Monday, 16 December 2013

Novel : Dekatnya Cinta (Adam Hawa 2)

 
Berjanjilah… akan kita belai cinta ini dengan penuh kejujuran

Judul : Dekatnya Cinta (Adam Hawa 2)
Penulis : Aisya Sofea
Terbitan : Alaf 21
Muka Surat : 645
Harga : RM26

Lama tak bersiaran eh! Bila dah balik dari bercuti, mood tu hilang ke mana ntah! Heheheh… Untuk novel ni, dah start baca sebelum cuti. Siap bawa balik kg lagi. Tak juga habis2. Huhuhuh…

Rumusan Kisah :

Sekuel  dari citer Adam Hawa.  

Am dan Ain bahagia melayari bahtera perkahwinan mereka bersama Arissa buah hati mereka.

Walaupun berasa berat hati, namun Am tidak berupaya untuk menghalang niat Ain untuk menyambung pengajian setelah Ain berjanji akan cuba untuk menggalas tugasnya sebagai isteri, ibu, pensyarah dan pelajar sebaik mungkin.

Semakin hari, Ain semakin sibuk dan mula mengabaikan tanggungjawabnya. Zulaikha, setiausaha baru Am pula menangguk di air keruh. Keadaan semakin teruk bilamana Am ternampak Ain berdua bersama Prof Yusof. Akhirnya, jatuh jua talak di antara mereka.

Petikan-petikan dari dalam novel :

Am : Tak sempurna untuk abang, tapi abang tetap nakkan Ain. Cinta itu buta, sayang. Cinta membutakan yang kurang pada pasangan kita. Bukan kita tutup mata dan terus tak ambil kisah. Tapi tanpa kita sedar sebenarnya cintalah yang mengajar kita memenuhi atau memperbaiki kekurangan itu. Cinta mengajar kita melengkapi diri kita masing-masing. – m/s 116

Am : Sesuatu yang buruk berlaku, bukan kerana DIA menghukum. Mungkin DIA nakkan yang lebih baik untuk kita berdua. – m/s 117

Am : Ya. Abang ungkit sekarang ni sebab abang dah puas bersabar dengan perangai Ain. Abang dah tak sabar tengok perangai Ain yang mula lupa rumah tangga kita. Bukan abang yang berubah, Ain yang dah banyak berubah. Lupa dengan janji Ain pada abang. Masa nak meminta, semuanya okey. Tapi bila dah macam ni, apa yang abang dapat? Menyakitkan hati! – m/s 269

Am : Ain takkan tahu sejauh mana sayang abang pada Ain. I love you with all my heart. Abang sayang Ain lebih dari abang sayangkan nyawa abang sendiri. – m/s 275

Ain : Abang, my love for you dies when the last petal of these roses fall. I love you, always will and always be. – m/s 613

Kata Ku :

Memang giler ngan citer ni masa ditayangkan tahun lepas. Semuanya gara2 watak Am tu dilakonkan oleh Aaron Aziz! Siap gi serbu Aaron lagi masa episode akhir citer ni, depa buat kat Jln Yap Kwan Seng.

Anyway, untuk sekuel ni…  Semuanya sebab Ain sambung study jer. Itu jer. Tapi yang tak puas hati sebab Ain tak confront dengan Zulaikha dari awal. Kalau dah tahu mesej tak sampai ke Am, mesti la something wrong somewhere kan… Hmmm… Memang sah2 ler terbayang2 Aaron dan Nadiya.

Kesibukan Ain mmg bikin geram la kan. Dah janji, bleh pula lupe janji… Kesian ngan Am yang terabai. Lagi satu, bleh pula Ain ni simpan pulak rahsia psl Nad ngan Prof Yusof. Hahh kann dah salah sangka!

Anyway, happy ending tu of coz la kan… kalau tak, mmg yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran ler! Huhuhu…


Kredit 3.5/5

No comments:

Post a Comment