Friday, 30 August 2013

Novel : Cik Bunga dan Encik Sombong

 


Untuk hidup berdua, haruslah setia…


Judul : Cik Bunga dan Encik Sombong
Penulis : Airisz
Muka Surat : 593
Harga : RM22

Rumusan Kisah :

Intan Asnidar, pekerja kedai bunga yang terpaksa jadi tunang terkejut kepada Harris Isqandar selepas bakal tunang Harris tidak muncul pada hari pertunangan mereka. Intan ingatkan dia hanya akan jadi tunang terkejut untuk 1 hari sahaja tapi lebih terkejut bila Harris bertegas untuk melangsungkan pernikahan mereka dalam tempoh sebulan lagi.

Intan mula nampak sisi lain Harris yang sombong sepanjang Harris berada di kampung Intan.  Intan mula reda dan terima semuanya dengan seadanya, tambahan pula Harris melayan Intan dengan baik. Dalam masa yang sama, Datin Nora, mama Harris dan Erny, bekas kekasih Harris sering sahaja mengganggu hubungan Intan dan Harris.

Petikan-petikan dari dalam novel :

“Ya, saya tahu, Datin. Lagipun saya dibayar untuk semua ni. Bukan saja-saja saua dan anak Datin bercinta. Saya cuma bidan terjun yang tersalah masa!” aku jawab dengan berani. “Saya pun tak ada hati nak jadi menantu Datin. Memang tak layak!” aku menjawab lagi. – m/s 13

“Saya hanya perlukan sesaat saja untuk suka pada seseorang. Dan sesaat itu ada pada awak! ” jawab Harris dengan tenang dan sungguh aku cakap, aku tidak faham apa-apa. Aku tidak pernah bercinta jadi aku tidak berapa faham dengan ayat-ayat cinta ini. Hendak aku tanya semula, takut dia cakap aku bodoh. Kalau dia cakap bodoh, masih okey lagi, buatnya dia terlepas cakap perkataan bangang, malu juga nanti. – m/s 48

“Awak tahu tak, malam tadi hampir satu malam saya tak boleh melelapkan mata. Saya tak sangka saya begitu beruntung sebab terjumpa dengan awak. Betul-betul saya tak sangka. Apa yang saya idam-idamkan selama ini memang ada pada awak!” kata Harris lagi. Kali ini dia tidak gelak dan nada suaranya sangat serius. – m/s 88

“Awak gadis pertama yang menemani saya ke mana-mana saya pergi dan mungkin awak yang pertama menemani hidup saya dan seterusnya selagi hayat saya dikandung badan!” Harris benar-benar cuba menyakinkan aku rupa-rupanya. – m/s 168

“Siapa kata kahwin paksa tak bahagia. Helo cik adik saying, cinta tu boleh disemai. Janji berusaha!” jawab Harris. – m/s 22

“Kau fikir kau layak untuk anak aku? Tahu tak kau ni tak ubah seperti sampah? Tempat kau tu hanya di kaki Harris. Kau tak layak langsung untuk anak aku. Kau jangan mimpilah untuk hidup bersama anak aku.” – m/s268

Awak tahu tak, kita dah mula sayang awak. Kita rasa dah sanggup nak berpisah dengan awak. Sampainya hati awak buat kita macam ni. – m/s 290

“Abang juga mahu Intan menerima abang seadanya juga. Dan kita akan berusaha untuk membahagiakan rumahtangga kita. Insya-Allah. Inilah syurga kita di dunia dan kita perlu menjaga syurga ini sebaik mungkin. Abang tak mengharapkan apa-apa lagi kecuali hidup bahagia,” kata Harris perlahan. – m/s 338

Harris menghampiriku dan memeluk pinggangku, “Sayang, sebenarnya kita berada di dalam dua keadaan yang berbeza. Kalau betul kita tak boleh terima, kita tak boleh paksa… tapi kita boleh belajar menerima. abang mengambil contoh sikap sayang. Saying lebih bersikap terbuka dan cuba menerima segala keadaan dengan rela. Langsung tak cuak untuk belajar menerima. Abang kagum sangat dengan sikap saying. ” – m/s 466

“Betul. Dah lama abang sayangkan Intan, tapi tak tahu nak cakap macam mana. Tapi hari ni abang seperti ada sedikit kekuatan nak cakap benda ni.” – m/s 479

Kata ku :

Bacaan santai dan buat aku sengih-sengih. Typical storyline. Boleh dijangka kecuali tang hero serah jawatan dan mulakan hidup baru di kampung. Yang buat aku boring dan meluat bila Datin Nora dan Erny tak sudah-sudah nak ganggu rumahtangga Harris dan Intan.

Tapi, aku suka watak Intan. Kalau biasanya heroin akan nangis-nangis dan diam macam tunggul bila kena serang dengan mama dan ex-gf-perasan suaminya, berlainan dengan Intan yang berani membalas balik setiap serangan, demi mempertahankan statusnya sebagai seorang isteri. Lagi satu, Intan sangat percaya dengan suaminya, tanpa ragu.

Harris? Oh Harris sangat sweet! Paling sweet bila dia yang menjaga Intan selama Intan berpantang!


Kredit 3.5/5

2 comments: