Wednesday 5 February 2014

Novel : Awek Pisang Goreng




Saat mata ini melihat dia, degup jantung mula tidak sekata

Judul : Awek Pisang Goreng
Penulis : Syah Shah
Terbitan : Idea Kreatif
Muka Surat : 504
Harga : RM23

First novel yang dibeli utk tahun 2014 ni.

Rumusan Kisah :

Pertemuan pertama Firdaus Hamizan aka Daus dengan Husna, si gadis penjual pisang goreng, berbaju kurung dan berseluar, berjaya menarik perhatian Daus. Pertemuan demi pertemuan selepas itu membuatkan Daus mengambil tindakan drastik. Bertemu dengan ibu bapa Husna. Lebih gentleman bila Daus meminta keizinan untuk merisik Husna. Husna yang pada mulanya menolak akhirnya menerima lamaran Daus. Kemunculan Khai dan Dr Maryam sedikit mengganggu hubungan Daus dan Husna.

Petikan-petikan dari dalam novel :

Firdaus : Huda dengan Huraiyah tu lagi saya tak kenal. Kan lebih gila tu namanya kalau awak suruh saya kahwin dengan dia orang? – m/s 104

Firdaus : So, full stop saja di situ. Tak payah ungkit. Tak payah kenang. Tak payah sebut-sebut. All is forgiven and forgotten. I want you before. I still want you now. Whole, flaws and all. Setiap helai rambut, setiap inci kulit, setiap kilo daging, setiap butir jerawat… - m/s 310

Firdaus : Dah percaya ke belum abang sayang kat ma tahap gaban Super Saiyan, Ultraman, Superman, X-men dan segala macam jenis man lagi yang ada dalam dunia ni? – m/s 325

Husna : Dengan emmm… dengan sayang, ma tak pernah rasa terpaksa… - m/s 425

Kata Ku :

Simple storyline. Tak bnyk sgt konflik. Konflik ringan. Takde extreme bagai. Manja lak hero nya lepas kawin. Hihihihi… Paling kelakar part kantoi mandi awal pagi tu… hahaha!!

Oh btw, written by a guy! Mmg comel la hasil tangan Encik writer ni! Looking forward for versi cetak Iced Tea & Scones!


Kredit 3.5/5

Karya-karya lain Syah Shah :

1. Lelaki Sedingin Dia

2 comments: