Wednesday, 27 November 2013

Novel : Rindu Cintaku (Ombak Rindu 3)


 Cinta ini tak akan terhakis, cuma kealpaan yang menggores…

Judul : Rindu Cintaku
Penulis : Fauziah Ashari
Terbitan : Intens
Muka Surat : 672
Harga : RM23.90


Rumusan Kisah :

Sekuel  dari citer Ombak Rindu dan Cinta… TiadaAkhirnya (Ombak Rindu 2).

Sudah jatuh ditimpa tangga. Begitu la keadaan diri Hariz dalam sekuel ni. Dengan Izzah yang masih dalam rawatan memulihkan ingatannya, keliru pula dengan sikap Harriz yang kadangkala menakutkan. Disebabkan dendam, Harriz pula dipaksa untuk meninggalkan Sufiah Holdings. Hubungan Harriz dan Hazirah bertambah keruh.

Elin, bekas adik ipar Hariz yang sememangnya menaruh hati pada Hariz telah memerangkap Hariz. Demi maruah, Hariz kehilangan Izzah sekali lagi setelah dia diugut. ZulFaris muncul dan cuba memenangi hati Izzah.

Petikan-petikan dari dalam novel :

Cinta Hariz memenatkan. Budi Hariz memerangkap. Tingkah Hariz membakar hati. – m/s 292

Hariz : Abang tak pernah mengkhianati cinta kita. Cuma, kelalaian abang yang menyebabkan sayang tergores hati. Maafkan abang. Cinta abang hanya untuk sayang. – m/s 321

Kata Ku :

Serabut otak aku baca citer nie wey!! Adoiii…

Konflik dalam sekuel nie lebih dramatic dan tragis. Tensen giler baca! Lepas nie, nak cari citer yang ringan sket… Kalau tak, otak bleh pecah! Over tak?! Hhihihi…

Banyak babak saspen yang ‘menaikkan seri’ citer ni di sebalik kebosanan mengadap kedinginan dan kehambaran hubungan Izzah dan Hariz.

Tapi, ending citer agak ‘express’. Konflik giler hebat, tup tup rujuk macam tu jer… tapi, ok la kot.. kang meleret2 pulak.. hihihi…

Lagi sekali… Moral of the story :

Suami isteri kena berkomunikasi dan berterus terang. Kalau ada apa2, terus terang untuk mengelak salah faham. Sebab bagi aku Izzah dan Hariz tak berkomunikasi dengan baik. Cer terus terang.. takde la salah faham.. takde la merumitkan keadaan yang semakin rumit!

Btw, next week takde review sbb tuan rmh balik kg bercuti! Yeayyyy…

Kredit 4/5

Karya-karya Fauziah Ashari yang lain :

Thursday, 21 November 2013

Novel : Cinta… Tiada Akhirnya (Ombak Rindu 2)

Banyak kali cetak.. cover pun tukar2.. Aku baca yang cover kuning tu..

Judul : Cinta… Tiada Akhirnya
Penulis : Fauziah Ashari
Muka Surat : 596
Harga : RM22.90


Rumusan Kisah :

Sekuel  dari citer Ombak Rindu.

Hariz yang tidak mengenali Pakcik Taha telah mengambil Pakcik Taha bekerja sebagai pemandunya. Pakcik Taha yang menyamar sebagai Pak Mok akhirnya mengakui dirinya di depan Izzah dan meminta pertolongan daripada Izzah untuk menyelesaikan hutang judinya. Izzah merahsiakan perkara tersebut daripada Hariz. Hariz mendapat tahu bahawa duit yang diminta oleh Izzah tidak didermakan seperti yang diberitahu, mula mensyaki Izzah.

Izzah diculik dan terkorban di sungai. Kehilangannya sangat-sangat diratapi oleh Hariz. Salleh, adik kandung Hariz yang iri dengan kejayaan dan kebahagiaan Hariz selama ini, mula mengatur perancangan jahat.

Mila Amylia, bekas isteri Hariz masih cuba untuk mendekati Hariz walaupun telah bertunang. Disebabkan kesibukan Mila, Armand, anak Hariz dan Mila, dijaga oleh Elin, adik Mila. Elin mula tertarik pada Hariz.

Kemunculan Suri mengundang resah di hati Hariz. Hariz mula menyiasat perihal diri Suri.


Petikan-petikan dari dalam novel :

Dia tidak indah di matamu, dia tidak menggentarkan batinmu tetapi dia ada di hati kecilmu. - m/s 332

Hariz : Cinta I hanya untuk Izzah. Kalau ditakdirkan I jatuh cinta lagi, mungkin gadis  itu ada ciri-ciri seperti Izzah. – m/s 375

Hariz : Cinta misteri yang mudah diperolehi tapi sukar ditakluki dan payah dilupai. – m/s 524

Mila : Cinta sahaja tidak cukup untuk membina sebuah rumahtangga bahagia. – m/s 589

Kata Ku :

Sebelum baca novel ni, aku bayangkan dulu scene terakhir dalam filem Ombak Rindu. Alaa time Mila jumpe Izzah kat bendang tu. Saja nak ambik feel.

Mmg masa baca 2nd part ni, aku automatic terbayangkan Aaron Aziz, Maya Karin dan Lisa Surihari. Hehehehe… Banyak watak2 timbul dalam 2nd part nie. Konpius aku dibuatnya.

Agak slow tapi saspen jugak. Mula-mula ingatkan jangkaan awal aku meleset, tapi rupanya betul jugak. J

Overall, hubungan Hariz-Izzah-Salleh-Suri agak komplikated.

Moral of the story :

Suami isteri kena berkomunikasi dan berterus terang. Kalau ada apa2, terus terang untuk mengelak salah faham.

Ada sekuel lagi citer ni... Rindu Cintaku!

Kredit 3.5/5

Karya-karya Fauziah Ashari yang lain :

1. Dan Sepi Pun Berlalu
2. Bisik-Bisik Gelora
3. Rindu Cintaku (Ombak Rindu 3)

Monday, 18 November 2013

Novel : Lafazkan Kalimah Cintamu



Besar kesalahanku besar lagi keegoanmu...
berkali ku beri alasan berkali-kali kau menolaknya,
Kau ingin menyalakan diri ini bagai lilin dan terbakar oleh perbuatanmu...


Judul : Lafazkan Kalimah Cintamu
Penulis : Siti Rosmizah Publication
Terbitan : Siti Rosmizah
Muka Surat : 810
Harga : RM26.90


Rumusan Kisah :

Walaupun disisihkan oleh ayah dan kakak kandung sendiri, Tengku Aqilah tidak pernah menyimpan dendam. Malah menerima saja ‘tawaran’ papa dan kakaknya untuk bekerja sebagai receiptionist cum tea lady di syarikat milik keluarga mereka, walaupun sebenarnya dia terlebih ‘layak’ untuk jawatan tersebut. Tengku Aqilah sengaja mekap ala-ala opera cina semata-mata tidak mahu papanya melihat wajah mama pada wajahnya.

Disebabkan wasiat Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah, Tengku Aqilah terpaksa berkahwin dengan Tengku Ryan Ameer, sepupunya sendiri, walaupun sedia maklum tentang hubungan Tengku Ryan Ameer dengan kakaknya, Tengku Natasha. Tengku Aqilah redha, dengan harapan hubungannya dengan ayah dan kakaknya akan bertambah baik.

Rancangan asal Tengku Ryan Ameer ialah melepaskan Tengku Aqilah selepas 6 bulan mereka berkahwin, sebaliknya Tengku Ryan Ameer sudah mula terpikat dengan Tengku Aqilah. Baru sahaja mengecap bahagia, hubungan mereka diuji apabila Tengku Natasha membuat onar.


Petikan-petikan dari dalam novel :

Tengku Natasha : Kalau you sayangkan I, you mesti kahwin dengan dia! Kalau tidak anggaplah perhubungan kita hanya setakat ini saja, tapi you ingat I tak akan maafkan you sampai  bila-bila kerana biarkan I kalah di tangan dia! – m/s 188

Tengku Ryan Ameer : Qila, saya melihat awak sekarang dengan mata hati saya, bukan mata kasar saya. Ketulusan dan keikhlasan hati awak terpancar di wajah awak sekarang dan sebab itulah saya suka sangat nak tengok muka awak. Tak salahkan seorang suami memuji isterinya. – m/s 348

Tengku Ryan Ameer : Kasih sayang kalau tak dipupuk tak akan memberi sebarang makna. Bila saya sayangkan seseorang saya ingin sentiasa berada di sisinya tidak kira dalam keadaan apa pun. Kalau boleh sesaat pun saya tak nak berjauhan dengannya. – m/s 387

Tengku Ryan Ameer : Awak adalah tanduk itu Aqilah. Walaupun hanya tanduk tapi hati saya tak kan pernah berubah. Saya tak nak Natasha yang ibarat gading. Saya tak nak sesuatu yang hanya cantik pada pandangan mata tapi jelik di hati. – m/s 404

Tengku Aqilah : Qila akan cuba untuk menerima apa pun, Cuma abang jangan salahkan Qila kalau satu hari cemburu tu hilang. Bila kita tidak ada cemburu maka kita tidak ada lagi perasaan sayang dan bila perasaan itu dah tak ada, mungkin cinta juga akan terpadam. – m/s 481

Tengku Aqilah : Kita ni kadang-kadang adakalanya terleka. Kita mengharapkan sesuatu yang indah untuk diri kita tapi dalam masa yang sama kita sendiri ragu-ragu untuk membalas kembali dengan perkara yang sama. – m/s 685

Kata Ku :

Maybe sebab diri sendiri pun breast cancer survivor, novel ni rasa dekat di hati. Walaupun penyakit tu takde la diciter secara details. Tapi, tersentuh la jugak.

Tengok pada judul, rasa macam stok skema punye novel ni. So, letak tepi dulu. Hihihihi… Intro, mmg skema la jugak. Tapi, bila masuk  scene Aqilah dan Fahana, takde la skema mana pun… sbb diorang berdua banyak loyar buruk kot. Paling kelakar part 1st day Aqilah start keje dan scene Aqilah dan Tengku Ryan main golf! Hahahaaha…

Tarik tali mesti la ada kan… takde la panjang sangat tapi bikin geram la jugak! Bila dah kena tinggal baru padan muka. Tapi, serius sedey part Aqilah balik kampung… 


Kredit 5/5

Karya-karya Siti Rosmizah yang lain :
1. Cinta Kau Dan Aku
2. 7 Hari Mencintaiku

Wednesday, 13 November 2013

Novel : Giler Kau?


Menjadi cinta pertama kepadamu adalah suatu yang hebat, 
tetapi menjadi cinta yang terakhir adalah jauh lebih sempurna.


Judul : Giler Kau?
Penulis : Dyadila
Terbitan : Kaki Novel
Muka Surat : 1176
Harga : RM38


Rumusan Kisah :

Dua orang lelaki mencintai wanita yang sama!

Syed Shahrul Iskandar (SSI) dan Intan Azura bak kucing dan anjing. Semua disebabkan pertemuan pertama yang ‘kurang indah’. Pertemuan kedua menambahkan cuka pada hubungan mereka. Mereka sebenarnya berjiran. Mama SSI amat senang dengan Intan dan Intan selalu bertandang ke rumah SSI. Tapi semua itu tidak disenangi SSI. Ada saja yang tak kena bila mereka bersua muka. Mamat bengis vs minah cuai! Akhirnya, kucing dan berbaik dengan anjing.

Lokman Haqeem, seorang playboy, mula nak mendekati Intan. Walaupun pada mulanya Intan tidak menerima Lokman, namun kecekalan Lokman membuka hati Intan dan mereka merancang untuk berkahwin. Lokman tidak hadir pada hari pernikahan mereka dan SSI jadi pak sanggup! Memang dia sanggup pun! J

Selepas kahwin, mat bengis dan berubah jadi mat perasan! SSI yang sememangnya menyayangi Intan dalam diam mula memikat hati Intan, dengan kuasa vetonya! Lokman Haqeem muncul saat Intan sudah mula bahagia dengan SSI.

