Kesimpulan untuk eksperimen cinta kita...
Kita bahagia!
Judul : Eksperimen Cinta
Penulis : Anjell
Muka Surat : 843
Harga : RM30
Novel ni baru je published hujung
bln lepas (Julai 2013).
Rumusan Kisah :
Walaupun pertama kali bertemu,
Tengku Aaron Shah sdh mula tertarik dengan perwatakan Damia Farisha Razak yg
lain daripada perempuan2 lain di sekelilingnya. Aaron mengugut Damia untuk
menerima lamarannya, hanya semata-mata ingin menjadikan Damia eksperimen dalam
sebuah perkahwinan. Hakikatnya, perkahwinan itu adalah semata-mata untuk
mengaburi mata semua orang terutamanya kembarnya Tengku Andrean yang
dianggapnya telah merampas kekasihnya, Seri. Aaron mahu tunjukkan yang dia juga
boleh hidup bahagia.
Bila dah duduk serumah, mmg susah
nak mengelak. Bila dah hari-hari bertemu, nak-nak pula halal... perasaan
masing-masing semakin keliru. Cemburu menguatkan rasa hati. Berjauhan
membuaikan rasa rindu.
Kehadiran Salmy yg cuba menuduh
Aaron yg telah menghamilkannya sekali lagi mengganggu kebahagiaan rumahtangga
mereka.
Petikan-petikan dari dalam novel
:
“Jangan nak bergurau, Tengku.
Saya tak kenal Tengku. Jumpa tak sampai sehari. No… tak sampai separuh hari
tapi Tengku nak ajak saya kahwin? Kalau cakap kat mak Tengku ni, boleh pengsan
kut. Tengku janganlah buat lawak lagi. Tak larat dah saya nak gelak.” – m/s 14
‘Okey… we’ll see. Kalau aku jatuh
cinta dengan Damia, BMW M6 kesayangan aku tu, aku bagi free-free kat kau.”
Dengan berani Tengku Aaron berkata. – m/s 282
“Perempuan ni macam baju aku
ajelah. Macam-macam jenis. Aku pun dah tahu yang mana kualiti bagus, yang mana
kualiti tak bagus. Aku kahwin dengan kau sebab aku rasa nak kahwin. Orang lain
Tanya aku bila nak kahwin, so aku kahwin. Aku nak tunjuk yang aku pun boleh
kahwin. Puas hati?” – m/s 325
“Mulai hari ni, aku tak nak tengok
kau berdua. Sampai mati aku takkan maafkan kau orang. Dan kau, Tengku Andrean
Shah, mulai hari ni aku bukan lagi abang kembar kau.” – m/s 359
“Bukan ke kita akan cerai tak
lama nanti? Masa tu, saya dah tak boleh guna harta awak. Saya kena belajar dari
sekarang untuk hidup macam kehidupan lama saya.” Damia tunduk sehabis bicara.
Awatlah rasa macam sentimental pula malam ni? Rasa nak nangis pun ada. Terasa
air mata berada di hujung mata namun cepat-cepat dia lap. Serius dia rasa
sedih. Mungkin sebab mengenangkan nasib diri andai penceraian betul-betul
terjadi. – m/s 440
“Saya tak sekeji tu, Aaron. Saya
tak pernah sentuh lelaki lain selain awak. Demi Allah, awaklah lelaki pertama
yang pernah sentuh saya. Hanya awak. Mungkin saya tak suka tapi saya tak ada hak
nak marah sebab awak suami saya.” – m/s 531
“It’s just a car. I can get a new
one anytime I want. It can be replaced. But I have only one Damia. Apa
sangatlah kereta tu kalau nak banding dengan apa yang aku rasa sekarang dekat
Damia,” jawab Tengku Aaron. – m/s 550
“Love is just a word until
somebody comes along and gives its meaning,” balas Tengku Aaron. – m/s 574
“Dulu abang main-main masa
melamar Mia jadi isteri abang. Abang tak rasa apa-apa ketika sarungkan jari Mia
dengan cincin ni. Tapi kali ni izinkan abang melamar isteri abang dengan penuh
rasa cinta yang lahir dari hati abang.” – m/s 639
“Mana awak menghilang sebelum ni?
Sengaja nak seksa perasaan saya? Awak jahat.” Damia rasa macam nak menangis
lagi. Tangannya memukul dada tengku aaron. Geram apabila dia macam orang gila
menanti panggilan tengku aaron. Setiap lima minit mesti memandang ke arah
telefon bimbit. – m/s 721
“Never happen, daddy. Melainkan
Abang Aaron ceraikan Mia. Mia tak sanggup kongsi suami. Kalau daddy nak Abang
Aaron kahwin dengan Salmy, suruh dia ceraikan Mia malam ni juga,” cabar Damia.
– m/s 809
Kata ku :
Typical storyline. Tapi aku suka
novel ni. 75% citer ni fokus kat hero dan heroinnya, Tengku Aaron dan Damia.
Buat aku rasa puas sangat baca novel ni.
Babak sweet tak banyak mana kot
tapi ‘kata2 hati’ Aaron dan Damia kelakar. Sengih je aku! Suka je ngan Aaron
dan Damia yang saling hormat sesama mereka even diorang ‘kawin paksa’. Aaron
suka guna kuasa vetonya sebagai suami untuk menundukkan Damia. Damia pula
lembut tapi tegas. Sesuai sangat diorang berdua! Tak boring baca part tikam lidah diorang.
Diadaptasi ke drama dan bakal ditayangkan pada Mac 2015.
Kredit : EDtvHero & heroin : Fahrin Ahmad & Izreen.. |
Kredit 5/5
Serius best cter nie..mmg aku jatuh cinta dengan watak Tengku Aaron dlm nie..hahahaha
ReplyDeleteDah baca memang best..:)
ReplyDeleteTERBAIK KOT...:P
ReplyDeleteBesttttt
ReplyDeleteNovel ni memang terbaaiiikkkkkk. :)
ReplyDelete