Besar kesalahanku besar lagi keegoanmu...
berkali ku beri alasan berkali-kali kau menolaknya,
Kau ingin menyalakan diri ini bagai lilin dan terbakar oleh perbuatanmu...
Judul : Lafazkan Kalimah Cintamu
Penulis : Siti Rosmizah
Publication
Terbitan : Siti Rosmizah
Muka Surat : 810
Harga : RM26.90
Rumusan Kisah :
Walaupun disisihkan oleh ayah dan
kakak kandung sendiri, Tengku Aqilah tidak pernah menyimpan dendam. Malah
menerima saja ‘tawaran’ papa dan kakaknya untuk bekerja sebagai receiptionist
cum tea lady di syarikat milik keluarga mereka, walaupun sebenarnya dia
terlebih ‘layak’ untuk jawatan tersebut. Tengku Aqilah sengaja mekap ala-ala
opera cina semata-mata tidak mahu papanya melihat wajah mama pada wajahnya.
Disebabkan wasiat Tengku Hashim,
bapa saudara Tengku Aqilah, Tengku Aqilah terpaksa berkahwin dengan Tengku Ryan
Ameer, sepupunya sendiri, walaupun sedia maklum tentang hubungan Tengku Ryan
Ameer dengan kakaknya, Tengku Natasha. Tengku Aqilah redha, dengan harapan
hubungannya dengan ayah dan kakaknya akan bertambah baik.
Rancangan asal Tengku Ryan Ameer
ialah melepaskan Tengku Aqilah selepas 6 bulan mereka berkahwin, sebaliknya
Tengku Ryan Ameer sudah mula terpikat dengan Tengku Aqilah. Baru sahaja
mengecap bahagia, hubungan mereka diuji apabila Tengku Natasha membuat onar.
Petikan-petikan dari dalam novel
:
Tengku Natasha : Kalau you
sayangkan I, you mesti kahwin dengan dia! Kalau tidak anggaplah perhubungan
kita hanya setakat ini saja, tapi you ingat I tak akan maafkan you sampai bila-bila kerana biarkan I kalah di tangan
dia! – m/s 188
Tengku Ryan Ameer : Qila, saya
melihat awak sekarang dengan mata hati saya, bukan mata kasar saya. Ketulusan
dan keikhlasan hati awak terpancar di wajah awak sekarang dan sebab itulah saya
suka sangat nak tengok muka awak. Tak salahkan seorang suami memuji isterinya.
– m/s 348
Tengku Ryan Ameer : Kasih sayang
kalau tak dipupuk tak akan memberi sebarang makna. Bila saya sayangkan
seseorang saya ingin sentiasa berada di sisinya tidak kira dalam keadaan apa
pun. Kalau boleh sesaat pun saya tak nak berjauhan dengannya. – m/s 387
Tengku Ryan Ameer : Awak adalah
tanduk itu Aqilah. Walaupun hanya tanduk tapi hati saya tak kan pernah berubah.
Saya tak nak Natasha yang ibarat gading. Saya tak nak sesuatu yang hanya cantik
pada pandangan mata tapi jelik di hati. – m/s 404
Tengku Aqilah : Qila akan cuba
untuk menerima apa pun, Cuma abang jangan salahkan Qila kalau satu hari cemburu
tu hilang. Bila kita tidak ada cemburu maka kita tidak ada lagi perasaan sayang
dan bila perasaan itu dah tak ada, mungkin cinta juga akan terpadam. – m/s 481
Tengku Aqilah : Kita ni
kadang-kadang adakalanya terleka. Kita mengharapkan sesuatu yang indah untuk
diri kita tapi dalam masa yang sama kita sendiri ragu-ragu untuk membalas
kembali dengan perkara yang sama. – m/s 685
Kata Ku :
Maybe sebab diri sendiri pun
breast cancer survivor, novel ni rasa dekat di hati. Walaupun penyakit tu takde
la diciter secara details. Tapi, tersentuh la jugak.
Tengok pada judul, rasa macam
stok skema punye novel ni. So, letak tepi dulu. Hihihihi… Intro, mmg skema la
jugak. Tapi, bila masuk scene Aqilah dan
Fahana, takde la skema mana pun… sbb diorang berdua banyak loyar buruk kot.
Paling kelakar part 1st day Aqilah start keje dan scene Aqilah dan Tengku Ryan main golf! Hahahaaha…
Tarik tali mesti la ada kan…
takde la panjang sangat tapi bikin geram la jugak! Bila dah kena tinggal baru
padan muka. Tapi, serius sedey part Aqilah balik kampung…
No comments:
Post a Comment