Friday, 23 August 2013

Novel : Cik Blur dan Encik Ikhlas



Kita ditakdirkan untuk sama-sama suka.


Judul : Cik Blur dan Encik Ikhlas
Penulis : Airisz
Muka Surat : 481
Harga : RM19

Rumusan Kisah :

Umpama keluar mulut harimau, masuk mulut buaya. Kasih Khalisha yang telah berhenti kerja kerana tidak tahan dengan sikap bosnya, bekerja sebagai orang gaji tanpa mengetahui bahawa majikannya adalah bosnya.

Encik Ikhlas yang selalu marah-marah dan mencari kesalahannya di pejabat pula sudah berubah kepada seorang yang memahami. Dalam tak suka, Kasih mula menyenangi kehadiran Encik Ikhlas. Walaupun masing-masing akan bertunang atas pilihan orang tua, Kasih tidak pula menjauhkan diri dari Encik Ikhlas kerana Encik Ikhlas sendiri makin mendekatkan jurang antara mereka.

Pucuk dicita ulam mendatang. Kasih akhirnya bertemu juga dengan pilihan orang tuanya, Encik Ikhlas! Terus nikah gantung, tak jadi tuning. Tapi, mereka memilih untuk merahsiakan status mereka daripada pengetahuan teman-teman sepejabat.

Petikan-petikan dari dalam novel :

“Saya tak kira, saya  nak awak masuk balik kerja. Jangan nak mengada-ada tunjuk perasaan bagai. Macam budak-budak. Tak boleh kena marah langsung. Sikit-sikit merajuk. Ingat cantik sangat buat perangai macam tu?” Encik Ikhlas bercekak pinggang pula. – m/s 25

“Kasih berhenti kerja semata-mata nak kerja sebagai tukang bersih rumah saya?” Encik Ikhlas bertanya tapi aku tak memandang mukanya. Sakit hati. Tadi sikit saja rasa sakit hatinya, tapi sekarang sudah membuak-buak. Dia seperti memerli aku saja. – m/s 39

“Sebab aku yang cuba berikan cinta aku kepada dia. Aku yang jatuh cinta. Bukan dia yang jatuh cinta terhadap aku. Kini aku dah faham, cuba mencintai seseorang itu adalah sesuatu yang amat indah.” Balas Encik Ikhlas. Kedengaran bersungguh-sungguh saja kata-kata Encik Ikhlas itu. Benarkah dia sedang jatuh cinta? Kalau betul pun dia jatuh cinta, aku rasa aku bukan orangnya. Aku rasa seperti Encik Ikhlas itu sedang mempergunakan aku. – m/s 102

“Misal katalah, satu hari nanti, kalau umi saya tanya bila nak kahwin, boleh tak saya sebut nama Kasih sebagai calon isteri?” – m/s 131

“Saya belum betul-betul jumpa dengan lelaki yang boleh membuatkan saya benar-benar jatuh cinta dengannya,” ujarku perlahan. Memang betul, aku masih belum berjumpa dengan lelaki yang benar-benar mampu membuatkan aku benar-benar jatuh cinta. – m/s 163

“Encik bakal jadi suami orang.” Aku tersenyum hambar, cuba menyembunyikan perasaanku yang telah retak. Tak perlu nak menunjukkan apa-apa. Encik Ikhlas pasti tidak akan tahu apa-apa apatah lagi dengan wajah sukanya itu, aku tahu aku  bakal dilupakan sedikit masa lagi. Jadi, berhentilah mengharap, Kasih. – m/s 204

“Masalahnya mak aku dah berkenan dengan anak kawan dia. Encik Ikhlas pula macam setuju dengan pilihan mak dia. Jadi macam mana? Keadaan kami dah tak seperti dulu. Tapi aku benar-benar tak boleh terima keadaan ni.” Aku memegang tangan Pijot. – m/s 210

“Memang pada mulanya saya tak suka sebab dalam hati dah ada Kasih. Tapi bila mak Kasih tunjuk saja gambar, saya rasa seperti mahu melompat. Rasa bersyukur sangat. Rupa-rupanya saya mahu dijodohkan dengan gadis idaman saya.” – m/s 294

“Kita mulakan hubungan kita dengan gelaran. Agak pelik kalau isteri panggil suami dengan panggilan encik. Kalau mak kita dengar mahu pitam masing-masing.” Dua butang baju yang terakhir dari bawah tidak dibuka dan dadanya terdedah. – m/s 380

“Aku musykil sikit. Sebab Encik Ikhlas yang nikah, tapi yang beria-ia berinai, kau. Entah-entah kau nikah dengan Encik Ikhlas.” Kata-kata Nani membuatkan aku jadi gabra tapi aku berusaha untuk menyembunyikan perasaan itu. Rahsiaku tidak boleh dihidu oleh Nani. Memang habis cerita nant maka aku kena buat-buat gelak. – m/s 387

“Saya dan Abang Ikhlas sebenarnya tak ada masalah dalam hal ni, kak. Sebab yang paling penting, kami mahu reda kedua-dua ibu bapa kami. Sesungguhnya Allah akan reda terhadap kita, bila kedua-dua ibu bapa reda akan kita. Akak tak tahu ke tentang tu?” soalku sambil melemparkan senyuman sinis.- m/s 443

Kata Ku :

Typical storyline with typical conflicts. Jalan citer yang boleh dijangka. Yg lain sikit bila hero nak tarik perhatian heroin dengan cara marah-marah. Marah tahap gaban pula tu. Kalau aku, takdenya aku nak jatuh hati ngan org yg marah2 ni. Dah namanya novel.. layan je la. Kasih pula blur giler… dah brp bnyk clue yang Encik Ikhlas bagi tapi tak dpt nak tangkap. Sampai Encik Ikhlas tu dah jadi suami dia pun masih juga ber-encik-encik ngan suami sendiri. Haiii… Tapi, aku suka cara Kasih nak patahkan kata-kata Mira dan Lisa. Overall, sesuai untuk bacaan santai.


Kredit 3/5

No comments:

Post a Comment