Friday 12 July 2013

Novel : The Wedding Breaker



Selangkah aku menghampiri-Mu, seribu langkah Kau akan mendekatiku…



Judul : The Wedding Breaker
Penulis : Evelyn Rose
Muka Surat : 642
Harga : RM25

Rumusan Kisah :


Kesucian Ariana Rose diragut oleh Tengku Adam Kamil kerana marah dan sebagai ugutan utk mengetahui cerita sebenarnya di sebalik lakonan Ariana Rose yang mengandung dan mengaku kandungan itu adalah milik Tengku Adam Kamil pada hari pernikahan Tengku Adam Kamil sehingga menyebabkan pernikahan itu dibatalkan.

Ariana Rose melarikan diri setelah hampir dinodai buat kali kedua oleh Tengku Adam Kamil menyebabkan Tengku Adam Kamil berubah 360 darjah. Tengku Adam Kamil yang menyedari  perasaan mendalamnya terhadap Ariana Rose kecewa dan menyesal, akhirnya mula mendalami ilmu Islam.

Pertunangan yang diatur keluarga disambut ‘baik’ tanpa sebarang bantahan dan tanpa mengetahui identiti masing-masing. Rahsia pecah bilamana Tengku Adam Kamil terpandang gambar hari pertunangannya yg tidak dihadiri olehnya!

Petikan-petikan dari dalam novel:

“Too late, Ariana.” Satu kucupan lembut hingga di ubun-ubun Ariana, ke pipinya dan terhenti di telinganya. “Don’t mess up with me again, sayang…” – m/s 41

“Virgin? After what you have done to me last night you said I’m still a virgin?” – m/s 52

“But I can’t marry you, Ariana. You cantik. The most beautiful woman I have ever met. Thank God you tak jadi model ke artis ke… but… our status are not the same. You stay dengan I, I bagi you apa saja yang you nak. Kereta? Duit? Rumah/ just say it. I tahu gaji you as a kerani tak cukup, kan? Lagak Adam yang terlampau yakin itu, memang menyakitkan hati. – m/s 64

“Can you stop this, Ariana. Tak payahlah berpura-pura. Does it hurt so much to remember me?” berpuaka betul mulut Adam. Bukan puaka tapi celaka! It hurts a lot to remember you! Bentak Ariana, tapi dalam hati sahaja. Dia takkan kalah dengan permainan Adam. – m/s 92

Hanya Ariana yang terbayang dalam benak fikirannya. Tapi saying… dia takut jika dia mengahwini Ariana, ia akan menjatuhkan statusnya di mata kawan-kawannya yang lain. Permintaan agar Ariana menjadi perempuan simpanannya pula ditolak mentah-mentah oleh gadis itu. – m/s 102

Romantik. Sangat romantic, bisik Ariana. Kalau dia berjumpa dengan Adam sebelum dia dipertemukan dengan Adam dalam peristiwa hitam dulu, pasti dia sudah jatuh cinta kepada Adam seperti gadis-gadis lain. Tapi pengalaman mengajarnya untuk lebih berhati-hati. Tengku Adam Kamil tidak akan sesekali mengambilnya sebagai isteri. Kata-kata Adam berputar kembali dalam benak hatinya. – m/s 150

“You ruined me and what do you expect? Huh?! Act like a Mary? Mother Theresa? I’m ruined and what’s wrong with acting like one? Should I remind you what you have done to me before?” Kalau dia hendak berpeleseran dengan lelaki sekalipun, apa hak Adam untuk menghalangnya? Bukankah Adam juga yang telah merosakknya suatu ketika dulu? – m/s 216

Ariana masih terkial-kial untuk bangun. Dia bergelut dengan perasaan panic yang berlegar dalam dirinya dan keinginan untuk melarikan diri dari situ. Semakin Adam merapati semakin badannya menggigil ketakutan. Dia tidak rela disentuh oleh Adam seperti malam itu lagi. Dia nekad untuk melarikan diri. Ariana bergegas turun dari katil. Kainnya yang sendat menyukarkan pergerakannya. Dia terjatuh, kepalanya terhantuk pada bucu kotak kayu yang berada di hujung kaki katil. – m/s 220

Tangan Ariana ditolak oleh uminya agar ke depan. Ariana kembali menumpukan sepenuh perhatiannya. Puan Sri Lisdania menyarungkan cincin ke jari manisnya, menandakan Ariana Rose Hussein sudah selamat ditunangkan. Pipinya dicium sekali lagi oleh bakal mertuanya. Tangan wanita itu disalaminya sekali lagi. – m/s 260

Air matanya tidak dapat diseka lagi. Adam menangis sepenuh hatinya tapi suaranya ditahan agar tidak didengar oleh warga rumah yang lain. Mukanya diraup beberapa kali. Air matanya meluncur laju bukan hanya kerana menyedari Ariana Rose adalah tunangannya… tapi menyedari satu hakikat yang jauh lebih besar daripada itu. – m/s 365

Tangannya dipegang oleh Adam sebelum menyarungkan sebentuk cincin bertakhtakan berlian berbentuk hati. Cantik, bisiknya. Rasa-rasanya dia memilih cincin yang berlainan sewaktu keluar dengan ibu mertuanya. Kemudian dia memakaikan Adam sebuah jam tangan. Dia tidak suka lelaki memakai cincin, tambahan pula acara memakaikan cincin hanyalah adat, bukan hokum yang perlu mereka patuhi. – m/s 413

Kata ku :

Novel ini sgt2 best. Sgt2 bagus! Novel ni buat aku tak sabar nak tau kejadian seterusnya. Suspen giler! Jalan citer yg agak sukar dijangka dan lain drpd yg lain. Jatuh hati pada watak hero nya – Tengku Adam Kamil! Ala2 watak Seth Tan Nora Elena pulak! Hhihihi…

Sweet sgt part majlis resepsi belah keluarga lelaki. Kejutan oleh Tengku Adam Kamil!

Psst.. novel ni bakal didramakan jugak! Tak sabar!!!


Hero & Heroin : Keith Foo & Nur Fathia

Credit : EDtv 

Oh btw, judul drama untuk citer ialah Ariana Rose.

Kredit 5/5

Karya Evelyn Rose yang lain :
1. 13 Jam A380

4 comments: