Cinta itu mudah datang kepada sesiapa yang bersedia menerima cinta |
Judul
: Terlanjur Mencintaimu
Penulis
: Syamnuriezmil
Terbitan
: Karyaseni
Muka
Surat : 441
Harga
: RM18
Drama
dah habis pun kat tv, baru nak review kann… Actually, novel dah baca bape bulan
dah. Tp, baru skrg nk review. huhuhu… tapi, mmg tak penah sempat nak layan
drama dia.
Rumusan
Kisah :
Tengku
Hanis Zulaikha dan Johan Iskandar berkahwin atas wasiat nenda Hanis. Terdesak
ingin mengetahui kebenaran yang berlaku terhadap ayah dan datuknya sehingga
keluar sehelai pinggang dari syarikat usahasama dengan datuk Hanis, Johan
Iskandar yang ketika itu sedang berkasih dengan Intan terpaksa memilih Hanis
sebagai isteri.
Menerima
semuanya dengan reda, Johan bahagia melayan Hanis yang masih cuba untuk
menerima kehadiran dalam hidupnya. Sejarah lama membuatkan Hanis takut untuk
ditinggalkan bila rasa sayang sudah bercambah.
Kehadiran
Eryna mengundang cemburu di hati Hanis. Kemalangan kecil Johan menerbitkan
risau di hati Hanis. Akhirnya, Hanis mengakui perasaannya terhadap Johan.
Johan
dan Hanis semakin kesuntukan masa. Syarat wasiat menyatakan Hanis dan Johan
perlu mempunyai anak dalam masa dua tahun.
Seandainya syarat tersebut tidak ditepati, segala harta peninggalan akan
diserahkan kepada anak-anak yatim.
Kataku
:
Sbb
dah baca novel Syamnuriezmil yang lain, novel yg ni belum ada aura
Syamnuriezmil lagi. Writing skill msh fresh lagi.
Simple
storyline. Tak meleret-leret. Kisah JOHANIS. Even kahwin berdasarkan wasiat,
Johan Iskandar dan Tengku Hanis Zulaikha boleh & senang jer terima each
other. So, tak nampak mcm kahwin paksa.
Funny
part Kassim Selamat tu. Hahaha..
Maisarah
mmg sporting & positif. Walaupun dah tau hal sebenar, relax jer dia.
Part
kereta mak Intan terbabas tu macam agak over pulak.
Kredit
3.5/5
No comments:
Post a Comment