Semua yang aku lakukan ini,
eksklusif untuk dirimu. Aku ingin kau rasa bertuah hidup bersamaku.
Judul : Lelaki Eksklusif
Penulis : Wan Awliya Rayqal
Muka Surat : 413
Harga : RM18
Rumusan Kisah :
Wan Mukriz bernikah dengan Nora Danisha,
gadis ala-ala tomboy yg berkerja sbgi Despatch kat syarikat milik keluarganya,
sebagai usaha untuk menyelamat Nora daripada dijual oleh ayah Nora kerana
berhutang. Wan Mukriz sebenarnya dah syok kat Nora sejak kali pertama bertemu
dengan Nora dan perhubungan majikan-pekerja di antara mereka sememangnya baik
seperti kawan.
Namun, hubungan sah mereka
terpaksa disorokkan daripada pengetahuan keluarga Wan Mukriz, terutamanya Wan
Ariff, yang tidak pernah sukakan Wan Mukriz. Tambahan pula, Wan Ariff juga sdh
jatuh hati kat Nora.
Petikan-petikan dari dalam novel
:
“Belum, borang permohonan calon
sedang diedarkan. Tak nak cuba-cuba isi?” seloroh Wan Mukriz. Suka hati dapat
berbual begitu dengan Nora. – m/s 49
“Eh! Sejak bila pula encik
bertanggungjawab ke atas kebajikan pekerja? Saya rasa sejak saya kerja dengan
syarikat ni, dah berpuluh kali saya jatuh motor. Tak ada pun yang nak ambil
tahu? Kalau nak ambil tahu bukannya sekarang, tapi sejak dulu lagi.” Nora masih
tidak berputus asa untuk mengelakkan diri. Jawapannya juga sinis, memijarkan
hati Wan Ariff yang mendengar. – m/s 87
“Tapi dengan Nora aku memang
serius. Aku memang betul-betul sukakan dia. Aku akan berusaha untuk memenangi
hati Nora. Dan aku yakin sangat-sangat Nora akan terima aku. Dengan apa yang
aku ada sekarang ni, taka da sebab untuk Nora tolak aku. Jadi aku ingatkan kau
sekali lagi, tolong jangan dekati Nora. Nora itu aku yang punya!” kata Wan
Ariff dengan tegas. – m/s 182
“Tidak Nora, saya buat semua ni
bukan disebabkan apa-apa. Saya betul-betul sayangkan Nora. Saya dah mula jatuh
cinta sejak kita bertemu kali pertama dulu.” – m/s 196
“Betul tu Nora, buat sementara
waktu buat macam biasa saja. Sampailah bos bersedia nak beritahu keluarga dia.
Nora kena hargai dia sebab dia seorang lelaki yang baik. Sanggup ambil Nora
jadi isteri semata-mata nak selamatkan Nora.” Nurul pegang bahu Nora. “Jangan
bimbang, rahsia Nora tetap kita orang simpan,” katanya lagi. – m/s 211
“Dan semua yang ada pada honey,
adalah milik bi sekarang ni. Milik bi sorang.” Wan Mukriz pegang pipi Nora.
Terasa dingin. Inilah gadis yang bertakhta di hatinya sekarang ini. Gadis yang
akan Wan Mukriz serahkan seluruh kehidupannya. – m/s 238
“Atuk ingat saya nak sangat
bertunang dengan Sharina? Saya buat semua tu semata-mata nak sakitkan hati
Mukriz. Bukan saya suka sangat dengan Sharina. Tapi tak sangka pulak Mukriz pun
dah tak suka dengan Sharina. Sekarang ni kalau atuk tunangkan Mukriz dengan
Sharina pun saya tak kisah.” Wan Ariff mula menyuarakan perasaannya yang
berbuku. – m/s 261
Wan Mukriz bangkit melawan. Dia
mengayun tumbukan ke muka Wan Ariff. “Aku dulu kenal Nora daripada kau.
Sebenarnya kau tu yang keturunan perampas. Kalau mak kau tak rampas ayah
daripada arwah mak aku, tentu arwah abang dan arwah mak aku masih hidup dan
ayah pun tak jadi bodoh macam tu. Ini semua nenek punya pasal!” Wan Mukriz
luahkan semuanya. Dia sudah tidak berupaya menyimpan terlalu lama. Hari ini dia
akan hamburkan segalanya. – m/s 359
“Encik Wan Ariff, orang yang
begitu menghargai wujudnya saya di dunia ini adalah lelaki yang encik kata tak
guna tu. Dialah orang pertama yang memberi peluang kepada saya bagaimana
rasanya hidup disayangi. Dialah orang yang saya ada ketika saya menangis.
Dialah orang yang saya ada waktu saya sakit. Dan dialah satu-satunya orang yang
saya ada. Saya tak boleh tinggalkan dia. Saya tak boleh lepaskan dia pergi
hanya kerana saya takut hidup susah. Tiada yang paling susah dalam hidup saya
kecuali satu perkara. Susah nak cari orang yang menyayangi saya.” – m/s 393
Kata ku :
Nipis sgt novel ni. Rasa tak puas
baca. Hehehhe… Jalan citer dia ok la. Tapi takde buat aku nervous or excited
sgt. Tapi aku geram kat Wan Mukriz yang bagi aku sangat la bagi muka kat Wan
Ariff tu. Heii!!
Kredit 3/5
Betul2...setuju sgt! Geram dgn Wan Mukriz tu.. baik sgt! :P
ReplyDelete