Friday, 27 September 2013

Novel : Perempuan Yang Paling Aku Cinta



Judul : Perempuan Yang Paling Aku Cinta
Penulis : Acik Lana
Muka Surat : 673
Harga : RM33

Novel Limited Edition tau…


Rumusan Kisah :

Bunga : Melalui kehidupan dengan diri terpalit dengan 'kekotoran' bukanlah mudah bagi seorang gadis bernama Bunga. Kerana hanyut dan terleka di usia remaja, dia terlanjur perlakuan bersama Karl Hakimi yang memang terkenal dengan jolokan kasanova. Dirinya dibiarkan terkontang kanting menyesali keterlanjuran mereka tatkala lelaki itu melarikan diri ke luar negara.

Dugaan semakin perit apabila dia dibuang keluarga, ditendang dari kolej dan hidup penuh payah tanpa sesiapa di sisinya. Setiap kejerihan yang dilalui menerbitkan rasa benci dan dendam kepada Karl Hakimi. Tidak pernah dia membenci seorang manusia seperti mana dia membenci lelaki yang telah merosakkan seluruh hidupnya itu.

Karl Hakimi : Enam tahun hidup di luar negara, sekali lagi dirinya terlontar ke Malaysia kerana gerak hati yang terusik entah kenapa. Setahun berlalu, mainan takdir telah menemukan dia dengan gadis bernama Bunga sekali lagi. Biarpun Bunga pernah 'disentuh' olehnya, namun malang kerana dia tidak langsung mengingati gadis itu. Bayangan Bunga hilang di celah-celah puluhan wanita yang pernah dia dampingi.

Komitmen kerja akhirnya merantai kaki mereka bersama. Dari hari ke hari, perasaan di hati Karl Hakimi kian aneh. Terdengar pula kisah pahit tentang hidup Bunga gara-gara silapnya, jiwa terhentak keras. Tidak pernah terfikir ada hati yang begitu sengsara kerana sikapnya yang tidak bertanggungjawab.

Atas rasa kesal, Karl Hakimi cuba menebus kesilapannya dengan memenangi hati Bunga. Namun perjalanan itu tidak mudah. Kebencian dan dendam Bunga setinggi gunung Himalaya. Dan kemunculan Elman serta lelaki misteri bernama Eusoff semakin menyulitkan langkahnya menuju ke hati gadis itu.


Petikan-petikan dari dalam novel :

Karl : Sometimes the wrong choice brings us to the right place. Look at you now, and look at me. Kita dah ada haluan masing-masing yang lebih baik. just imagine kalau kita masih bersama in seven years back. You rasa you akan lulus dengan cemerlang? You rasa I boleh success macam sekarang if I tak pergi England ikut my dad? No, Bunga. No… - m/s 103

Karl : Falling in love with her is something I hadn’t expected. But being in love with her is something I couldn’t stop even I tried. I want her back, Alan… - m/s 161

Bunga : Marah? You pun pandai nak marah? Hei, apa yang you buat pada I memang teruk! You goda I, you buat I jatuh cinta pada you, you desak I serahkan semuanya pada you. But at the end you dumped me! You ingat I ni apa? Sampah? – m/s 187

Karl : You akan jatuh cinta dengan I sekali lagi, Bunga. And trust me, this time round I’ll make it right. I will love you until the day I stop breathing. I promise you, I will… - m/s 213

Karl : Bunga, please don’t do this to me. I might not be everything you ever wanted, but I’m always gonna be more than what you deserve… - m/s 306

Karl : Saya sanggup memperisterikan Bunga kalau itu boleh menutup malu keluarga pakcik. Dan kali ini saya mahu mengahwini Bunga seikhlas hati saya, saya cintakan dia. – m/s 345

Karl : No matter what kind of woman you are, and no matter if you can love me or not in future, after we got married, I will respect your values. I was prepared to do that much. – m/s 354

Bunga :  It’s funny, Karl… no matter how far I run, I’ll never be able to run away from the memories you left with me. – m/s 448

Karl : Oh, come on, Bunga. Dah terlalu lama I bazirkan masa kita, and this time I want to make it right. We are finally starting to walk at the same pace, Bunga, so we can’t always wait for the perfect time. Semuanya perlu bermula sekarang…  - m/s 488

