta saya terhadap suami saya, Tengku Farriel Izumi Tengku Muhammad Faris!” – m/s 526

“Tak! Aku tak pernah cintakan kau! Aku mendatangi kau kerana aku Nampak dan rindukan Ann. Aku Cuma nak mainkan perasaan kau. Untuk jatuhkan ego kau. Sebab kau main playing hard to catch. Bila aku menang, aku rasa puas!” – m/s 563

“Kita tidak boleh memilih untuk jatuh cinta kepada siapa kerana cinta itu buta. Dan cinta bukan sesuatu yang dapat dikawal oleh  manusia. Jadi, persoalan tentang siapa yang layak atau tidak, tak sesuai dibangkitkan dalam situasi ni.” – m/s 620

Kata Ku :

Jalan citer novel ni nampak macam santai, tapi actually berat la jugak. Banyak sangat konflik dan kisah-kisah ‘di sebalik tabir’ yg menjadikan citer ni berat. Konflik keluarga. Cinta bersegi-segi. Misteri diri Ad yang buat aku nervous nak tau sape sebenarnya Ad tu.

Kredit 4/5


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN!

No comments:

Post a Comment