Tuesday 31 December 2013

Novel : My Indo Chick



Kenapa pada dirimu ada dia?

Judul : My Indo Chick
Penulis : Marrisa
Terbitan : Karyaseni
Muka Surat : 438
Harga : RM19
Terbitan : November 2013

Nover terakhir yang di-review untuk tahun ni..

Rumusan Kisah :

Indah Natasha dan Tengku Azray sudah tiga tahun menyulam kasih. Tidak seperti pasangan bercinta lain, hubungan Indah dan Ray agak kurang kemesraan. Indah lebih banyak menurut dan tak banyak membantah, sementara Ray lebih suka bersikap lepas tangan, kasar, ego dan menganggap tiada orang lain yang akan menerima Indah selain dia.

Dek kerana pujukan Ray, Indah terpaksa akur untuk menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat rakaman dan merupakan pembantu peribadi kepada Gibran. Gibran jatuh suka pandang pertama pada Indah dan mula mendekati Indah.

Gibran dan Ray bagai langit dan bumi. Layanan Gibran terhadap Indah sangat gentleman walaupun kadangkala agak memaksa seperti Ray. Indah mula sedar dia juga senang dengan Gibran. Apa kah cinta Indah akan beralih arah?


Petikan-petikan dari dalam novel :

Indah : Ray, saya ada kekasih awak seorang saja. Memanglah saya sayang awak. Kalau saya tak sayang awak, tak nak saya ikut awak ke hulu ke hilir. Sebab sayanglah saya sanggup buat apa saja. Bila dengar cerita-cerita macam ni, memanglah saya tak sedap hati. – m/s 72

Ray : Saya senang saja. Kalau saya jumpa orang lain, saya akan berterus terang dengan awak. Saya akan lepaskan awak. Bila sudah ada yang lain, bermakna saya tak perlukan awak lagi. Jadi awak kena faham tentang pendirian saya. Saya tidak suka serabutkan kepala saya dengan perkara remeh-temeh macam tu. Tak suka, tinggalkan. Habis cerita. – m/s 85

Indah : Sebab dia lelaki pertama yang datang kepada saya dan beritahu dia sukakan saya. Belum ada lelaki yang sudi sukakan saya seperti Ray. – m/s 149

Ray : Saya sayang awak, Indah. Dan saya mahu awak bahagia bersama saya. – m/s 191

Gibran : Dukun tu cakap saya rindukan sesuatu yang ada kena-mengena dengan nama indah. Tentulah saya rindukan awak. Takkan saya nak rindukan Indah Water pula? – m/s 204

Gibran : Cinta bukan maknanya jadi pak turut. Cinta juga bukan maknanya sanggup telan apa saja tanpa membantah walau sedikit. – m/s 283

Ray : Saya rindukan awak. Terlalu rindu sampai saya tak boleh nak buat apa. – m/s 321

Gibran : Terima kasih. Memang saya bawa awak ke sini untuk meraikan hari lahir saya. Saya mahu menjadikan kenangan yang terindah dalam hidup saya sebab awak memang sesuatu yang indah untuk saya kenang. – m/s 342

Gibran : Saya mahu awak tahu, saya cintakan awak seorang dan saya mahu serahkan hati saya hanya untuk awak seorang. Saya mahu menghabiskan usia saya menemani awak, jadi saya mahu awak tunggu saya. – m/s 432

Kata Ku :

Hmmm… sorry to say but novel ni kinda membosankan. Sgt mendatar. Tak thrill langsung. The only thing that made me finished the book coz I nak tahu gak sape pilihan Indah. (I tak biase nak belek bhgn ending novel). And my prediction was wronged. Hmmm… Anyway, good try for Marissa.

Kredit 3/5


No comments:

Post a Comment