Petikan-petikan dari dalam novel :

Intan : Cinta tu bukan benda yang senang kita cari atau kalau kita nak, boleh beli dekat mega sale… kalau boleh, aku nak kahwin sekali aje dalam hidup aku. – m/s 65

Intan : Hidup perlukan keceriaan. Kalau fikirkan masalah sampai bila pun hati kita takkan tenang. Sekarang ni walau berat macam mana pun masalah, yang penting ktia kena selalu ingat Dia. – m/s 134

Shahrul : Aku ni memang jenis yang suka baca buku, tapi aku suka buku yang dah memang lama ada dalam hati aku belum ada buku baru yang menarik minat aku ni. – m/s 223

Lokman : Awak tahu tak saya rasa dah semakin jatuh cinta dengan awak… tak kisahlah awak kata saya mat romeo ke... jiwang karat besi ke… tapi memang saat ini, itulah yang saya rasa. – m/s 446

Shahrul : Kalau aku doakan kau mati… samalah macam aku membunuh diri aku sendiri. Aku sentiasa doakan kau akan hidup lebih seratus tahun… dan sepanjang masa itu aku akan doakan kau sentiasa sihat dan bahagia. – m/s 499

Intan : Tapi aku tak nak bila kasih sayang aku dating akan membuatkan orang yang aku sayang ditimpa musibah. – m/s 521

Intan : Mungkin aku suka cara dia layan budak-budak ni. Sebenarnya memanglah luaran dia nampak macam ‘Romeo Must Die’, tapi aku rasa dia taklah teruk sangat macam yang kita rasa. – m/s 543

Lokman : Intan Azura, saya Lokman merendahkan hati saya untuk memiliki awak bukan sebagaimana perempuan yang saya kejar dulu, tapi sebagai suri, sebagai teman, sebagai isteri yang sentiasa bersama saya saat saya senang dan susah. – m/s 579

Intan : Dia seakan membawa aku ke satu dunia yang selama ni aku tak pernah rasa. Dia buat aku rasa semua insan yang aku sayang kembali ke sisi aku. Tengok aku, tersenyum dekat aku. Lokman bagi aku satu keyakinan yang dia la insan yang akan membahagiakan aku. – m/s 585

Intan : Ibu pernah cakap yang cinta tu pertaruhan. Kalau kita menang, kita akan bahagia… kalau kita kalah, kita akan sedih. Saya berharap sangat pertaruhan saya kali ni betul, tapi semua terletak pada takdir. – m/s 610

Intan : Saya takkan buat awak terikat dengan apa-apa. Lepas ni kita akan hidup macam dulu. Awak bebas lakukan apa saja dan saya akan pastikan yang awak takkan bertanggungjawab dengan saya. Tolong jangan kesiankan saya, Shah. – m/s 656

Intan : Dan saya adalah orang yang tak pernah putus mencari kebahagiaan sehinggakan hati ini penat. Mungkin kebahagiaan perlu dicari, tapi cukuplah dengan apa dah jadi. Jangan sebabkan kebahagiaan untuk diri sendiri sampai rosakkan kebahagiaan orang lain. – m/s 724

Shahrul : Abang sedar dan dari tadi abang asyik teringatkan Intan. Semua abang buat semua serba tak kena. Abang tak mampu lagi bertahan yang kononnya tak ada apa-apa antara kita. – m/s 897

Intan : Intan nak abang kahwin dengan Zaireen, Intan rela pergi pinangkan dia untuk abang. – m/s 951

Sarah : Menikahi orang yang kita cintai mungkin satu kebetulan, tapi mencintai orang yang kita nikahi satu kewajipan. – m/s 972

Shahrul : Najihah adalah cinta pertama abang, tapi Intan Azura Abdullah Lee adalah cinta terakhir abang. – m/s 1090

