Judul : Takkan Pernah Berubah
Penulis : Fisha
Terbitan : Jemari Seni
Muka Surat : 452
Harga : RM20
Novel ni pakej sekali dengan
novel Jurutera Hati Saya dan Sungguh, Aku Jatuh Hati.
Promo bulan Oktober di
website Jemari Seni.
Rumusan Kisah :
Dek kerana cinta, El Iqmal melamar
Shahira yang ketika itu masih menanti keputusan SPM dan Iqmal sendiri masih
menuntut di IPTA. Walaupun bersetuju
dengan keputusan Shahira untuk berkahwin dengan Iqmal, ayah Shahira yang kecewa
dengan pilihan Shahira telah ‘membuang’ Shahira dari rumah. Iqmal pula tidak
memaklumkan hal perkahwinannya kepada keluarganya. Shahira dan Iqmal hidup
bahagia walaupun hidup dengan sederhana.
Hubungan mereka diuji bila Iqmal
terpaksa menyambung pengajiannya di luar negara. Shahira terpaksa ditinggalkan
dengan janji Iqmal akan kembali menjemputnya. Malangnya Iqmal kemalangan
sewaktu pulang ke Malaysia dan hilang ingatan.
Selepas setahun baru la Iqmal pulih dan sedar tentang kewujudan Shahira.
Iqmal cuba menjejak Shahira namun hampa kerana Shahira sudah berpindah dari
rumah mereka.
Jodoh menemukan mereka setelah
sepuluh tahun. Adi Suffian banyak memainkan peranan ketika ini.
Petikan-Petikan dari dalam novel :
Shahira : Lebih sepuluh tahun abang hilang tapi Shira tak pernah rasa abang jauh, abang sentiasa ada. Macam matahari, walaupun kita tak nampak waktu malam tapi cahaya matahari yang bulan pinjam untuk bercahaya, yang terangkan malam yang kelam. Jadi matahari tetap ada waktu siang dan malam, sama macam abang dalam hidup Shira. Sebab itu, Shira tak pernah rasa abang hilang daripada hidup Shira. Kasih sayang abang sentiasa ada dalam hati Shira. - m/s 436
Kata Ku :
Intro dah ok dah... Cuma rasanya
Iqmal macam selfish pula. Shahira sanggup dibuang keluarga sbb nak kawin dgn
dia, tapi Iqmal pula tak nak bagitau hal sebenar kat family dia.
Bila baca part Iqmal dan Shahira
yang hidup susah senang lepas kawin tu, terus teringat kisah hidup sendiri. J
Was expecting something more kat
tengah-tengah citer, specially bila Iqmal dan Shahira dah bertemu kembali
selepas 10 tahun. Tapi, agak frust sbb semuanya macam ‘senang’ sangat. Dingin-dingin
manja gitu jer. Atau mungkin juga cara pengolahan tak brp nak sampai. Apa2 pun, resipi Agar-Agar Cinta Iqmal the best! :)
Tapi,
moment kat kampong bila Shahira bertemu kembali dengan keluarganya berjaya
digarap dengan baik. Memang touching.
Kredit 3.5/5
No comments:
Post a Comment