Untuk hidup berdua, haruslah
setia…
Judul : Cik Bunga dan Encik
Sombong
Penulis : Airisz
Muka Surat : 593
Harga : RM22
Rumusan Kisah :
Intan Asnidar, pekerja kedai
bunga yang terpaksa jadi tunang terkejut kepada Harris Isqandar selepas bakal
tunang Harris tidak muncul pada hari pertunangan mereka. Intan ingatkan dia
hanya akan jadi tunang terkejut untuk 1 hari sahaja tapi lebih terkejut bila
Harris bertegas untuk melangsungkan pernikahan mereka dalam tempoh sebulan
lagi.
Intan mula nampak sisi lain
Harris yang sombong sepanjang Harris berada di kampung Intan. Intan mula reda dan terima semuanya dengan
seadanya, tambahan pula Harris melayan Intan dengan baik. Dalam masa yang sama,
Datin Nora, mama Harris dan Erny, bekas kekasih Harris sering sahaja mengganggu
hubungan Intan dan Harris.
Petikan-petikan dari dalam novel
:
“Ya, saya tahu, Datin. Lagipun
saya dibayar untuk semua ni. Bukan saja-saja saua dan anak Datin bercinta. Saya cuma bidan terjun yang tersalah masa!” aku jawab dengan berani. “Saya pun tak
ada hati nak jadi menantu Datin. Memang tak layak!” aku menjawab lagi. – m/s 13
“Saya hanya perlukan sesaat saja
untuk suka pada seseorang. Dan sesaat itu ada pada awak! ” jawab Harris dengan
tenang dan sungguh aku cakap, aku tidak faham apa-apa. Aku tidak pernah
bercinta jadi aku tidak berapa faham dengan ayat-ayat cinta ini. Hendak aku
tanya semula, takut dia cakap aku bodoh. Kalau dia cakap bodoh, masih okey
lagi, buatnya dia terlepas cakap perkataan bangang, malu juga nanti. – m/s 48
“Awak tahu tak, malam tadi hampir
satu malam saya tak boleh melelapkan mata. Saya tak sangka saya begitu
beruntung sebab terjumpa dengan awak. Betul-betul saya tak sangka. Apa yang
saya idam-idamkan selama ini memang ada pada awak!” kata Harris lagi. Kali ini
dia tidak gelak dan nada suaranya sangat serius. – m/s 88
“Awak gadis pertama yang menemani
saya ke mana-mana saya pergi dan mungkin awak yang pertama menemani hidup saya
dan seterusnya selagi hayat saya dikandung badan!” Harris benar-benar cuba
menyakinkan aku rupa-rupanya. – m/s 168
“Siapa kata kahwin paksa tak
bahagia. Helo cik adik saying, cinta tu boleh disemai. Janji berusaha!” jawab
Harris. – m/s 22
“Kau fikir kau layak untuk anak
aku? Tahu tak kau ni tak ubah seperti sampah? Tempat kau tu hanya di kaki
Harris. Kau tak layak langsung untuk anak aku. Kau jangan mimpilah untuk hidup
bersama anak aku.” – m/s268
Awak tahu tak, kita dah mula
sayang awak. Kita rasa dah sanggup nak berpisah dengan awak. Sampainya hati awak
buat kita macam ni. – m/s 290
“Abang juga mahu Intan menerima
abang seadanya juga. Dan kita akan berusaha untuk membahagiakan rumahtangga
kita. Insya-Allah. Inilah syurga kita di dunia dan kita perlu menjaga syurga
ini sebaik mungkin. Abang tak mengharapkan apa-apa lagi kecuali hidup bahagia,”
kata Harris perlahan. – m/s 338
Harris menghampiriku dan memeluk
pinggangku, “Sayang, sebenarnya kita berada di dalam dua keadaan yang berbeza.
Kalau betul kita tak boleh terima, kita tak boleh paksa… tapi kita boleh
belajar menerima. abang mengambil contoh sikap sayang. Saying lebih bersikap
terbuka dan cuba menerima segala keadaan dengan rela. Langsung tak cuak untuk
belajar menerima. Abang kagum sangat dengan sikap saying. ” – m/s 466
“Betul. Dah lama abang sayangkan
Intan, tapi tak tahu nak cakap macam mana. Tapi hari ni abang seperti ada
sedikit kekuatan nak cakap benda ni.” – m/s 479
Kata ku :
Bacaan santai dan buat aku
sengih-sengih. Typical storyline. Boleh dijangka kecuali tang hero serah
jawatan dan mulakan hidup baru di kampung. Yang buat aku boring dan meluat bila
Datin Nora dan Erny tak sudah-sudah nak ganggu rumahtangga Harris dan Intan.
Tapi, aku suka watak Intan. Kalau
biasanya heroin akan nangis-nangis dan diam macam tunggul bila kena serang dengan
mama dan ex-gf-perasan suaminya, berlainan dengan Intan yang berani membalas
balik setiap serangan, demi mempertahankan statusnya sebagai seorang isteri.
Lagi satu, Intan sangat percaya dengan suaminya, tanpa ragu.
Harris? Oh Harris sangat sweet! Paling
sweet bila dia yang menjaga Intan selama Intan berpantang!
Kredit 3.5/5