Marathon mini novel Rehan Makhtar. Kalau nak marathon sama… Baca ikut sekuel tau!
Ku Ingin Milikimu - Kerana Sekali
Cinta - Untuk Dia - Subhanallah, Aku
Mencintainya
Ku Ingin Milikimu
Kisah Mukhlis, salah seorang
peminat penulis Ann Rahana yang mencintai penulis itu biarpun tidak pernah
bertentang mata. Kerana cinta, Ann
terima Mukhlis dan keluarga Mukhlis seadanya. Mukhlis terpaksa meneruskan
rancangan perkahwinannya dengan Jeslina. Ann pasrah.
Macam mana aku terkesan sgt
dengan citer Pelukan Cinta, begitu juga aku sangat-sangat terkesan dengan kisah
cinta Ann Rahana dan Mukhlis nie.
Giler punya terbuai dan
terharu layan setiap bait patah
perkataan ungkapan perasaan mereka berdua. Bahagia milik mereka setelah melalui
pelbagai onak duri. Tapi, aku tak berapa setuju dengan tindakan Mukhlis psl
Zahran tu! Hmm..
Kredit 5/5
Kerana Sekali Cinta
Keberanian akan datang setelah
kita alami kekecewaan.
Tekad hendak ‘membuang’ Ann
Rahana dari hidupnya, Zafran melamar Anaresa yang baru ditemuinya 2 kali,
walaupun Anaresa muda 11 tahun darinya. Kerana Zafran yakin hatinya telah
terpaut dengan kekalutan Anaresa.
Sangat-sangat terhibur dengan
citer ni. Sengih memanjang aku ngan kisah Zafran dan Anaresa. Banyak part
kelakar… Zafran bertemu dgn Haqmi! Kena
tangkap khalwat dalam bas… Hahahhaa… Seriously,
Zafran memang sweet! Anaresa sempoi dengan snickers merahnya! Hahahaha…
Kredit 5/5
Untuk Dia
Tercuit hati dengan kisah cinta adik
Zafran, Zafrin dan Haqimah. Bertekak-bertekak tapi sebenarnya dalam hati ada
taman! Demi ilmu, mereka sanggup menanti bertahun-tahun untuk disatukan.
Sempoi la citer ni. Paling
kelakar masa kat airport. Zafrin hantar Haqimah. Bagai nak rak luahkan perasaan
dia pada Haqimah padahal Haqimah tu nak gi Alor Setar jer pun! Hahahahaah…
Kredit 4/5
Subhanallah, Aku Mencintainya
Ni kisah adik Zafran, Zafrina.
Kisah doktor2. Haruslah aku nak tengkiu kat Ziyad sbb kalau bukan Ziyad, Zayed lambat lagi kot nak take action. Makin hampir waktu
nikah makin naughty pula c Zayed ni. Padahal mula2 tu kaku gak! Zayed romantic dgn
cara dia tersendiri.
Kredit 4/5
Kalau nak compare semua mini
novel, aku paling jatuh hati kat Zafran! J
No comments:
Post a Comment