Selepas semua yang aku lalui
tanpa dirimu, akhirnya kini kau datang menyerah.
Judul : Bila Nak Saksi
Penulis : Rehan Makhtar
Muka Surat : 623
Harga : RM23
Rumusan Kisah :
Pertemuan demi pertemuan di
antara Jelita dan Yusuff aka Usop membuatkan Jelita mula menerima kehadiran Usop, walaupun
sering menafikan hatinya telah tertarik dengan usikan-usikan Usop. Tanpa
diketahui Jelita, semua pertemuan itu telah dirancang.
Status dirinya yang telah
bernikah dengan Usop diragui. Terperangkap dalam sandiwara keluarganya,
membuatkan Jelita turut sama bersandiwara demi mengetahui kebenaran di sebalik
pernikahan tersebut.
Petikan-petikan dari dalam novel
:
“Hari ni, selendang awak
terjatuh, saya kutipkan tapi awak tak nak. Satu hari nanti, kalau hati awak
terjatuh, dan saya kutip… saya tak pulang macam ni dah, tau! Saya bawa lari
aje,” ucap dia lembut. Ada nada gurauan pada hujung suaranya. – m/s 19
“Kalau macam tu, Lit izinkan mama
dan abah carikan calon untuk Lit. Tak kiralah siapa. Janji mama dan abah yakin
dia boleh jaga Lit. Lit tak kenal pun tak apa. Janji abah dan mama kenal,
sudah.” Jawabku hendak menyedapkan hati mama. – m/s 23
“Ikut hatilah nak jatuh kat mana
pun, janji jangan jatuh dekat awak!” tegas aku dan aku terus berlalu. Tapi telinga
ini sempat lagi menangkap tawa halusnya. – m/s 39
“Tapi betul ke Lit jumpa dia
macam tu aje? Berkali-kali pula tu. Kalau sekali boleh dikatakan kebetulan tapi
kalau dah berkali-kali macam ni, rasa macam dirancang pula. Lit tak rasa dia
rancang ke semua ni untuk berjumpa Lit? Jatuh cinta masa kali pertama bersua
muka mungkin?” duga Abang Jeff tiba-tiba. – m/s 88
Usop menggeleng. “Yang ni saya
dengan Tuhan aje yang tahu. Awak tak tahu tak apa. Cuma saya nak awak tahu hati
saya ada pada awak dan sebagai system barternya, saya nak awak bagi hati awak
pada saya.” – m/s 186
“Cakap ajelah Lit kau suka dia.
Telefon atau SMS dia bagi tahu kau dah jatuh cinta kat dia. Tak ada ruginya nak
mengaku ni. Tak ada istilah perigi cari timba, sebab kau bukan perigi dan Usop
bukan timba,” ucap Kak Shima loyar buruk. – m/s 211
“Jangan panggil mak cik. Yusuff
dan kahwin dengan Jelita, kan? Yusuff
dah jadi sebahagian keluarga kami. Panggil mama. Mama tak benci kamu
tapi mama terkejut aje. Kenapa kamu bawa lari anak mama macam tu, Yusuff? Kan
elok kamu datan minta cara baik,” luah mama lirih. – m/s 227
Mama mengeluh. “Kenapa nak
percaya, sedangkan dah terbukti, kan? Sijil nikah tu. Mama yakin Usop tu baik
dan dia tak akan mengaku dan palsukan sijil nikah sesuka hati kalau Lit tak ada
kaitan dengan dia,” ujar mama membuatkan aku mengeluh sendiri. – m/s 279
“Ni bukan beg Lit. ni beg Usop.
Dia bukan suami Lit. dia menyamar aje selama ni. Lit tak pernah kahwin dengan
dia dan tak pernah memalukan mama dan abah. Lit dah tak tahan lagi. Lit nak
suruh dia keluar daripada bilik Lit dan rumah ni sekarang juga,” jawabku
bersama sendu. – m/s 346
“Dah berkali-kali abang katakan
sayang. Dah berkali-kali abang berkias dan jujur juga abang akui abang cintakan
Lit tapi Lit tak pernah nak mengaku. Sekali ni aje sayang, abang minta… bagi
tahulah abang yang Lit cinta abang. Abang perlu dengar dari bibir Lit sendiri,”
rayunya lagi. – m/s 361
“Okey. Selagi I tak dengar dari
mulut Yusuff sendiri, I tak percaya. Dan kalau betul pun you dengan dia dah
kahwin, I akan pastikan you pun tak akan bahagia kalau anak I tak bahagia,”
tekan dia dengan bibir yang terjuih lantas dia keluar melalui pintu kaca itu. –
m/s 433
“Tahniah Shila, awak dah berjaya
runtuhkan rumahtangga kami. Awak dah buktikan yang saya bukan sesiapa pada dia
biarpun saya lagi berhak daripada awak,” ucapku kepada mereka berdua. – m/s 465
Aku merengus bersama tangisan.
“Benci Usop. Sampai mati dia betul-betul tinggalkan aku padahal aku dah minta
maaf. Aku dah pujuk dia dah. Sampai hati dia sanggup batalkan majlis ni.” – m/s
524
Aku ketawa. “ Memang unik, kan.
Tapi ini memang ada dalam Islam. Agama kita berikan hak sepenuhnya kepada wali
mujbir kita, iaitu bapa kandung dan datuk kandung untuk nikahkan anak dara
mereka dengan mana-mana lelaki yang dia berkenan. Tanpa pengetahuan perempuan
tu sekalipun dah pernikahan itu tetap sah,” jawabku. – m/s 554
Kata Ku :
Usop Sontorian!! Hahahahaa…
Pernikahan unik yang aku tak
pernah baca kat novel lain, so far.
Ada elemen 13PG! Oppss..
First half part citer ni, agak saspen
juga. Tertanya-tanya juga apa, kenapa, macam mana dan siapa.
Second part citer, alahaii… bab
tarik-tarik tali panjang buat aku lemas. Caring dan loving sesangat Usop ni dan
amat la penyabar sungguh nak menundukkan isteri dia yang banyak pe’el. Pe’el
Jelita ni mmg boleh tahan bikin geram! Huhh… Nak je aku ckp kat Jelita “Sudah, sudah la Jelita ooiiii…”. Emm… Expectation aku terhadap Usop meleset la
pula. Aku dah bayangkan dia anak orang kaya bagai…
Lagi satu, anak-anak Usop dan
Jelita sama la macam anak-anak aku. Si adik perempuan suka nak membuli si abang
yang manja. Oh anak-anak!!
Oh yee… Aku ingat apa la nak
disaksikan sangat.. rupa-rupanya… hehehehhe…
Kredit 3.5/5
Karya Rehan Makhtar yang lain :
No comments:
Post a Comment