Kata Ku :

Novel kedua Dyadila yang aku baca. Berjaya khatam dalam masa 2 hari. Memang dah target nak baca hujung weekend. Tak kuasa nak mengangkut ke ofis hari-hari. J

Banyak elemen dalam citer ni. Buat aku gelak-gelak, sengih-sengih, geram, marah, sedih, tersentuh. Tapi paling aku tersentuh sekali part Hafiz. Basah juga mata! Mama Lokman dan Zaireen memang nak kena pelempang dengan aku! Grrr… tapi, mmg aku sdh jangka Intan mesti ngan Shahrul sbb dari awal pun mmg banyak moment Intan dengan Shahrul. J

Happy ending untuk semua kecuali yang jahat.. gila! Klise??

Kredit 4.5/5

Karya-karya Dyadila yang lain :


Monday, 11 November 2013

Novel : Akhir Sebuah Cinta


Hadirnya dirimu... Kubagaikan ingin bernafas seribu tahun lagi...


Judul : Akhir Sebuah Cinta
Penulis : Siti Nur Dhuha
Terbitan : Buku Prima
Muka Surat : 674
Harga : RM19.90


Rumusan Kisah :

Kehidupan Mimi Atia ‘huru hara’ selepas kemunculan dua orang lelaki. Tengku Khuzairi dan Tengku Ezairy. Tengku Khuzairi melarikan diri dari tahanan polis atas kesalahan membunuh bapanya. Kerana takutkan ugutan Tengku Khuzairi, Atia membenarkan Tengku Khuzairi ‘berkampung’ di rumahnya. Tengku Ezairy pula bos kepada Atia yg akhirnya menjadi kawan baik kepada Atia.

Setelah dua bulan ‘mendera’ Atia, Tengku Khuzairi meninggalkan rumah Atia tanpa ‘ucapan terakhir’. Mereka bertemu kembali selepas tujuh bulan. Masing-masing sebenarnya ada rindu dalam hati tapi kerana ego mereka hanya memendam rasa.

Kata Ku :

Aduiyyaaii maybe aku tak focus sgt kot baca citer ni. Banyak sgt gangguan. Aku rasa feeling aku mendatar je baca citer ni. Padahal tukang review lain boleh tergolek2 baca. Hmmm… Banyak sgt kekeliruan dan kecelaruan perasaan aku rasa watak-watak dalam citer nie.

Kat intro tu, excited la jugak sbb tak pernah kot ‘penjenayah’ larikan diri pastu tumpang rumah orang. Sakit pulak hati aku ngan Tengku Khuzairi nie. Kalau ye pun nak cover feeling sendiri, tak  payah la kot nak hina Atia! Kesian pula kat Tengku Ezairy. Paling kelakar aku rasa part dua tengku tu lumba lari! Macam budak-budak. Atia pula, ntah kenapa aku rasa part rogol tu mcm tak memberi kesan sgt dalam citer ni.
Tapi, senang je nak teka Adam Levine tu siapa kan? J

Ermm.. kenapa ek Fatimah tu tak nak kawan ngan Atia?? Takde pula penjelasan.

Citer nie ada sekuel… Hingga Ke Akhirnya.. tak rasa nak beli tapi nak pinjam jer…


Kredit 3.5/5

Friday, 8 November 2013

LYMA Last Ep!

Habisss sudah LYMA!

Rasa macam nak tukar je kredit yang aku bagi kat reviewnovel sebelum ni… hihihihi…

Utk mengubat rindu... saje nak tempek gmbr depa kat sini.. Boleh kannnn??



Abang cintakan Zaara… sejak dari dulu lagi. Cuma abang takut Zaara gelakkan abang..


Kalau tak paksa… maka tak cinta…



AK dan ZZ mmg terbaek! Gonna miss you both!

Thursday, 7 November 2013

Mini Novel Rehan Makhtar


Marathon mini novel Rehan Makhtar. Kalau nak marathon sama… Baca ikut sekuel tau!

Ku Ingin Milikimu - Kerana Sekali Cinta - Untuk Dia  - Subhanallah, Aku Mencintainya


Ku Ingin Milikimu



Kisah Mukhlis, salah seorang peminat penulis Ann Rahana yang mencintai penulis itu biarpun tidak pernah bertentang mata.  Kerana cinta, Ann terima Mukhlis dan keluarga Mukhlis seadanya. Mukhlis terpaksa meneruskan rancangan perkahwinannya dengan Jeslina. Ann pasrah.

Macam mana aku terkesan sgt dengan citer Pelukan Cinta, begitu juga aku sangat-sangat terkesan dengan kisah cinta Ann Rahana dan Mukhlis nie.

Giler punya terbuai dan terharu  layan setiap bait patah perkataan ungkapan perasaan mereka berdua. Bahagia milik mereka setelah melalui pelbagai onak duri. Tapi, aku tak berapa setuju dengan tindakan Mukhlis psl Zahran tu! Hmm..

Kredit 5/5

Kerana Sekali Cinta


Keberanian akan datang setelah kita alami kekecewaan.

Tekad hendak ‘membuang’ Ann Rahana dari hidupnya, Zafran melamar Anaresa yang baru ditemuinya 2 kali, walaupun Anaresa muda 11 tahun darinya. Kerana Zafran yakin hatinya telah terpaut dengan kekalutan Anaresa.

Sangat-sangat terhibur dengan citer ni. Sengih memanjang aku ngan kisah Zafran dan Anaresa. Banyak part kelakar…  Zafran bertemu dgn Haqmi! Kena tangkap khalwat dalam bas…  Hahahhaa… Seriously, Zafran memang sweet! Anaresa sempoi dengan snickers merahnya! Hahahaha…

Kredit 5/5

Untuk Dia


Tercuit hati dengan kisah cinta adik Zafran, Zafrin dan Haqimah. Bertekak-bertekak tapi sebenarnya dalam hati ada taman! Demi ilmu, mereka sanggup menanti bertahun-tahun untuk disatukan.

Sempoi la citer ni. Paling kelakar masa kat airport. Zafrin hantar Haqimah. Bagai nak rak luahkan perasaan dia pada Haqimah padahal Haqimah tu nak gi Alor Setar jer pun! Hahahahaah…

Kredit 4/5

Subhanallah, Aku Mencintainya



Ni kisah adik Zafran, Zafrina. Kisah doktor2. Haruslah aku nak tengkiu kat Ziyad sbb kalau bukan Ziyad, Zayed  lambat lagi kot nak take action. Makin hampir waktu nikah makin naughty pula c Zayed ni. Padahal mula2 tu kaku gak! Zayed romantic dgn cara dia tersendiri.

Kredit 4/5


Kalau nak compare semua mini novel, aku paling jatuh hati kat Zafran! J

Lepas ni nak layan Tiba-Tiba Dia Ada, kisah anak Anahara & Mukhlis. Versi cetak bakal publish bln dpn. 

Wednesday, 6 November 2013

Novel : Takkan Pernah Berubah



Judul : Takkan Pernah Berubah
Penulis : Fisha
Terbitan : Jemari Seni
Muka Surat : 452
Harga : RM20

Novel ni pakej sekali dengan novel Jurutera Hati Saya dan Sungguh, Aku Jatuh Hati
Promo bulan Oktober di website Jemari Seni.

Rumusan Kisah :

Dek kerana cinta, El Iqmal melamar Shahira yang ketika itu masih menanti keputusan SPM dan Iqmal sendiri masih menuntut di IPTA.  Walaupun bersetuju dengan keputusan Shahira untuk berkahwin dengan Iqmal, ayah Shahira yang kecewa dengan pilihan Shahira telah ‘membuang’ Shahira dari rumah. Iqmal pula tidak memaklumkan hal perkahwinannya kepada keluarganya. Shahira dan Iqmal hidup bahagia walaupun hidup dengan sederhana.

Hubungan mereka diuji bila Iqmal terpaksa menyambung pengajiannya di luar negara. Shahira terpaksa ditinggalkan dengan janji Iqmal akan kembali menjemputnya. Malangnya Iqmal kemalangan sewaktu pulang ke Malaysia dan hilang ingatan.  Selepas setahun baru la Iqmal pulih dan sedar tentang kewujudan Shahira. Iqmal cuba menjejak Shahira namun hampa kerana Shahira sudah berpindah dari rumah mereka.

Jodoh menemukan mereka setelah sepuluh tahun. Adi Suffian banyak memainkan peranan ketika ini.

Petikan-Petikan dari dalam novel :

Shahira : Lebih sepuluh tahun abang hilang tapi Shira tak pernah rasa abang jauh, abang sentiasa ada. Macam matahari, walaupun kita tak nampak waktu malam tapi cahaya matahari yang bulan pinjam untuk bercahaya, yang terangkan malam yang kelam. Jadi matahari tetap ada waktu siang dan malam, sama macam abang dalam hidup Shira. Sebab itu, Shira tak pernah rasa abang hilang daripada hidup Shira. Kasih sayang abang sentiasa ada dalam hati Shira. - m/s 436

Sesungguhnya jodoh yang Allah tentukan untuk mereka adalah yang terbaik cuma mereka yang perlu berusaha untuk menjadikannya lebih baik sehingga ke akhir hayat. - m/s 452

Kata Ku :

Intro dah ok dah... Cuma rasanya Iqmal macam selfish pula. Shahira sanggup dibuang keluarga sbb nak kawin dgn dia, tapi Iqmal pula tak nak bagitau hal sebenar kat family dia.

Bila baca part Iqmal dan Shahira yang hidup susah senang lepas kawin tu, terus teringat kisah hidup sendiri. J

Was expecting something more kat tengah-tengah citer, specially bila Iqmal dan Shahira dah bertemu kembali selepas 10 tahun. Tapi, agak frust sbb semuanya macam ‘senang’ sangat. Dingin-dingin manja gitu jer. Atau mungkin juga cara pengolahan tak brp nak sampai. Apa2 pun, resipi Agar-Agar Cinta Iqmal the best! :)

Tapi, moment kat kampong bila Shahira bertemu kembali dengan keluarganya berjaya digarap dengan baik. Memang touching.


Kredit 3.5/5

Friday, 1 November 2013

Novel : Bisik-Bisik Gelora


Judul : Bisik-Bisik Gelora
Penulis : Fauziah Ashari
Terbitan : Buku Prima
Muka Surat : 598
Harga : RM25.90

Rumusan Kisah :

Banin Arumi dihantar ke kampung kerana kenakalan dan kelincahan gadis tersebut. Di kampung, Arumi telah bertemu dengan Jad Izzudin, pemuda nakal tapi berlagak alim di hadapan keluarganya. Kejadian curi dalam rumah nenek Arumi telah menyebabkan Arumi dan Jad disatukan. Selepas akad, Jad ditangkap polis kerana kes kecurian. Parent Arumi pula meninggal dalam kemalangan. Arumi membawa diri dan kembali semula selepas 7 tahun.

Kerana dendam, Jad yang bertemu semula dengan Arumi telah memaksa Arumi untuk tinggal serumah dengannya. Walaupun punya perasaan lain yang berdetik, Jad usir jauh perasaan itu setelah kecewa dengan Arumi yang ‘berkasihan’ dengan Fakhri. Tanpa diketahui, Fakhri sebenarnya telah merogol Arumi.

Kerana perasaan itu juga, Jad tidak sanggup untuk melepaskan Arumi walaupun bila dia dapat tahu Arumi mengandung. 3 tahun berlalu, Jad masih ‘menyeksa’ Arumi. Arumi bertahan kerana Akif!

Kata Ku :

Kisah 12 tahun! Lps 12 tahun baru mengecap bahagia! Pheww…

Berat juga citer ni… suspen thriller! Benci kat Jad sbb angkat tangan dengan budak kecik! Kesian dengan Arumi yang terseksa mentally bertahun2.. Geram ngan Fakhri!