Monday, 10 August 2015

Novel : Chandelier



Dirimu laksana chandelier. Paling menyerlah, paling cantik dan memukau perhatian... 
Tapi sayang, dikau hanya sekadar perhiasan.

Judul : Chandelier
Penulis : Acik Lana
Terbitan : Kaki Novel
Muka Surat : 814
Harga : RM32


Rumusan Kisah :

Keisha Edlina, si gold digger, hidup mewah atas tajaan lelaki kaya yang mudah tergoda  dengan paras wajah & bentuk tubuhnya yang sempurna. Walaupun begitu, Keisha masih mampu untuk mempertahankan kesuciannya. Tatkala sedar dia perlukan sebuah jaminan kehidupan yang mewah, Keisha cuba untuk megikat Datuk Eusoff dalam sebuah perkahwinan. Namun, niatnya tidak tercapai dek kerana drama yang dicipta oleh anak Datuk Eusoff.

Tan Sri Emran muncul menjadi 'hero' penyelamat. Keisha baru berangan hendak memegang gelaran Puan Sri namun impian berkecai disebabkan insiden yang menimpa Keisha. Keisha mula berputus asa. Aset yang dia ada sudah tidak sempurna. Keisha terpaksa meninggalkan Tan Sri Emran kerana tidak mampu berdepan dengan hakikat dirinya sudah tidak sempurna.

Saat ini, hanya Kaef dan keluarga Kaef sahaja tempat Keisha bergantung. Kaef sering muncul menjadi pelindungnya walaupun hubungan mereka sebelum ini tidaklah serapat mana. Keisha mula berubah. Hati mula menyayangi Kaef. Harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Keisha memilih untuk mengorbankan rasa cintanya pada Kaef kerana tidak sanggup melihat kejatuhan Kaef yang berpunca dari masa silamnya.

Kataku :

Mmg sesuai sgt judul chandelier ngan storyline citer ni.

Selepas citer Pelangi Cinta Buat Suami, novel chandelier ni paling terkesan kat hati. Bukan la kata novel lain Acik Lana x best, tapi ntah la. Maybe sebab plot citer ni. X meleret sgt. X slow sgt.

The truth is aku x bc pun sinopsis kat blkg novel. So,apa yg aku expect x betul la plak. Ingatkan Kaef & Keisha akan berkahwin di pertengahan citer, pastu rumahtangga mereka akan teruji disebabkan kekhilafan Keisha. Tapi aku salah... Aku x tau la kalau aku sanggup berkorban mcm Keisha. Hmmm.. You deserve the happiness Keisha!

Kredit 5/5


No comments:

Post a Comment