Menjadi cinta pertama kepadamu adalah suatu yang hebat,
tetapi menjadi cinta yang terakhir adalah jauh lebih sempurna.
Judul : Giler Kau?
Penulis : Dyadila
Terbitan : Kaki Novel
Muka Surat : 1176
Harga : RM38
Rumusan Kisah :
Dua orang lelaki mencintai wanita
yang sama!
Syed Shahrul Iskandar (SSI) dan
Intan Azura bak kucing dan anjing. Semua disebabkan pertemuan pertama yang
‘kurang indah’. Pertemuan kedua menambahkan cuka pada hubungan mereka. Mereka
sebenarnya berjiran. Mama SSI amat senang dengan Intan dan Intan selalu
bertandang ke rumah SSI. Tapi semua itu tidak disenangi SSI. Ada saja yang tak
kena bila mereka bersua muka. Mamat bengis vs minah cuai! Akhirnya, kucing dan
berbaik dengan anjing.
Lokman Haqeem, seorang playboy,
mula nak mendekati Intan. Walaupun pada mulanya Intan tidak menerima Lokman,
namun kecekalan Lokman membuka hati Intan dan mereka merancang untuk berkahwin.
Lokman tidak hadir pada hari pernikahan mereka dan SSI jadi pak sanggup! Memang
dia sanggup pun! J
Selepas kahwin, mat bengis dan
berubah jadi mat perasan! SSI yang sememangnya menyayangi Intan dalam diam mula
memikat hati Intan, dengan kuasa vetonya! Lokman Haqeem muncul saat Intan sudah
mula bahagia dengan SSI.
Petikan-petikan dari dalam novel
:
Intan : Cinta tu bukan benda yang
senang kita cari atau kalau kita nak, boleh beli dekat mega sale… kalau boleh,
aku nak kahwin sekali aje dalam hidup aku. – m/s 65
Intan : Hidup perlukan keceriaan.
Kalau fikirkan masalah sampai bila pun hati kita takkan tenang. Sekarang ni
walau berat macam mana pun masalah, yang penting ktia kena selalu ingat Dia. –
m/s 134
Shahrul : Aku ni memang jenis
yang suka baca buku, tapi aku suka buku yang dah memang lama ada dalam hati aku
belum ada buku baru yang menarik minat aku ni. – m/s 223
Lokman : Awak tahu tak saya rasa
dah semakin jatuh cinta dengan awak… tak kisahlah awak kata saya mat romeo
ke... jiwang karat besi ke… tapi memang saat ini, itulah yang saya rasa. – m/s
446
Shahrul : Kalau aku doakan kau
mati… samalah macam aku membunuh diri aku sendiri. Aku sentiasa doakan kau akan
hidup lebih seratus tahun… dan sepanjang masa itu aku akan doakan kau sentiasa
sihat dan bahagia. – m/s 499
Intan : Tapi aku tak nak bila
kasih sayang aku dating akan membuatkan orang yang aku sayang ditimpa musibah.
– m/s 521
Intan : Mungkin aku suka cara dia
layan budak-budak ni. Sebenarnya memanglah luaran dia nampak macam ‘Romeo Must
Die’, tapi aku rasa dia taklah teruk sangat macam yang kita rasa. – m/s 543
Lokman : Intan Azura, saya Lokman
merendahkan hati saya untuk memiliki awak bukan sebagaimana perempuan yang saya
kejar dulu, tapi sebagai suri, sebagai teman, sebagai isteri yang sentiasa
bersama saya saat saya senang dan susah. – m/s 579
Intan : Dia seakan membawa aku ke
satu dunia yang selama ni aku tak pernah rasa. Dia buat aku rasa semua insan
yang aku sayang kembali ke sisi aku. Tengok aku, tersenyum dekat aku. Lokman
bagi aku satu keyakinan yang dia la insan yang akan membahagiakan aku. – m/s
585
Intan : Ibu pernah cakap yang
cinta tu pertaruhan. Kalau kita menang, kita akan bahagia… kalau kita kalah,
kita akan sedih. Saya berharap sangat pertaruhan saya kali ni betul, tapi semua
terletak pada takdir. – m/s 610
Intan : Saya takkan buat awak
terikat dengan apa-apa. Lepas ni kita akan hidup macam dulu. Awak bebas lakukan
apa saja dan saya akan pastikan yang awak takkan bertanggungjawab dengan saya.
Tolong jangan kesiankan saya, Shah. – m/s 656
Intan : Dan saya adalah orang
yang tak pernah putus mencari kebahagiaan sehinggakan hati ini penat. Mungkin
kebahagiaan perlu dicari, tapi cukuplah dengan apa dah jadi. Jangan sebabkan
kebahagiaan untuk diri sendiri sampai rosakkan kebahagiaan orang lain. – m/s
724
Shahrul : Abang sedar dan dari
tadi abang asyik teringatkan Intan. Semua abang buat semua serba tak kena.
Abang tak mampu lagi bertahan yang kononnya tak ada apa-apa antara kita. – m/s
897
Intan : Intan nak abang kahwin
dengan Zaireen, Intan rela pergi pinangkan dia untuk abang. – m/s 951
Sarah : Menikahi orang yang kita
cintai mungkin satu kebetulan, tapi mencintai orang yang kita nikahi satu
kewajipan. – m/s 972
Shahrul : Najihah adalah cinta
pertama abang, tapi Intan Azura Abdullah Lee adalah cinta terakhir abang. – m/s
1090
Kata Ku :
Novel kedua Dyadila yang aku baca.
Berjaya khatam dalam masa 2 hari. Memang dah target nak baca hujung weekend.
Tak kuasa nak mengangkut ke ofis hari-hari. J
Banyak elemen dalam citer ni.
Buat aku gelak-gelak, sengih-sengih, geram, marah, sedih, tersentuh. Tapi
paling aku tersentuh sekali part Hafiz. Basah juga mata! Mama Lokman dan
Zaireen memang nak kena pelempang dengan aku! Grrr… tapi, mmg aku sdh jangka
Intan mesti ngan Shahrul sbb dari awal pun mmg banyak moment Intan dengan
Shahrul. J
Happy ending untuk semua kecuali
yang jahat.. gila! Klise??
Kredit 4.5/5
Karya-karya Dyadila yang lain :
Finally.....hihihi
ReplyDelete