Identitiku? Adakah begitu penting
bagi mereka untuk mengetahui siapa diriku yang sebenar?
Judul : Siapa Orang Gajiku
Penulis : Azimah Lily
Muka Surat : 545
Harga : RM21
Rumusan Kisah :
Keadaan Tengku Haikal Iskandar
yang hidup dalam dunianya sendiri sejak ketidakhadiran tunangnya pada hari pernikahan
mereka, amat merisaukan Tengku Fauziah, nenek dan Tengku Fariza, ibunya. Tengku
Fauziah nekad mengupah Sharifah Aina Aishah sebagai orang gaji di rumahnya
untuk ‘merawat’ cucunya, setelah mengetahui Aina adalah Doktor Psikologi.
Aina yang ketika itu sedang
‘melarikan diri’ dari ibunya, Datin Sharifah Mawar kerana sering mendesak dia
dan abangnya Syed Aril utk berkahwin, menerima tawaran nenek sahabat baiknya,
Rina, dengan upah yang lumayan, bagi membolehkan dia menyalurkan duit tersebut
kepada rumah anak yatim.
Setelah Haikal pulih, Sofea
muncul dan hubungan mereka bertaut kembali. Merasakan Aina adalah saingannya,
Sofea yang licik berjaya membuatkan Aina dihalau dari rumah Haikal semasa
ketiadaan Tengku Fauziah. Haikal mula terasa kehilangan.
Pertemuan Haikal dan Aina ketika
mesyuarat di Hotel milik keluarga Aina menjawab siapa sebenarnya Aina.
Petikan-petikan dari dalam novel
:
“Nenek tahu, tetapi jika nenek
mahu Aina menjadi doctor psikologi Haikal, masanya bersama Haikal adalah terhad
berbanding masanya sebagai orang gaji. Jika Aina menjadi orang gaji, Aina
mempunyai banyak masa bersama Haikal.” Terang Tengku Fauziah. Dia memandang
tepat pada Aina. – m/s 50
“Dah banyak kali nenek suruh
Haikal mandi, potong rambut dan cukur janggut! Ada ke Haikal dengar cakap
nenek? Tak, kan? Jadi jangan salahkan nenek dan Aishah, salahkan diri kamu
sendiri dulu,” marah Tengku Fauziah. Inilah yang terjadi jika kita terlalu
dimanjakan. Wajahnya serius. – m/s 133
“Masa itu Haikal kecil lagi, tak
tahu nak fikir. Main ikut saja. Eee… ada ke patut dia suruh Haikal pakai baju
gaun perempuan? Mekap lagi? Siap ikat tocang dua lagi. Ibu, nenek, malu Haikal
dibuatnya. Bila difikirkan balik, macam mana Haikal boleh ikut saja cakap Mamee
Monster tu?” Haikal menjuih bibir. Memalukan! Menjatuhkan maruah aku sebagai
seorang lelaki sejati. Aku harap selepas ini jangan aku jumpa dia lagi. Pasti
dia akan ejek aku. – m/s 198
“Aishah mesti ikut Haikal pergi
bekerja.” Haikal berpaling dan tersenyum ke arah Aina. Dia mengenyitkan
matanya. Kau sudah menyusahkan aku, kau ingat aku akan lepaskan kau begitu saja
ke? – m/s 230
“Nenek, tugas Aina hanya untuk
memulihkan Haikal. Tentang urusan peribadi Haikal dan Sofea, itu adalah di luar
tugas Aina. Hal ini tiada kena mengena dengan Aina. Aina orang luar, nenek.”
Ujarnya lagi. – m/s 258
“Orang… gaji?” Walaupun nada
suara Aril perlahan tetapi tegas. Aril mengetap bibirnya. Apa sebenarnya yang
berlaku? Kenapa Aina menjadi orang gaji pula? Dah hilang akal ke adik aku ni?
Tetapi… Haikal seperti tak tahu siapa sebenarnya Aina. Kenapa dia panggil Aina
dengan nama Aishah? – m/s 343
“Dengar sini, walaupun kau orang
gaji kesayangan nenek aku, aku takkan biarkan kau membuli orang sesuka hati
kau. Sofea adalah orang yang sangat penting dalam hidup aku. Kau boleh
perbodohkan nenek aku tetapi bukan aku!” Haikal meninggikan suara. Haikal
berpaling dan memegang bahu Sofea. – m/s 372
“Aina minta maaf kerana berbohong
pada auntie selama ini. Pada waktu itu, Aina hanya menjalankan tugas Aina.
Bukan niat Aina untuk menipu sesiapa. Selain itu, Aina juga nak minta maaf jika
Aina ada terkasar bahasa pada auntie semasa Aina bekerja di rumah auntie. Aina
benar-benar minta maaf. Aina nak minta sesuatu dari auntie.” Aina teragak-agak
untuk menyatakannya. Walau apapun hal ini mesti diselesaikan juga. – m/s 445
“Apa maksud Rina yang Aina
diculik? Siapa yang culik Aina?” Suara Tengku Fauziah meninggi. Berita yang
disampaikan oleh Rina mengejutkan dirinya. Dia tidak percaya dengan apa yang
dikatakan oleh Rina. - m/s 513
Kata Ku :
Penuh dgn drama dan suspen!
Berdebar-debar nak tau citer seterusnya. Tapi, actually, citer ni lebih kepada
citer kekeluargaan. Kisah percintaan hanyalah elemen kedua dalam citer ni.
Banyak konflik yang aku rasa buat watak hero dan heroin agak tenggelam. Love
story yg mature bagi aku tapi tidak begitu dikembangkan sgt. So tak payah nak
expect babak comel, sweet dan loving-loving gitu. Macam ada sorang blogger ni
komen, ‘tak umphh’. Bagi aku, heroin utama citer ni adalah Datin Sharifah
Mawar. Adoi laa.. boleh mental aku kalau dpt mak macam tu.
Kredit 4/5
No comments:
Post a Comment