Karl : Selama I pergi dari sini, rupa-rupanya I hanya bawa separuh hati I, Bunga. Dan separuh lagi, ada pada you. But I can’t go on like this anymore, I don’t want to lose anymore of the time that I have to be with you. – m/s 510

Bunga : No Elman, definitely no. I dah jadi isteri Karl, dan I akal kekal menjadi isteri dia selama yang mungkin. Dan kalau jodoh I dengan dia ditakdirkan tak panjang, percayalah yang dalam hati I Cuma ada dia. Sampai bila-bila… - m/s 593

Bunga : It’s not like that, Karl. I rasa I adalah perempuan paling bertuah sebab ada suami macam you. Orang selalu kata lelaki macam you ni susah nak dicari dekat dunia ni, kalau ada pun Cuma watak-watak dalam novel aje. But I’m glad that you’re exist, and I’m thankful because you’re mine… - m/s 608

Karl : You adalah bunga  dalam hati I, I akan jaga you, siram you dengan penuh kasih dan sayang, baja you dengan rasa cinta, dan I takkan biarkan you layu walaupun sedikit, I akan pastikan you kembang mekar penuh indah, cantik berwarna dan ceria. I takkan buat you bersedih lagi… - m/s 671

Lagu dalam novel :

Afgan - Bukan Cinta Biasa
Triad - Ratu Hatiku
Ernie Zakri - Bicara Cinta
Dygta - Cinta Sudah Terlambat


Kata Ku :

A touching story. Banyak bermain dengan emosi!

Aku dapat rasa penderitaan yang ditanggung oleh Bunga. Aku dapat rasa betapa marah dan kecewanya Bunga pada Karl and at the same time keliru dengan perasaan dia yang sememangnya mencintai Karl selama ini.

Maybe ada yang komen part tarik tali panjang sangat, aku pun kureng juga kalau dok tarik tali je kan, mula la rasa bosan.. tapi untuk citer ni, aku bagi pengecualian kot sebab berat juga kes Bunga dan Karl ni. So, aku rasa memang patut la kot Bunga tarik-tarik tali manja dengan Karl. And I love them after they get married. They never fail to express their loves to each other, which I think all husband and wife should do. J

Paling touching bab Eusoff, part Karl jumpa ayah Bunga, part Bunga balik kampung nak jumpa ayah dia and part Bunga ngan ayah dia kat hospital. Sedihnya..

Part malam pertama Bunga dan Karl… hahaha… nakal dan sengal tau Karl! Kesian Bunga!

Oh btw, since novel ni Limited Edition (LEd)… so agak frust bila novel ni takde cop mohor cik author. Nama pun LEd, tak dapat kat bookstore kan… So, I think tak salahkan kalau cik author sign semua novel2 LEd ni… sebagai tanda penghargaan kpd pembaca-baca. J

Pls take note...  I takde jual novel ni coz I pun pinjam kawan jer.. huhuhuhu...


Thursday, 26 September 2013

Novel : Maaf Jika Aku Tak Sempurna


Biar cinta di antara kita tidak hadir sekelip mata, 
tidak juga bermula dengan seikhlas jiwa, 
namun kini kupasti ia akan kekal ke penghujung nyawa…


Judul : Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Penulis : Acik Lana
Muka Surat : 947
Harga : RM34

Rumusan Kisah :

Kahwin paksa… (lagi!) Dua orang dari dua dunia yg berbeza yang saling membenci akhirnya jatuh cinta. Berkali-kali perkahwinan mereka diuji. Melina diserang. Luqman diperangkap. Melina akhirnya pergi membawa hati yang kecewa dan marah.

Petikan-petikan dari dalam novel :

“Mel, papa dah suruh Luqman jaga Mel. Mulai hari ni, Luqman akan jadi driver dan bodyguard Mel. Dia akan ikut Mel pergi ke mana saja.” Datin Maziah tersenyum cuba memujuk hati anak gadisnya. Dia yakin Melina akan mengamuk sebentar lagi, dia sudah masak benar dengan perangai kepala batu Melina. – m/s 40

“Ayah, please. Luqman tak nak macam ni. Luqman hanya akan mengahwini perempuan yang Luqman cinta, bukan dengan Melina ni. Dia bukan perempuan yang Luqman nak jadikan isteri, bukan dia!” – m/s 89

“Kita kahwin untuk setahun dua, then kita bercerai bawak haluan masing-masing. Kalau parents tanya kita, just cakap kita tak sehaluan. Habis cerita.” Ujar Luqman perlahan dan Melina termenung seketika. – m /s 121

Luqman : Awak tak sepatutnya lari sebab saya akan mengalah dengan awak. – m/s 182

Luqman : This is weird, but I do feel something when I’m with you. And I have no idea dari mana datangnya perasaan ni. I think… I think love you… - m/s 358

“They all tu dah hidup macam laki bini tahu tak? Hariz dulu rajin bawak Melina balik rumah bujang dia sebab dia memang duduk sorang-sorang dekat kondo tu.” Zieta semakin rancak bercerita. “Kalau you nak tahu, Melina pernah buat abortion sebab dia dah mengandungkan anak Hariz.” – m/s 377

Luqman : Saya cuma tak nak orang pandang isteri saya dengan pandangan berahi. Awak Cuma untuk saya, dan saya tak nak ada orang lain inginkan awak. – m/s 446

Melina : Luq… I want to be your real wife… - m/s 491

Luqman : Sayang isteri terbaik untuk abang dan abang janji lepas ni abang akan jaga sayang dengan lebih baik lagi… abang mintak maaf sebab abang tak faham perasaan sayang. – m/s 565

Melina : Sebab dari mata, turun kat hati cik abang oii… Mel tak nak dia tengok renungan mata abang tu. Mel tak suka. – m/s 645

Melina : Abang… Thanks for everything… Abang tahu tak abang dah banyak ubah hidup Mel. – m/s 709

Melina : Please… don’t do this to me… Please… I’m pregnant, please don’t do this! – m/s 732

Luqman : Mak, ayah, Luq takkan kahwin dengan Sarah. Luq cuma nak jadi suami Mel, cuma Mel! Luq  takkan lukakan hati Mel lagi, please jangan paksa Luq. – m/s 796

Melina : Memang salah abang! Mel benci abang! Mel benci anak ni jugak! Semua boleh berhambus! Mel tak hairan hidup sorang-sorang… berhambus! – m/s 802

Melina : Takpe, Mel dah rasa kesakitan paling pedih dalam dunia ni bila Luq menduakan Mel. Sakit lain Mel dah boleh handle dah, dah tak rasa apa. – m/s 814

Luqman : Sarah tak faham… Luq menderita tanpa Mel, I can’t live without her! Rasa cinta Luq hanya untuk Mel, takkan boleh ada orang lain gantikan tempat dia. – m/s 819

Luqman : Jika getaran di hati sayang sekuat abang, yakinlah cinta kita adalah sama… I love you Melina… I always will… - m/s 847

Sarah : Sarah tahu Luq tak mungkin cintakan Sarah, tapi Sarah nak kekal jadi isteri Luq sampai bila-bila. Sebab Sarah cintakan Luq! Bukan sehari dua, tapi dah berbelas tahun Sarah cintakan Luq! Luq tak Nampak-nampak lagi ke? Apa bukti Sarah kena tunjuk untuk yakinkan Luq? – m/s 856

Luqman : Sayang, kalau sayang tak bagi peluang pada abang untuk buktikan cinta abang, selagi itulah kita takkan bahagia sampai bila-bila. Kita sama-sama merana, sayang. – m/s 871

Luqman : Sayang tak bersalah dengan abang… abang dah ampunkan semua dosa-dosa sayang. Abang sentiasa ikhlaskan hati abang untuk saying. Abang tahu sayang tak sengaja, sebab kita sama-sama teraniya, sayang… - m/s 915

Lagu dalam novel :

Ungu – Percaya padaku
Jojo – Never Say Goodbye

Kata Ku :

Typical storyline tapi still enjoy baca.

Sangat-sangat terbuai-buai dengan kebahagiaan Luqman dan Melina sebab Luqman sangat-sangat loving, caring dan romantik. Suka sangat honeymoon trip diorang ke KK. J

Part Melina kena serang tu memang saspen sangat. Sesak betul dada aku baca part tu. Jantung rasa macam nak tercabut.

Part Luqman kena perangkap sampai dia terpaksa berkahwin dengan Sarah pula sangat la buat aku sentap! Aku lebih rasa penderitaan Luqman banding perasaan kecewa dan marah Melina. Sayu je hati aku bayangkan keadaan Luqman.

Psstt.. bakal ditayangkan September ini..

Sara Ali + Fahrin Ahmad
kredit EDtv

Kredit 4.5/5

Karya-karya Acik Lana yang lain :

Wednesday, 25 September 2013

Drama : Cinta Jannah



Dah ending dah citer ni semalam. Actually, tak follow sngat citer ni sbb tak minat ngan Hero dia. Lagi pula aku tak berapa nak suka bila tgk lakonan Aeril Zafrel dalam citer ni. Opps…

Anyway, saja nak komen 2 benda tang last episode semalam..
  1.  Ape citer family Jannah?
  2.  Izaryl tak cam ke ngan ‘nenek’ kpd baby yg dia iqamat tu?
Ape-ape pun.. nak layan citer Love You Mr Arrogant la pulak pas ni..

Novel : Projek Memikat Suami


 Dia suami aku! Meskipun dia tak pernah cintakan aku, aku akan pikat dia sampai dapat!


Judul : Projek Memikat Suami
Penulis : Hanina Abdullah
Muka Surat : 525
Harga : RM21

Akhirnya, baru dapat review novel ni walaupun dah baca 2 bln lps. Sbb lepas baca terus bagi member pinjam.

Oye.. dengar citer, citer ni bakal menjalani penggambaraan untuk didramakan.. J

Kredit Admya


Rumusan Kisah :

Malas nak citer pepanjang…  Storyline senang jer…

Force marriage. Wifey, Nawwal Husna, however, trying hard to tackle her hubby, Zahrain Alimin and win his heart. Adira Sulaiman, the ‘monster’ in their marriage, forcing Husna to leave Zahrain. And thanks to Husna’s friends who had helped Zahrain to get Husna back.

Petikan-petikan dari dalam novel :

Zahrain : Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today. – m/s 51

Najla : Tapi Una sedarkan, perkahwinan Una ni akan tetap jadi. No escaping it. Nasihat kakak, berusahalah supaya perkahwinan Una ni berjaya, bahagia dan berkat. Masa belajar dulu, kan Una belajar habis-habisan untuk lulus. Ini perkahwinan Una, takkan belum cuba dah nak give up? – m/s 72

Najla : Kita takkan tahu selagi kita tak mencuba. Kalau awal-awal lagi Una sudah give up, Una takkan tahu sama ada Zahrain adalah benda yang paling berharga dalam hidup Una atau tidak. Kalau Una sayangkan dia, berilah dia peluang kedua. Macam akak kata, manusia ini mana ada yang sempurna. – m/s 269

Husna : Saya tidak berminat dengan barang kemas. Saya tidak berminat dengan public display of affections. – m/s 303

Zahrain : It’s my past. Accept me as I am, as what I will be in the future. As for my past,  it’s my past. – m/s 315

Husna : Awak, saya ini perempuan. Walaupun saya yang paksa awak untuk berkahwin dengan saya, luluh hati saya bila  saya sedar cinta awak untuk perempuan lain. Saya tahu poligami itu halal dalam  Islam. Tapi saya perempuan yang lemah, saya tak mampu berkongsi kasih suami dengan perempuan lain. – m/s 363

Em : Stop, Encik Zahrain, awak takkan faham. Kami sayangkan Una, sayang dia sangat-sangat. Can you say the same? I don’t think so. Kalau awak sayangkan dia, awak takkan buat benda-benda kejam kepada dia. Trust me, mister, you are on your last leg. – m/s 426

Husna : I express my love through my actions, beginning from our first night. – m/s 450

Zahrain : Sayang… abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang. Sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu. – m/s 452

Zahrain : Itu dulu, Zahra. Masa tu aku belum kenal bini aku. Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Sekarang aku kenal dia dan aku cinta dia. I don’t want to lose her. Adira is history. – m/s 492

Zahrain : Sayang… tu dulu. Masa abang bencikan sayang. Sekarang abang bahagia sangat dengan sayang. I don’t need anybody else. I just want you and our children. – m/s 505

Kata Ku :

Sangat-sangat enjoy baca citer ni. Mungkin kurang mendebarkan dari segi saspen tapi sangat mencuit hati.

Walaupun kahwin paksa tapi Husna tetap cuba untuk jadi isteri mithali sebaik mungkin. Ada je projek mega dia untuk memikat hati suami dia, si ketulan ais beku yang ego tu. Geram pulak kat Zahrain. Nak NOW tapi hati isteri tak berapa nak jaga.

Moral of the story, communications is important in every marriage.


Kredit 5/5

Karya-karya Hanina Abdullah yang lain :
1. Kisah Naz dan Khaalish

Tuesday, 24 September 2013

Novel : Doktor Cinta


Kerana aku Doktor CInta, membuat dia tergoda.
Kerana aku pakar cinta, aku hilang kata-kata…

Judul : Doktor Cinta
Penulis : Dyadila
Muka Surat : 833
Harga : RM26


Rumusan Kisah :

Mazliana Haji Nordin, gadis comel yang sempoi dan selamba. Terpaksa menjadi kekasih satu malam kepada Tengku Iskandar untuk mengelakkan Tengku Iskandar berkahwin dengan pilihan mamanya. Tetapi rancangan menjadi rumit apabila Tengku Mariam, mama Tengku Iskandar menyukai Mazliana dan terus merisik Mazliana.

Banyak perkara yang berlaku kepada mereka tetapi Mazliana menghadapinya dengan bersahaja dan sempoi. Kewujudan Tasha dan Julia Hana sebagai penagih cinta Tengku Iskandar sedikit pun tidak menjejaskan sifat bersahaja dan sempoinya itu pada awalnya. Namun, sekian lama bergaduh, mengusik, membuli sesama mereka, ada perasaan halus wujud dalam hati masing-masing. Tapi, biasalah Tengku Iskandar dengan egonya. Mazliana dengan perangai bersahaja dan kelibutnya.

Julia Hana, model terkenal menjadi pilihan Tengku Iskandar kalau itu kerana cinta Tengku Iskandar masih milik Julia Hana walaupun pernah dikecewakan oleh model itu. Julia Hana yang mula rasa tergugat dengan Mazliana mula mereka-reka cerita untuk memburukkan Mazliana.

Diperangkap, difitnah, dihina, hilang kepercayaan dari insan-insan disayanginya membuatkan Mazliana membawa diri.

Petikan-petikan dari dalam novel :

“Saya jadi calon isteri dia sehari saja bos. Sampaikan saja terima kasih saya dekat bos besar tu. Lagipun selama ni saya jalan kaki juga. Tak ada pulak apa-apa,” kata Mazliana kemudian terus berjalan keluar. – m/s 120

“Macam mana kau make over budak ni sampai aku pun tak kenal? Bagus betullah. Tak sangka mekap boleh jadikan awak macam Miss World.” – m/s 173

“Saya tak setuju!!! Ingat bertunang ni macam main pondok-pondok masa kecik-kecik ke? Ini soal masa depan saya, saya tak nak kahwin dengan bos besar, faham tak???” jeritnya lagi sambil melepaskan fail merah ke meja. Bergema satu MM Holding. Itulah kau Maz, dulu tak nak baca betul-betul, main redah aje! Sekarang siapa dah buta kayu? Kau juga… - m/s 225

“I nak you ingat, jangan nak pandai-pandai rapat dengan Iskandar!!! Dia milik I dan akan selamanya jadi milik I! I takkan biarkan you sesuka hati rampas dia dari I!!!” Amaran daripada si minah lintah. Ala… ayat copy paste aje… Dah berapa kali nak cakap entah. – m/s 268

“Perasaan ni pelik sikit. Kadang-kadang dalam kes-kes terpencil yang memerlukan rawatan pesakit luar, perasaan kita mengatasi akal tapi sepatutnya akal perlu mendahului perasaan.” Ringkas dan padat pesanan penaja. Zikri tersenyum. Mazliana memang bijak berkata-kata. – m/s 332

“Kau tak nak ada cerita bukan-bukan atau hati kau berbisik sesuatu bila tengok aku bawa dia? Kadang-kadang kata hati kita pun pandai berlakon,” sindir Zikri. Dia Nampak kelibat Tengku Iskandar tadi di stesen minyak. – m/s 400

“Kalau bos besar terus terus layan saya macam ni, saya boleh mati, tahu tak? Saya dah tak sanggup nak sembunyikan rasa cinta saya, dan bos besar jangan salahkan saya kalau saya jatuh cinta pada bos besar!” – m/s 422

