Tuesday, 12 May 2015

Novel : Suamiku Paling Sweet

 
Kerana dia sweet, hati yang beku pun boleh cair

Judul : Suamiku Paling Sweet
Penulis : Anjell
Terbitan : Karyaseni
Muka Surat : 791
Harga : RM29

Sebab nak layan citer baru Anjell, Tundukkan Playboy Itu, maka gigih la nak review novel ni. Heheeeh..

Rumusan Kisah :

Atas permintaan mamanya, Qisya Iris terpaksa menjadi orang gaji dan pengasuh Hafiy, di rumah kawan mamanya. Berjaya memikat hati Hafiy sehingga dipanggil mummy oleh Hafiy. Izz Haikal, daddy Hafiy, senang dengan kehadiran Qisya.

Namun, insiden yang berlaku sehingga menyebabkan Qisya terpaksa berkahwin dengan Izz menyebabkan Qisya meninggalkan rumah selama dua minggu. Berjaya dikesan oleh Izz, Qisya bersetuju untuk tinggal sebumbung dan meminta Izz untuk tidak bercerita tentang insiden telah berlaku.  Izz melayan Qisya dengan baik. Perlahan-lahan Qisya mula menerima Izz. Hubungan mereka bertambah rapat setelah Qisya menjalani ‘praktikal’ di syarikat Izz.

Namun, hubungan Maya dan Izz, disalahertikan oleh Qisya. Kehilangan Ikram, teman baik Qisya dan kemunculan Danny menimbulkan tanda tanya.


Kataku :

Still prefer Eksperimen Cinta.

To me, takde  la sweet sangat pun. Tp Izz sgt cool & mature. Sgt forgiving. Everything pun well handled. Too perfect plak rasa.

Sangat kontra plak ngan Qisya. Tapi kontra itu yg buat dorang perfect!

Suka part White-Red-Black tu. Yg ni, serious sweet! Tapi, surprise tak menjadi la plak. Hahaha..

Paling suka Qisya close ngan Abang Q & suka Hakim yang sporting. Hafiy plak sgt mature.

Part ‘penculikan’ tu mcm lambat sgt plak terbongkar.. Hmm..

Update 1/8/16

Akan datang
Mawar Rashid sbgi Qisya Iris dan Syafiq Kyle sbgi Izz Haikal


Kredit 4/5

3 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete