Thursday 1 August 2013

Novel : Lelaki Eksklusif


Semua yang aku lakukan ini, eksklusif untuk dirimu. Aku ingin kau rasa bertuah hidup bersamaku.




Judul : Lelaki Eksklusif
Penulis : Wan Awliya Rayqal
Muka Surat : 413
Harga : RM18

Rumusan Kisah :

Wan Mukriz bernikah dengan Nora Danisha, gadis ala-ala tomboy yg berkerja sbgi Despatch kat syarikat milik keluarganya, sebagai usaha untuk menyelamat Nora daripada dijual oleh ayah Nora kerana berhutang. Wan Mukriz sebenarnya dah syok kat Nora sejak kali pertama bertemu dengan Nora dan perhubungan majikan-pekerja di antara mereka sememangnya baik seperti kawan.

Namun, hubungan sah mereka terpaksa disorokkan daripada pengetahuan keluarga Wan Mukriz, terutamanya Wan Ariff, yang tidak pernah sukakan Wan Mukriz. Tambahan pula, Wan Ariff juga sdh jatuh hati kat Nora.

Petikan-petikan dari dalam novel :

“Belum, borang permohonan calon sedang diedarkan. Tak nak cuba-cuba isi?” seloroh Wan Mukriz. Suka hati dapat berbual begitu dengan Nora. – m/s 49

“Eh! Sejak bila pula encik bertanggungjawab ke atas kebajikan pekerja? Saya rasa sejak saya kerja dengan syarikat ni, dah berpuluh kali saya jatuh motor. Tak ada pun yang nak ambil tahu? Kalau nak ambil tahu bukannya sekarang, tapi sejak dulu lagi.” Nora masih tidak berputus asa untuk mengelakkan diri. Jawapannya juga sinis, memijarkan hati Wan Ariff yang mendengar. – m/s 87

“Tapi dengan Nora aku memang serius. Aku memang betul-betul sukakan dia. Aku akan berusaha untuk memenangi hati Nora. Dan aku yakin sangat-sangat Nora akan terima aku. Dengan apa yang aku ada sekarang ni, taka da sebab untuk Nora tolak aku. Jadi aku ingatkan kau sekali lagi, tolong jangan dekati Nora. Nora itu aku yang punya!” kata Wan Ariff dengan tegas. – m/s 182

“Tidak Nora, saya buat semua ni bukan disebabkan apa-apa. Saya betul-betul sayangkan Nora. Saya dah mula jatuh cinta sejak kita bertemu kali pertama dulu.” – m/s 196

“Betul tu Nora, buat sementara waktu buat macam biasa saja. Sampailah bos bersedia nak beritahu keluarga dia. Nora kena hargai dia sebab dia seorang lelaki yang baik. Sanggup ambil Nora jadi isteri semata-mata nak selamatkan Nora.” Nurul pegang bahu Nora. “Jangan bimbang, rahsia Nora tetap kita orang simpan,” katanya lagi. – m/s 211

“Dan semua yang ada pada honey, adalah milik bi sekarang ni. Milik bi sorang.” Wan Mukriz pegang pipi Nora. Terasa dingin. Inilah gadis yang bertakhta di hatinya sekarang ini. Gadis yang akan Wan Mukriz serahkan seluruh kehidupannya. – m/s 238

“Atuk ingat saya nak sangat bertunang dengan Sharina? Saya buat semua tu semata-mata nak sakitkan hati Mukriz. Bukan saya suka sangat dengan Sharina. Tapi tak sangka pulak Mukriz pun dah tak suka dengan Sharina. Sekarang ni kalau atuk tunangkan Mukriz dengan Sharina pun saya tak kisah.” Wan Ariff mula menyuarakan perasaannya yang berbuku. – m/s 261

Wan Mukriz bangkit melawan. Dia mengayun tumbukan ke muka Wan Ariff. “Aku dulu kenal Nora daripada kau. Sebenarnya kau tu yang keturunan perampas. Kalau mak kau tak rampas ayah daripada arwah mak aku, tentu arwah abang dan arwah mak aku masih hidup dan ayah pun tak jadi bodoh macam tu. Ini semua nenek punya pasal!” Wan Mukriz luahkan semuanya. Dia sudah tidak berupaya menyimpan terlalu lama. Hari ini dia akan hamburkan segalanya. – m/s 359

“Encik Wan Ariff, orang yang begitu menghargai wujudnya saya di dunia ini adalah lelaki yang encik kata tak guna tu. Dialah orang pertama yang memberi peluang kepada saya bagaimana rasanya hidup disayangi. Dialah orang yang saya ada ketika saya menangis. Dialah orang yang saya ada waktu saya sakit. Dan dialah satu-satunya orang yang saya ada. Saya tak boleh tinggalkan dia. Saya tak boleh lepaskan dia pergi hanya kerana saya takut hidup susah. Tiada yang paling susah dalam hidup saya kecuali satu perkara. Susah nak cari orang yang menyayangi saya.” – m/s 393

Kata ku :

Nipis sgt novel ni. Rasa tak puas baca. Hehehhe… Jalan citer dia ok la. Tapi takde buat aku nervous or excited sgt. Tapi aku geram kat Wan Mukriz yang bagi aku sangat la bagi muka kat Wan Ariff tu. Heii!!

Kredit 3/5


1 comment:

  1. Betul2...setuju sgt! Geram dgn Wan Mukriz tu.. baik sgt! :P

    ReplyDelete