Monday, 10 February 2014

Novel : Isteri Untuk Disewa


 RM cintamu buat bayaran sewa hatiku


Judul : Isteri Untuk Disewa
Penulis : Syamnuriezmil
Terbitan : Karyaseni
Muka Surat : 813
Harga : RM29

Beli kat MPH dpt 20%. Beli sekali ngan Awek Pisang Goreng.

Rumusan Kisah :

Hidup Nur Adreiana kucar kacir selepas dia membuat entry iklan dalam blog pinknya, untuk memberi perkhidmatan menyewakan dirinya sendiri!!

Imtiyaz Irdad, bukan customer Nur tetapi merupakan kawan baik & kawan gaduh Nur sejak kecil lagi. Kehadiran Isabella mengundang cemburu di hati Nur.

Noah Ryzal, customer pertama Nur. Disebabkan mak dia yang tak berkenan dengan buah hatinya, Noah menyewa Nur untuk menjadi isterinya. Plan asalnya selepas memperkenalkan Nur kepada maknya, mereka bergaduh dan bercerai dan selepas itu berkahwin dengan buah hatinya. Namun, Noah mahu menyewa Nur untuk selama-lamanya.

Putera Raiyan, customer kedua Nur. Bos baru Nur itu memaksa Nur untuk menjadi calon isteri dia hanya untuk menutup mulut bondanya. Putera Raiyan sudah mula syok dengan Nur hanya dengan membaca sebaris nama Nur dalam resume. Putera Raiyan semakin tertarik dengan Nur selepas melihat orangnya.

Suffi Naufal, customer-tak-jadi Nur. Suffi tertarik dengan Nur disebabkan wajah Nur yang iras dengan wajah tunangnya yang meninggal 2 hari sebelum pernikahan mereka. Nur pula tertarik dengan Suffi disebabkan wajah Suffi yang iras dengan pelakon pujaannya, Remy Ishak.

Menerima 4 cincin daripada keempat-empat mereka, ‘habib jewel’ mana satu pilihan Nur?

Petikan-petikan dari dalam novel :

“Orang yang menyusun kasutnya ialah orang yang pandai mengatur hidupnya. Kalau dia pandai mengatur hidupnya, pandailah dia mengatur hidup dia dengan pasangannya.” – m/s 117

“Love isn’t finding someone you can live with, but finding someone you can’t live without. Apa-apa pun, kenalah berserta dengan niat. Kalau niat Raiyan nak cari isteri, Raiyan akan dapat isterilah. Kalau tidak, dapatlah betina.” – m/s 130

Imtiyaz Irdad : Aku memang sayang dekat kau, kau sahaja hati kayu kepala batu yang tak mahu nak accept! Apa susah sangat? Kita bukan baru kenal Nur, lama dahhh… Apa salah kalau kita upgrade sikit persahabatan kita ni? Bukan aku tak tahu, hati dan perasaan kau kepada aku… walaupun separuh nafas nak dengar kalimah sayang, rindu kau kepada aku! – m/s 143

Nur Adreiana : Nak jadikan calon suami, kenalah memilih. Kalau main sambar saja Bob, kita yang rugi. Cinta tu penting, rasa tu kena ada. Macam mana nak kahwin, tapi tak memilih? Tak cinta, tak sparks la, Bob.  – m/s 201

Bob : Sekarang ni Nur, orang tak kisah dah tentang cinta. Cinta tu boleh datang kemudian. Yang penting sekarang ni Nur, hidup boleh tanpa dia atau tanpa dia boleh ke hidup? Itu saja main point dalam hidup bersama ni, Nur. Aku tahulah, aku dah kahwin! – m/s 202

Zarief : Love is gamble… Kadang-kadang kau boleh menang, kadang-kadang kau boleh kalah. But no matter what cards you holding it, never ever play with the heart. Suka, buat cara suka. Tak suka, buat cara tak suka. Kau faham kan maksud aku? – m/s 261

Nur Adreiana : Saya dengan klien saya ada boundaries. Saya ada etika penyewaan. Saya tak boleh bercinta dengan klien saya sendiri. Klien saya pun tak boleh jatuh cinta dengan saya…  – m/s 274

Noah Ryzal : Tuhan hanya akan berikan apa yang kita perlu walaupun kita ada kemahuan yang lain. Walaupun Raiyan mahukan Nur, tapi Tuhan yakin yang dia tidak perlukan Nur, tak akan jadi, juga Nur. So, Nur jangan risau… Abang ada, kalau Nur perlukan abang. – m/s 365

Bob : Kalau dekat belum tentu ada jodoh, kalau jauh belum tentu tidak berjodoh! – m/s 462

Putera Raiyan : Saya memang sudah gila dengan awak Cik Nur. From the moment I’ve heard your name… saya sudah jatuh cinta. Saya belum pernah berasa begini dengan orang lain. You’re the one that I can’t live without, Cik Nur. – m/s 465

Nur : Saya tak berapa suka orang suka dekat saya, saya tak rasa dicabar. Kalau perempuan tu cantik, mestilah banyak lelaki yang suka. Saya tak suka macam tu. Saya suka , lelaki yang tak suka saya, dan saya buat dia sampai dia suka dekat saya! – m/s 493

Noah Ryzal :  Walaupun masa dah tamat, abang tak nak Nur tinggalkan abang... – m/s 662

Suffi Naufal : Cincin itu untuk awak, Adreiana. Saya tahu, kita baru dalam proses perkenalan, tapi saya rasa, saya sudah kenal awak, seumur hidup saya. Saya sebenarnya tak prepare apa-apa, tapi cincin itu sudah lama saya dapat daripada ibu sejak saya beritahu awak suka kepada saya. – m/s 681

Kata Ku :

Sgt tertarik ngan cover novel ni. Pink gituuu!

Sukaaa sgt dgn jln citer citer ni. Sgt lain dari yg lain. Suka gak ngan karakter Nur Adreiana. No love, no sparks katanya. Most wanted lady in Ipoh! Dasyat kann… 4 orang berebut cinta Nur Adreiana. Tapi actually, dah bleh agak dah dia ngan sape. Suka jer depa. Amboi asamboi, mustahil pakmail betul! Hahahahah… Tapi, still tak dpt nak kasi full mark sebab dari segi mendebarkan tu, agak kureng. Tapi, mmg enjoy sgt baca citer nie. Great job to the writer! Btw, ada gak Zarief SEP10 dalam citer ni. Sikit jer pun. Tiba2 rindu kat Zarief! Ahaks…

Kredit 4.5/5


5 comments:

  1. Apesal sikit ini !!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. apa jdi last sekali cter isteri utk disewa tu.. nk tau sgt2

    ReplyDelete
  3. Mula2 x nk tengok..tp tengok sekali...terus jatuh cinta...best lah..

    ReplyDelete
  4. Sy mmg tak tengok cite cinta2 dan jarang tengok tv. ..Tpi bila sya tengok cite istri bkn untuk di sewa rsa best plk cite ni... Memang best lah. .

    ReplyDelete
  5. Memang bestt lah cite ni sy memang jarang tengok tv.. .Tpi tengok cite ni jatuh hati plk sy. ..

    ReplyDelete