Wednesday 7 October 2015

Novel : Officially Milik Dia



Melihat dia, hati berdetak suka

Judul : Officially Milik Dia
Penulis : Melati Shafika
Terbitan : Idea Kreatif
Muka Surat :
Harga : RM25


Rumusan Kisah :
(copy paste blurb kat belakang novel coz that’s exactly how’s the storyline. Hehe)

Pertemuan semula dengan Fariq Hatta, buat hati Yasmin Hidayah (Yaya) tidak pernah mampu bertenang. Lebih-lebih lagi bila lelaki itu tiba-tiba menjadi bosnya. Suatu ketika dulu, dia pernah sukakan Fariq Hatta. Malah sehingga kini, rasa suka itu masih banyak di hatinya. Cumanya, Fariq Hatta itu tak pernah pun perasan akan kewujudannya.

Itulah sebabnya bila tiba-tiba dia ditawarkan menjadi isteri Fariq Hatta, Yaya jadi pelik. Rupanya ada udang di sebalik batu. Misi Fariq Hatta memang tak masuk akal dan Yaya tak sanggup menjadi isteri dengan cara yang begitu. Namun, taktik Fariq Hatta Berjaya juga memerangkap Yaya dalam menjayakan misinya. Ada ijab dan Kabul. Ada sayang di hati Yaya untuk suami dan ada rindu di hati Fariq untuk si isteri.


Kataku :

For new author, the first baby kira not bad la. At least, the intro made me bought the book.

1 POV je iaitu Yaya. It would be good kalau bleh tau isi hati Fariq. Curious gak actually. So, sbb guna 1 POV je, buat citer a bit meleret plak kat tgh citer. Yaya tarik tali sgt ngan feeling dia towards Fariq.

A simple story line tanpa watak antagonis.

Tak puas nak baca bahagian ending, mcm sekejap je part ending tu. Hmm..

One more thing, I think I je yg konpius, but I notice ada gak yg komen kat goodreads tu mention the same thing. Gaya penulisan pada bhgn awal agak selamba dan santai tapi berubah pada bhgn belakang, gaya penulisan agak formal. I think mood menulis tak berapa nak sama la kot.



Kredit 4/5

No comments:

Post a Comment