Sekali namamu kulafazkan,
hati tidak pernah terdetik untuk menyebut yang lain...
Judul : Usai.. Aku Terima Nikahnya
hati tidak pernah terdetik untuk menyebut yang lain...
Judul : Usai.. Aku Terima Nikahnya
Penulis
: Umie Nadzimah
Terbitan
: Karyaseni
Muka
Surat : TBA
Harga
: RM19
Utk
first review 2015, kita review novel lama. Baru berkesempatan khatam novel awal
author ni. Satu lagi novel, Pilihan Mama, belum baca lagi. Novel2 baru dalam
list sebelum ni, kena amik masa nak review,
sbb kena refresh blk. Huhuhu..
Rumusan
Kisah :
Puteri
Nur Aina yang berusia 19 tahun dipaksa dan terpaksa berkahwin dengan Iskandar
Hafiz demi tanah yang menjadi perebutan mak long & pak ngah nya. Puteri
menganggap perkahwinan tersebut menyelamatkan dirinya dari pak ngah & abang
Mazni yang sering memandangnya dengan nafsu jantan.
Iskandar
yang melayan Puteri dengan baik membuatkan Puteri senang dan menerima Iskandar
sebagai suaminya. Kebahagiaan yang dikecapi hanya sementara apabila Iskandar
memilih untuk meninggalkan Puteri dek kerana desakan emaknya dan Wan Marini,
wanita yang pernah bertakhta dihatinya sebelum ini.
Bangkit
daripada kekecewaan lalu, Puteri bergelar usahawan berjaya.
Kataku
:
Hmmm..
jujurnya saya still rasa Dia Isteri Luar Biasa the best author so far.
Novel
yg ni bagi saya gaya penulisannya agak membosankan. Mcm baca sejarah pulak.
Oppss sorry! Tapi, storyline dia giler panjang. Makan masa 19 tahun kalau tak
silap saya. Kawin, pisah, cerai, kawin, meninggal, kawin… Begitu la secara
rumusan nya hidup seorang Puteri!
Tapi,
saya sgt bangga dengan Khalif yang tidak pernah meninggalkan Puteri saat susah
dan senangnya. Iskandar… bagi saya loser! Best man wins Khalif! You’re the best!
Yg
tak berapa nak puas hati sbb saya rasa Rina patut dpt balasan yang lebih
setimpal lagi kot.
Kredit
3/5
No comments:
Post a Comment