Monday 26 August 2013

Novel : Siapa Orang Gajiku




Identitiku? Adakah begitu penting bagi mereka untuk mengetahui siapa diriku yang sebenar?


Judul : Siapa Orang Gajiku
Penulis : Azimah Lily
Muka Surat : 545
Harga : RM21

Rumusan Kisah :

Keadaan Tengku Haikal Iskandar yang hidup dalam dunianya sendiri sejak ketidakhadiran tunangnya pada hari pernikahan mereka, amat merisaukan Tengku Fauziah, nenek dan Tengku Fariza, ibunya. Tengku Fauziah nekad mengupah Sharifah Aina Aishah sebagai orang gaji di rumahnya untuk ‘merawat’ cucunya, setelah mengetahui Aina adalah Doktor Psikologi.

Aina yang ketika itu sedang ‘melarikan diri’ dari ibunya, Datin Sharifah Mawar kerana sering mendesak dia dan abangnya Syed Aril utk berkahwin, menerima tawaran nenek sahabat baiknya, Rina, dengan upah yang lumayan, bagi membolehkan dia menyalurkan duit tersebut kepada rumah anak yatim.

Setelah Haikal pulih, Sofea muncul dan hubungan mereka bertaut kembali. Merasakan Aina adalah saingannya, Sofea yang licik berjaya membuatkan Aina dihalau dari rumah Haikal semasa ketiadaan Tengku Fauziah. Haikal mula terasa kehilangan.

Pertemuan Haikal dan Aina ketika mesyuarat di Hotel milik keluarga Aina menjawab siapa sebenarnya Aina.

Petikan-petikan dari dalam novel :

“Nenek tahu, tetapi jika nenek mahu Aina menjadi doctor psikologi Haikal, masanya bersama Haikal adalah terhad berbanding masanya sebagai orang gaji. Jika Aina menjadi orang gaji, Aina mempunyai banyak masa bersama Haikal.” Terang Tengku Fauziah. Dia memandang tepat pada Aina. – m/s 50

“Dah banyak kali nenek suruh Haikal mandi, potong rambut dan cukur janggut! Ada ke Haikal dengar cakap nenek? Tak, kan? Jadi jangan salahkan nenek dan Aishah, salahkan diri kamu sendiri dulu,” marah Tengku Fauziah. Inilah yang terjadi jika kita terlalu dimanjakan. Wajahnya serius. – m/s 133

“Masa itu Haikal kecil lagi, tak tahu nak fikir. Main ikut saja. Eee… ada ke patut dia suruh Haikal pakai baju gaun perempuan? Mekap lagi? Siap ikat tocang dua lagi. Ibu, nenek, malu Haikal dibuatnya. Bila difikirkan balik, macam mana Haikal boleh ikut saja cakap Mamee Monster tu?” Haikal menjuih bibir. Memalukan! Menjatuhkan maruah aku sebagai seorang lelaki sejati. Aku harap selepas ini jangan aku jumpa dia lagi. Pasti dia akan ejek aku. – m/s 198

“Aishah mesti ikut Haikal pergi bekerja.” Haikal berpaling dan tersenyum ke arah Aina. Dia mengenyitkan matanya. Kau sudah menyusahkan aku, kau ingat aku akan lepaskan kau begitu saja ke? – m/s 230

“Nenek, tugas Aina hanya untuk memulihkan Haikal. Tentang urusan peribadi Haikal dan Sofea, itu adalah di luar tugas Aina. Hal ini tiada kena mengena dengan Aina. Aina orang luar, nenek.” Ujarnya lagi. – m/s 258

“Orang… gaji?” Walaupun nada suara Aril perlahan tetapi tegas. Aril mengetap bibirnya. Apa sebenarnya yang berlaku? Kenapa Aina menjadi orang gaji pula? Dah hilang akal ke adik aku ni? Tetapi… Haikal seperti tak tahu siapa sebenarnya Aina. Kenapa dia panggil Aina dengan nama Aishah? – m/s 343

“Dengar sini, walaupun kau orang gaji kesayangan nenek aku, aku takkan biarkan kau membuli orang sesuka hati kau. Sofea adalah orang yang sangat penting dalam hidup aku. Kau boleh perbodohkan nenek aku tetapi bukan aku!” Haikal meninggikan suara. Haikal berpaling dan memegang bahu Sofea. – m/s 372

“Aina minta maaf kerana berbohong pada auntie selama ini. Pada waktu itu, Aina hanya menjalankan tugas Aina. Bukan niat Aina untuk menipu sesiapa. Selain itu, Aina juga nak minta maaf jika Aina ada terkasar bahasa pada auntie semasa Aina bekerja di rumah auntie. Aina benar-benar minta maaf. Aina nak minta sesuatu dari auntie.” Aina teragak-agak untuk menyatakannya. Walau apapun hal ini mesti diselesaikan juga. – m/s 445

“Apa maksud Rina yang Aina diculik? Siapa yang culik Aina?” Suara Tengku Fauziah meninggi. Berita yang disampaikan oleh Rina mengejutkan dirinya. Dia tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Rina. - m/s 513

Kata Ku :

Penuh dgn drama dan suspen! Berdebar-debar nak tau citer seterusnya. Tapi, actually, citer ni lebih kepada citer kekeluargaan. Kisah percintaan hanyalah elemen kedua dalam citer ni. Banyak konflik yang aku rasa buat watak hero dan heroin agak tenggelam. Love story yg mature bagi aku tapi tidak begitu dikembangkan sgt. So tak payah nak expect babak comel, sweet dan loving-loving gitu. Macam ada sorang blogger ni komen, ‘tak umphh’. Bagi aku, heroin utama citer ni adalah Datin Sharifah Mawar. Adoi laa.. boleh mental aku kalau dpt mak macam tu.


Kredit 4/5

No comments:

Post a Comment