Monday, 5 August 2013

Novel : Hello, Mr. Perfect!



“Kalau Alya cintakan abang, tak semestinya abang cintakan Alya…”
“Abang cintakan Alya!”
“Huh, abang jangan nak main-main la!”
“Abang tak main-main… abang serius ni!”



Judul : Hello, Mr. Perfect!
Penulis :  Waniey Zakaria
Muka Surat : 674

Harga : RM22

Rumusan kisah :

Muhammad Izzul Islam, terpaksa mencari calon isteri dalam masa 6 bulan agar adiknya, Muhammad Arif Fikri, boleh berkahwin dengan gadis pilihannya. Kes langkah bendul versi lelaki!

Alya Adriana, terpaksa menerima cadangan Ainul Mardhiah, teman baiknya, kekasih Arif, untuk menjadi salah seorang calon isteri kepada Izzul kerana ingin melangsaikan hutang along bapa tirinya.

Arif meminta supaya Alya menjauhkan diri daripada Izzul setelah salah faham terhadap Alya yang disangkanya ingin mengahwini Izzul kerana wang. Namun, Izzul sudah mula menyenangi Alya dan berusaha untuk menjejak Alya. Alya akhirnya menerima Izzul.

Ain, bekas kekasih menjadi punca kepada keretakan rumahtangga mereka. Satu persatu rancangan jahatnya untuk memisahkan Izzul dan Alya.

Petikan-petikan dari dalam novel :

“Okeylah! Along janji along akan pastikan along jumpa pasangan along within these three months. But you have to work hard untuk carikan along calon, okey?” Izzul faham perasaan adiknya itu. Tetapi dia harus fikirkan masa depannya juga. Andai kata dia berkahwin dengan gadis yang tak serasi dengannya, tak ke naya namanya tu? Tapi kalau betul takde gadis yang sesuai untuknya, alamatnya dia kena guna plan B la gamaknya. Hmmm… plan B? apa plan tu ya? Izzul berfikir sendiri. – m/s 35

“I hate liars, I hate people who approached me because of my money and my appearance. I will never go back to her even though she cries with tears of blood!” jawab Izzul tegas. Tegas dengan pendiriannya. – m/s 129

“Abang, percayalah! Ayang yakin, Abang Izzul akan bahagia sekiranya dia mengahwini Alya. Alya bukan mata duitan. Ayang kenal dia. Alya Cuma terdesak! Tetapi kita dah takde cara lain. Ayang tengok Abang Izzul macam sukakan Alya. Mungkin ini sahaja caranya untuk kita selesaikan masalah kita,” nasihat Ainul lagi. – m/s 151

“I don’t want to know about your past, Alya! Past is past! And now, cerita you dengan I! kita mulakan hidup baharu! Alya, will you marry me?” Pinta Izzul. Matanya memandang tepat ke mata Alya. Satu tarikan yang membuatkan Alya diam tanpa kata. – m/s 191

“Eh, kau gila? Kalau husband aku tertengok gambar ni, confirm aku kena tengking dengan dia! Aku tak nak langsung dia tau yang aku ni El, minah tomboy yang suka cari pasal dengan dia dulu, tau!” balas Alya. – m/s 378

“Alya?! Hai, sejak bila tiba-tiba awak dah pandai nak mengendeng dengan perempuan tu?!” Herdik Ain. Dia paling benci bila Izzul menyebut nama yang cukup pantang baginya. Perempuan tu la yang merampas Izzul daripadanya. Dia tak suka sekiranya ada sesuatu di antara mereka. Dia cukup yakin yang Izzul masih sayangkan dia. – m/s 474

“Tak sangka minah tomboy yang dulunya kasar dan berlagak maco rupa-rupanya adalah gadis yang paling cantik yang pernah abang kenal…” puji lelaki itu melangit. – m/s 491

“I said hands off me!!! Hei perempuan… kau kahwin dengan aku sebab nikan? Sebab duit sebanyak RM500,000 ni kau kejar untuk dapatkan aku, kan?! Betul tak?! Perempuan jenis apa kau ni?!” Suara Izzul semakin tinggi. Matanya semakin tajam memandang ke arah Alya. – m/s 504

“Kau isteri aku hanya di atas kertas! Sama seperti kau tandatangan perjanjian antara kau dan Arif sewaktu ingin menjadi calon isteri aku! Dan kau dah pun dapat habuannya. Kau boleh buat apa sahaja. Pergilah ke mana kau suka. Tak perlu minta izin aku…” jawab Izzul seolah-olah memerlinya. Dia kemudiannya meninggalkan Alya keseorangan di dapur. – m/s 512

“Alya cintakan abang bukan kerana duit abang… tapi kerana diri abang. Bila abang tamat belajar, Alya cuba jadi perempuan. Alya berubah sedikit demi sedikit. Semuanya kerana abang. Walaupun Alya tahu waktu tu kita sememangnya takde jodoh tapi Alya berharap yang Alya dapat bertemu abang semula… Allah makbulkan doa Alya rupanya. Kita akhirnya bertemu kembali. Waktu tu Alya seronok sangat dapat jumpa abang tapi masa tu abang tak begitu mengenali Alya. Alya ikut rentak abang sebab Alya nak dapatkan abang. Memang Alya mengaku yang Alya kahwin dengan abang pada mulanya adalah sebab duit. Tapi Alya terpaksa. Demi keluarga! Alya minta maaf…” Entah kenapa air matanya mengalir tanpa dipinta. – m/s 592

“Abang rindukan masakan Alya. Abang rindukan kari ikan tenggiri Alya, spageti, udang sambal dan semuanya la! Abang rindukan gurau senda Alya, caring daripada Alya… semua abang rindu. Sepanjang Alya takde, abang rasa sunyi dan abang rasa kehilangan.” Izzul cuba memancing perasaan isterinya. Benar, dia rindu sangat pada Alya. – m/s 596


Kata ku :

Mr. Perfect, si Izzul ni sgt menjengkelkan aku! Alya pun tak kurang ego. Menjadikan tarik tali panjang sangat. Tak banyak babak yg sweet bagi aku sbb Izzul bukan la seorang yg romantik. Jalan citer yg boleh dijangka kot.

Update 8/9/2015 - Diadaptasi ke drama.

Ruhainies (adik Risteena) & Fattah Amin

Kredit 3.5/5


2 comments:

  1. Betul..Aku setuju dengan pendapat ko tu.. :D

    ReplyDelete
  2. Maaf, malas nak login sejak macam-macam peraturan Google diwujudkan.

    Novel ni antara novel yang masuk list, baca sekali saja. Kalau baca kali kedua pun, hanya mukasurat tertentu saja. Satu je yang dapat saya katakan tentang novel ni. Bosan! Tapi tak sangka ramai juga peminat sehinggakan akan dibuat drama. Kalau penulis skrip tak bijak mengolah novel ni, makan hancur la jawabnya.

    ReplyDelete