Thursday 21 November 2013

Novel : Cinta… Tiada Akhirnya (Ombak Rindu 2)

Banyak kali cetak.. cover pun tukar2.. Aku baca yang cover kuning tu..

Judul : Cinta… Tiada Akhirnya
Penulis : Fauziah Ashari
Muka Surat : 596
Harga : RM22.90


Rumusan Kisah :

Sekuel  dari citer Ombak Rindu.

Hariz yang tidak mengenali Pakcik Taha telah mengambil Pakcik Taha bekerja sebagai pemandunya. Pakcik Taha yang menyamar sebagai Pak Mok akhirnya mengakui dirinya di depan Izzah dan meminta pertolongan daripada Izzah untuk menyelesaikan hutang judinya. Izzah merahsiakan perkara tersebut daripada Hariz. Hariz mendapat tahu bahawa duit yang diminta oleh Izzah tidak didermakan seperti yang diberitahu, mula mensyaki Izzah.

Izzah diculik dan terkorban di sungai. Kehilangannya sangat-sangat diratapi oleh Hariz. Salleh, adik kandung Hariz yang iri dengan kejayaan dan kebahagiaan Hariz selama ini, mula mengatur perancangan jahat.

Mila Amylia, bekas isteri Hariz masih cuba untuk mendekati Hariz walaupun telah bertunang. Disebabkan kesibukan Mila, Armand, anak Hariz dan Mila, dijaga oleh Elin, adik Mila. Elin mula tertarik pada Hariz.

Kemunculan Suri mengundang resah di hati Hariz. Hariz mula menyiasat perihal diri Suri.


Petikan-petikan dari dalam novel :

Dia tidak indah di matamu, dia tidak menggentarkan batinmu tetapi dia ada di hati kecilmu. - m/s 332

Hariz : Cinta I hanya untuk Izzah. Kalau ditakdirkan I jatuh cinta lagi, mungkin gadis  itu ada ciri-ciri seperti Izzah. – m/s 375

Hariz : Cinta misteri yang mudah diperolehi tapi sukar ditakluki dan payah dilupai. – m/s 524

Mila : Cinta sahaja tidak cukup untuk membina sebuah rumahtangga bahagia. – m/s 589

Kata Ku :

Sebelum baca novel ni, aku bayangkan dulu scene terakhir dalam filem Ombak Rindu. Alaa time Mila jumpe Izzah kat bendang tu. Saja nak ambik feel.

Mmg masa baca 2nd part ni, aku automatic terbayangkan Aaron Aziz, Maya Karin dan Lisa Surihari. Hehehehe… Banyak watak2 timbul dalam 2nd part nie. Konpius aku dibuatnya.

Agak slow tapi saspen jugak. Mula-mula ingatkan jangkaan awal aku meleset, tapi rupanya betul jugak. J

Overall, hubungan Hariz-Izzah-Salleh-Suri agak komplikated.

Moral of the story :

Suami isteri kena berkomunikasi dan berterus terang. Kalau ada apa2, terus terang untuk mengelak salah faham.

Ada sekuel lagi citer ni... Rindu Cintaku!

Kredit 3.5/5

Karya-karya Fauziah Ashari yang lain :

1. Dan Sepi Pun Berlalu
2. Bisik-Bisik Gelora
3. Rindu Cintaku (Ombak Rindu 3)

3 comments:

  1. buku ni pun ada sambungan dia jugak kan .. kalo x silap MLlah.. rasanya... tp ML pun x baca lagi... rasanya ML dan beli tp x pernah baca.. hahhaha.. boleh gitu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg ada sekuel lg citer nie.. luper nak mention... amboi, dok beli je tp tak baca ekk... hahaha

      Delete
    2. belinya dah bertahun.. masa memula novel tu kuar lg... tp x tergerak hati nak baca... hahahah

      Delete