Thursday, 22 August 2013

Novel : Yes, Boss!


Bos memang macam tu kan?
Apa sahaja yang dia katakana, kita wajib jawab, “yes, boss!”


Judul : Yes, Boss!
Penulis : Areila Sahimi
Terbitan : Kaki Novel
Muka Surat : 457
Harga : RM19

Rumusan Kisah :

Yes, Boss! – itu saja jawapan yang perlu diberikan setiap kali menerima arahan daripada bosnya, Irfan Ilham. Memang pada mulanya, Aryana tidak menyenangi bosnya itu. Tugasnya sebagai Pembantu Peribadi lebih banyak menguruskan perihal girlfriends bosnya. Tanpa dipinta, perasaan halus itu hadir, namun berjaya dibendung selama 3 tahun!

Tatkala Ilham berpacaran dengan Mellina, Aryana cuba untuk menjelaskan siapa Mellina sebenarnya, namun Ilham tidak mahu mempercayainya. Aryana resign dan balik kampung. Kebenaran terungkap dan Ilham cuba untuk memujuk Aryana kembali.

Kemunculan Udin, kawan sekampung Aryana membuatkan Ilham tidak senang duduk.

Petikan-petikan dari dalam novel :

“Owh… lagi satu. Saya tak nak awak panggil saya Encik Ilham. Memandangkan saya bos awak, jadi saya nak awak panggil saya bos, B-O-S. Bos!” balas Ilham dengan tune ala-ala bos garangnya itu. – m/s 26

“Tolong buat tapisan mana-mana perempuan yang keluar dengan Ilham. Kalau boleh biar yang semenggah sikit kelakuannya. Awak pun satu. Macam tak boleh adjustkan bos awak tu dengan perempuan yang baik-baik. Ini awak ikutkan aje. Cukuplah Harun sorang aje yang mengikut telunjuk bosnya. Janganlah awak pun dua kali lima jugak Aryana,” ujar Datin Rokiah Kamsan. – m/s 89

“Kalau lagi dua tahun saya masih lagi single dan awak masih lagi tak laku, apa kata kita kahwin? Senang. Habis cerita.” Ilham mengutarakan usul yang membuatkan mulut Aryana melopong luas. – m/s 143

“Aryana, takkanlah kekasih aje yang boleh bagi hadiah cincin? Cuba ubah sikit mind set tu. Jangan terpengaruh dengan jalan cerita Hindustan aje. Pemberian hadiah tu berbentuk universal. Saya berhak nak hadiahkan Yana apa sahaja yang saya mampu sebab Yana adalah orang kepercayaan saya. Saya hadiahkan Yana cincin ni sebagai tanda terima kasih saya kepada Yana kerana Yana sorang aje yang sanggup layan karenah saya.” Pantas Ilham mencelah sebelum Aryana sempat transform jadi doctor pakar cinta. – m/s 171

“Yana sedang cuba menyesuaikan keadaan sekarang ni Kak Leha, Abang Harun. Sepatutnya, Yana dari mula tak boleh nak berperasaan macam ni pada bos.” – m/s 251

“Aryana, stop it. Saya nampak Yana dengan Jeffrey dekat Mid Valley tadi. Berapa kali saya nak cakap saya tak suka Yana keluar dengan dia, dekat dengan dia hatta bersembang sekalipun dengan dia. Itu pun susah sangat ke nak faham?!” bentak Ilham. – m/s 277

“Selangkah awak keluar tanpa mintak maaf kepada Mellina, awak saya pecat. Dua puluh empat jam,” tutur Ilham satu per satu. – m/s 293

“Minta maaf. Tak elok jika saya seorang pekerja bawahan makan dengan orang atasannya. Bos lupa ke? Bos kan bos. Bos tetap bos,” perli Aryana. – m/s 329

“Dah bos tu sibuk aje dengan perempuan-perempuan kat luar tu. Mana nak Nampak Yana kat depan mata,” sindir Harun pedas. – m/s 345

“Sebenarnya dari dulu lagi, kak long memang sukakan abang bos! Kak long memang cintakan abang bos since kak long sedar perasaan kak long sendiri, kan? Tapi disebabkan ego kak long abaikan perasaan kak long. Kak long tahu tak. Kak long ni terlalu mencari kesempurnaan. Dengan Udin tak nak. Dengan abang bos pun tak nak.” – m/s 366

“Saya tak paksa Yana untuk berikan jawapannya sekarang. Yana boleh ambil seberapa banyak masa untuk berfikir. Cuma saya nak Yana tahu yang saya amat-amat berharap agar jawapan Yana nanti adalah sesuatu yang mampu membahagiakan saya. Yang akan membahagiakan kita berdua.” Ujar Ilham ketika menghantar Aryana ke rumahnya. – m/s 396

“Baliklah. Yana rindu… sangat. Yana tahulah Yana salah. Tapi janganlah nak merajuk lama-lama macam ni. Boringlah bos tak ada. Kata nak sentiasa ada dengan Yana. Sekarang hilang pulak.” Kata Aryana tersekat-sekat. – m/s 431

“Offer letter mana? Nak terima jawatan sebagai ‘secretary di hati bos’ tu kenalah ada offer letter,” balas Aryana pula. – m/s 445

Kata ku :

Salute kat heroin sbb boleh pendam perasaan dia kat bos dia selama 3 thn?! Pastu, sporting pula nak cover line utk bos dia yang playboy tu. Paling sweet part bos nak propose Aryana. Hahaha.. dialog paling sempoi nak melamar!

Update 4/3/14 : Citer ni tgh on-air!



Kredit 3.5/5


No comments:

Post a Comment