Monday 17 February 2014

Novel : Mencari Mr Charming


Jika dia Prince Charming, adakah aku Cinderellanya?


Judul : Mencari Mr Charming
Penulis : Anna Lee
Terbitan : Fajar Pakeer
Muka Surat : 662
Harga : RM24

Rumusan Kisah :

Indah Lara aka Lara Alisya, seorang penulis sepenuh masa yang tidak mau dikenali. Dalam pada tidak mahu dirinya dikenali, muncul Indah Water yang sering memberi komen-komen pedas terhadap hasil tulisannya. Indah Water mempertikai kewujudan Prince Charming, idaman Lara.

Keadaan memaksa Lara untuk menerima tawaran kerja Sam untuk menjadi pengasuh kepada Tania. Kehadiran Sam menyakinkan Lara bahawa Prince Charming memang wujud. Sam sangat sempurna di mata Lara. Tania pula merupakan salah seorang peminat Lara. Lara mula syak Sam adalah Indah Water bila mendapat tahu Sam akan menapis semua novel sebelum dibaca oleh Tania.

Fazrin, pelakon popular yang juga merupakan jiran Sam, menjadi teman rapat kepada Lara sejak pertama kali bertemu. Fazrin membantu Lara make over untuk memikat hati Sam. Lara pula sentiasa ‘SOS’ Fazrin untuk rujukan.

Petikan-petikan dari dalam novel :

Fazrin : Seorang lelaki itu romantik atau tak, semua itu tak penting. Selagi dia adalah cinta hati kau dan selagi dia mencintai kau, itulah yang lebih penting.  Tak perlu ada syarat. All the romantic stuff akan tercetus dengan sendirinya bila saling mencintai. Kadangkala perkara yang romantik ni kita tak boleh nak jelaskan satu persatu. – m/s 217

Fazrin : Kalau dia jodoh aku, walau apa pun terjadi tetap jadi milik aku. Tapi kalau dia bukan jodoh aku, aku kongkong macam mana sekalipun dia tetap akan terlepas. – m/s 309

Lara : Cinta ibarat boomerang. Walau dilempar sejauh mana sekalipun, kalau dia adalah jodoh kita, dia tetap akan kembali pada kita. – m/s 315

Sam : Tapi awak tipu bawa kebaikan pada saya. Cuba bayangkan kalau awak tak terjah interview tu mesti sampai sekarang saya tak dapat kenal awak. Terima kasih sebab terjah hari tu, tapi lepas ni jangan nak terjah mana-mana interview lagi. Bahaya! – m/s 351

Sam : Saya bukan budak remaja. Saya tak ada masa nak bercinta macam orang muda. Apa yang saya perlukan seorang isteri. Bukankah lebih manis jika bercinta selepas kahwin? – m/s 415

Lara : Tak berani aku nak jadi isteri kau. Lainlah kalau ada surat warranty yang kau ni akan jadi romantik. Kalau terus jadi sarkastik, mau kurus kering aku. - m/s 425

“Kalau kau nak tahu sama ada hati kau keliru atau tak, kau letak tangan kau dekat sini.” Lantas dia membawa tangan aku ke dadanya. Serentak itu terasa  seperti ada aliran panas menjalar masuk ke lubuk hati aku. – m/s 540

Syikin : You akan sedar you cintakan seseorang bila you kehilangan cinta itu. – m/s 611

Lara : Aku mengaku aku silap. Terlalu romantik sebenarnya membosankan. Misteri lebih mencabar. Tak jemu meneroka dan meneka apa yang ada dalam hati mereka. Sebab itu mereka menarik. Sebab itu tipikal lelaki Melayu  mahal harganya. – m/s 639

When love is true, people can see it. – m/s 642

Fazrin : Aku tak mahu kau pening kepala. Kalau boleh aku nak kau tengok aku dengan hati dan bukan dengan rasa bersalah atau simpati. – m/s 649

Perkahwinan bukan sebuah perhentian, tetapi bermulanya satu pelayaran. Jika kita bijak memilih nakhoda, maka insya-Allah pelayaran kita akan selamat sampai ke destinasinya. – m/s 661

Kata Ku :

Dah follow citer ni dalam blog redscarf lagi sebenarnya. Tapi, tak tau pulak novel ni publish time2 book fair bulan 12 hari tu.

Ada some parts yang agak slow dlm citer ni. Tapi, ada pengisian tang novel berat vs novel ringan.

Errmmm.. mmg agak surprise tang Syikin + Sam! Indah Water tu pun aku tak jangka kot! Hehehe…

Suka jer ngan Lara + Fazrin. Gelak besar bila Lara kenakan Fazrin kat kampung. Fazrin kena pakai jubah! Hahahaa… Tapi, paling aku suka time diaorang confess rasa hati tu…  Sweet ending!

Kalau nak tau beza Mr Charming ngan Prince Charming, kena la baca novel ni! :D

Kredit 3.5/5

Karya-karya Anna Lee yang lain :

No comments:

Post a Comment