Wednesday 6 November 2013

Novel : Takkan Pernah Berubah



Judul : Takkan Pernah Berubah
Penulis : Fisha
Terbitan : Jemari Seni
Muka Surat : 452
Harga : RM20

Novel ni pakej sekali dengan novel Jurutera Hati Saya dan Sungguh, Aku Jatuh Hati
Promo bulan Oktober di website Jemari Seni.

Rumusan Kisah :

Dek kerana cinta, El Iqmal melamar Shahira yang ketika itu masih menanti keputusan SPM dan Iqmal sendiri masih menuntut di IPTA.  Walaupun bersetuju dengan keputusan Shahira untuk berkahwin dengan Iqmal, ayah Shahira yang kecewa dengan pilihan Shahira telah ‘membuang’ Shahira dari rumah. Iqmal pula tidak memaklumkan hal perkahwinannya kepada keluarganya. Shahira dan Iqmal hidup bahagia walaupun hidup dengan sederhana.

Hubungan mereka diuji bila Iqmal terpaksa menyambung pengajiannya di luar negara. Shahira terpaksa ditinggalkan dengan janji Iqmal akan kembali menjemputnya. Malangnya Iqmal kemalangan sewaktu pulang ke Malaysia dan hilang ingatan.  Selepas setahun baru la Iqmal pulih dan sedar tentang kewujudan Shahira. Iqmal cuba menjejak Shahira namun hampa kerana Shahira sudah berpindah dari rumah mereka.

Jodoh menemukan mereka setelah sepuluh tahun. Adi Suffian banyak memainkan peranan ketika ini.

Petikan-Petikan dari dalam novel :

Shahira : Lebih sepuluh tahun abang hilang tapi Shira tak pernah rasa abang jauh, abang sentiasa ada. Macam matahari, walaupun kita tak nampak waktu malam tapi cahaya matahari yang bulan pinjam untuk bercahaya, yang terangkan malam yang kelam. Jadi matahari tetap ada waktu siang dan malam, sama macam abang dalam hidup Shira. Sebab itu, Shira tak pernah rasa abang hilang daripada hidup Shira. Kasih sayang abang sentiasa ada dalam hati Shira. - m/s 436

Sesungguhnya jodoh yang Allah tentukan untuk mereka adalah yang terbaik cuma mereka yang perlu berusaha untuk menjadikannya lebih baik sehingga ke akhir hayat. - m/s 452

Kata Ku :

Intro dah ok dah... Cuma rasanya Iqmal macam selfish pula. Shahira sanggup dibuang keluarga sbb nak kawin dgn dia, tapi Iqmal pula tak nak bagitau hal sebenar kat family dia.

Bila baca part Iqmal dan Shahira yang hidup susah senang lepas kawin tu, terus teringat kisah hidup sendiri. J

Was expecting something more kat tengah-tengah citer, specially bila Iqmal dan Shahira dah bertemu kembali selepas 10 tahun. Tapi, agak frust sbb semuanya macam ‘senang’ sangat. Dingin-dingin manja gitu jer. Atau mungkin juga cara pengolahan tak brp nak sampai. Apa2 pun, resipi Agar-Agar Cinta Iqmal the best! :)

Tapi, moment kat kampong bila Shahira bertemu kembali dengan keluarganya berjaya digarap dengan baik. Memang touching.


Kredit 3.5/5

No comments:

Post a Comment