Monday 6 April 2015

Novel : Kerana Aku Isteri Bidaan


Judul : Kerana Aku Isteri Bidaan
Penulis : Tulip Ungu
Terbitan : Intens
Muka Surat : 665
Harga : RM27


Rumusan Kisah :

Credit to Maslina for the review.. tak dan nak review.. huhuh..

Demi mengelak berkahwin dengan Haji Meon, duda hampir seusia abahnya, Raina Badrina telah mereka cerita bahawa dirinya telah dibuntingkan oleh Farel Zafeeq, lelaki yang paling dibenci oleh abahnya. Raina bagaimanapun kemudiannya dinikahkan dengan Farel, namun melarikan diri bersama kekasihnya, Aznor pada malam selepas pernikahannya. Malang bagi Raina apabila dia menjadi mangsa pemerdagangan orang apabila Aznor menjualnya kepada bapa ayam untuk dijadikan GRO.

Setelah dua tahun, Farel bertemu semula dengan Raina ketika mengikut rakan sekerjanya berhibur di kelab hiburan di mana Raina bekerja. Raina dilanggan Farel untuk melunaskan hutang malam pertama mereka. Raina kemudiannya dibida Farel demi membebaskannya dari kancah maksiat apabila bapa ayam yang menjaganya melelongnya untuk dijadikan mistress.

Pada mulanya, Farel hanya ingin melunaskan amarahnya kepada Raina kerana memfitnahnya dan kerana lari di malam pernikahan mereka. Lantas Raina tidak dilayan selayaknya dan hanya dianggap sebagai teman tidur. Di matanya, Raina itu bukan dari kalangan selayaknya diangkat menjadi isteri. Keadaan menjadi lebih buruk apabila Raina ditangkap khalwat dengan bekas pelanggannya sehingga Farel mahu menjualnya kembali kepada bapa ayam.


Sehinggalah pada suatu hari di mana Farel dinasihati oleh imam di kampungnya tentang tanggungjawab seorang suami. Dia mula sedar khilaf diri. Farel mula merasai satu perasaan di hatinya yang mengikatnya dengan Raina sehingga dia tidak sanggup melepaskan Raina pergi dari hidupnya. Dia ingin kembali menebus silapnya dan ingin membaikpulih rumahtangganya.


Kataku :

Beli novel ni sbb tertarik dengan synopsis blkg novel ni. Ditambah pula dengan rating yg pembaca bagi.

Kinda rare & daring. Farel yang ego dan unexpredictable bagi aku. And at some parts, Farel kejam la jugak. Part Farel hantar balik Raina kat owner lama tu mmg aku dah mcm… oh my, like seriously Farel?!

Raina, mmg patut la kot dpt layanan x berapa baik dari Farel. Dah ko yang perangkap Farel tu. Apa2 pun, tak semua GRO volunteer nak jadi GRO. So, pls don’t judge them hanya dgn title dorang.

Nak citer yang lovey-dovey-bergula-melting, not this book tp aku suka je rasa tanggungjawab yang ada dlm diri Farel.


Kredit 4.5/5

No comments:

Post a Comment