Monday 22 September 2014

Novel : Bahasa Hati Kita


Kita bersama demi kasih Dia..

Judul : Bahasa Hati Kita
Penulis : Rehan Makhtar
Terbitan : Idea Kreatif
Muka Surat : 643
Harga : RM26

Rumusan Kisah :

Kisah awek-Gothic-JED dan the-tall-dark-handsome-QUE!

Dian Jehanna Puteri aka Jed membesar dalam limpahan kemewahan hidup namun hatinya memberontak kerana kurang kasih sayang kedua ibubapanya yang sibuk dengan perniagaan masing-masing. Qalam Azad aka Que, abang sulung yang taat dan menjadi tunggak keluarga bila ayahnya meninggal dunia.

Pertemuan pertama Jed & Que sudah bercakar. Jed pantang ditegur. Que pula menegur dengan sinis. Walaupun bercakaran, pertemuan demi pertemuan dengan Que menjadikan Que sebagai Quantity Controller dalam hidup Jed. Que selalu ada menjadi penyelamat kepada Jed.  Sedikit demi sedikit Jed mula berubah dengan sindiran halus Que.

Hati mula berbahasa menuju destinasi. J


Kata Ku :

Teringat citer author sebelum ni.. Suami Tak Kuhadap (STK). Kisah suami yang membentuk semula jati diri isterinya. Bezanya dalam STK, heroin dia penuh dengan dendam dan amarah. Dlm BHK, Jed lebih kepada memberontak dek kerana berasa sunyi dan tidak dipedulikan oleh kedua ibubapanya yang sibuk dengan perniagaan.

I love Que’s character. Dia tak romantic tapi sifat caring dan sinis dia buat Que punya aura yang tersendiri. Sinis pun sebab nak coverline perasaan dia terhadap Jed. Jed yang dalam proses menjadi srikandi wanita besi pula tidak dapat menghidu perasaan Que. Suka dengan chemistry yang kuat antara mereka. Buat aku tersengih2.

Paling suka part ni.. m/s 313.

“Jauh lagi aku kena jalan untuk sampai tahap tu.” – Jed
“Aku boleh temankan hingga sampai ke destinasi.” – Que

See.. Que tak perlu ayat2 bergula pun tapi cukup buat aku melting. Besides, aku mmg suke kot ngan couple yang mcm kawan. I mean.. xyah nak declare bagai.. xyah nak ayat2 bunga & bergula bagai.. yet, the chemistry is there..

Overall, tema citer yang biasa tapi diolah dengan baik sekali… enjoying reading this piece of RM..


Kredit 4.5/5

3 comments:

  1. hua... x sabar nak baca... buku x gi ambil lagi...
    i love Que.. yup betul.. x perlu sweet smp boleh tercedera hati.
    cukuplah dgn ayatnya yg pedas² manis, dah mampu beli jiwa seorang Jed.. juga seorang ML...(sila muntah hijau) hahhahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi-5 sis!! Senang nye nk beli jiwa kite kan.. hahahaha..

      Delete
  2. tak boleh komen lebih2...tak baca/beli lagi :'(
    Pernah dengar Liebster Award? Ada soalan untuk akak yang perlu dijawab. Suka2...out of the blue. Boring sebenarnya...

    ReplyDelete