Tuesday 5 May 2015

Novel : Kerana Aku Untukmu

Duduklah berlindung dalam hatiku selama mana yang kau mahu,
Kerana seluruh jiwa, seluruh raga, dan seluruh cinta ini hanya untukmu.

Judul : Kerana Aku Untukmu
Penulis : Acik Lana
Terbitan : Lovenovel
Muka Surat : 827
Harga : RM35

Sebab pasni nak review Chandelier.. cehh.. padahal x amik pun novel dari member yang tolong belikan kat bookfair! Hahaah.. kita review dulu citer KAU ni.. Baru complete set citer Acik Lana..

Rumusan Kisah :

Perkahwinan Zenia dengan Fakry selama dua tahun, tidak pernah membahagiakan Zenia, malah hidupnya terseksa dengan maksiat demi maksiat yang dilakukan Fakry di depan matanya dan di dalam rumahnya sendiri. Fakry tidak pernah reda dengan perkahwinan yang diatur oleh ibunya, namun terpaksa mengahwini Zenia disebabkan wasiat harta ibunya. Sikap Fakry semakin teruk sehingga mengasari Zenia. Zenia dan Fakry akhirnya bercerai juga.

Zenia tekad mulakan hidup baru dan kemunculan Darriz Imdad, bekas majikan Zenia yang menaruh perasaan terhadap Zenia sejak kali pertama bertemu Zenia, mula menagih cinta Zenia. Ibu Darriz Imdad yang pada mulanya menentang perhubungan mereka akhirnya bersetuju dengan perkahwinan mereka.

Fakry mula sedar akan kehilangan Zenia dan merayu supaya Zenia kembali kepadanya. Kebahagiaan Zenia membuatkan Fakry hilang pertimbangan.

Kataku :

Macam biasa Acik Lana nyer writing mmg agak berat jalan citer dia. A bit slow kat permulaan citer. Slowly pick up bila Fakry dah jadi psiko! Giler talak!

Part ‘kidnap’ mmg buat aku tak senang duduk. Kesiannya kat Zenia. Rasa nak tembak jer Fakry masa ni. Tapi ‘kesan’ kidnap yg satu tu mmg tak sangka. Saspen siot! Goshh…

Cadar putih for malam pertama??? Seriously umi??!!  Mann!!

Darriz mmg terbaik! Zenia, I think typical kinda woman! Huhuhu..


Kredit 4/5

No comments:

Post a Comment