Julia Hana : Cinta I hidup I semua untuk dia. I sayangkan dia lebih dari segala-galanya. Kalau cinta itu untuk I biarlah hanya kita berdua di dunia ini. I akan sentiasa sayangkan dia, cintakan dia, dan di setiap nafas I hanya pelukan cintanya. – m/s 448

Tengku Iskandar : Saya seorang lelaki yang percaya dengan cinta… bagi saya cinta pertama adalah segala-galanya. Mencintai sesorang itu akan membuatkan saya menjadi diri saya dan saya mahu orang yang saya cintai memahami dan for love, I just can say I love you. – m/s 449

Mazliana : Cinta bagi saya gurauan dalam kehidupan. Kadang-kadang buat kita ketawa, kadang-kadang buat kita terasa dan gurauan yang buat kita memahami macam-macam emosi. Kalau yang mencantikkan lukisan adalah warna, maka yang mencantikkan kehidupan adalah cinta… tapi cinta ni macam hantu, semua orang percaya tapi tak semua yang akan jumpa. Kalau saya cintakan dia… biarlah dia sendiri yang rasa, bukan sebab kata cinta saya tapi sebab rasa cinta yang datang dari hati dia sendiri. – m/s 450

“Kenapa? Awak nak minta berapa kalau awak menang dalam pertaruhan awak? Awak akan dapat berapa juta kalau awak Berjaya memenangi hati saya?” sindir Tengku Iskandar. – m/s 507

Zikri : Kadang-kadang penipuan lebih manis dari kebenaran. – m/s 531

“Kalau saya bukan taste dia, kenapa saya yang dipilih untuk menjadi tunangnya, dan kalau dia ditakdirkan untuk Kak Hana kenapa mesti takut? Tadi saya langsung tak terfikir nak rampas dia dari Kak Hana.tapi selepas mendengar cadangan bernas dari mulut akak, saya ubah fikiran. Mulai hari ini siapa cepat dia dapat dan best woman wins!” Mazliana mengikat janji. – m/s534

“Ni saya nak bagi tahulah ni. Dulu masa saya kecik saya selalu terfikir yang bila saya dah besar nanti aka nada Superman yang akan sentiasa selamatkan saya. Bila saya dalam kesusahan dia mesti ada. Hari ni saya rasa bos macam Supreman yang saya idamkan. Bos selalu ada saat saya dalam kesusahan, kan?” cerita Mazliana panjang lebar. – m/s 566

“Kalau awak cintakan dia, awak kena berjuang untuk dapatkan dia. Awak tak boleh diamkan saja apa yang orang buat untuk patahkan rasa cinta awak,” sambung Zikri lagi. – m/s 567

“Apa lagi papa? Malam ni Is nak berterus-terang dengan mama dan papa sebenarnya pertunangan Iskandar dengan Mazliana hanya satu lakonan. Is bayar Mazliana untuk bertunang dengan Is,” jelas Tengku Iskandar membongkar rahsia. – m/s 569

“You memang sempurna tapi I tak mencari kesempurnaan tapi I mencari cinta,” kali ini suara Tengku Iskandar mendatar. – m/s 625

“Kau ingat aku akan sanggup ambik perempuan yang buat kau gembira? Perempuan yang kau cinta? Aku takkan korbankan kau semata-mata sebab cinta. Aku lebih sayangkan kau dari dia,” sambung Tengku Iskandar. – m/s 630

Tengku Iskandar : Aku hanya lepaskan dia tapi cinta aku hanya pada dia. – m/s 633

Tengku Iskandar : Sebab saya cintakan awak!!! Saya sayangkan awak!!! Bukan hari ini tapi untuk semalam dan selamanya!!! – m/s 751

Hadi : Aku tak kisah walau siapa pun kau, tapi aku nak kau tahu yang aku tidak akan biarkan kau buat sesuka hati kau pada Mazliana. Kalau dulu dia boleh ikut cakap kau tapi sekarang dia ada aku! – m/s 777

Tengku Iskandar  : Sayang saya cintakan awak dan saya tahu awak juga cintakan saya. Memang saya akui cinta saya pada awak dulu ada cacatnya tapi hampir tiga tahun saya cuba rawat cinta saya demi awak. Tanpa awak hati saya akan luka parah. – m/s 821

Kata Ku :

First part citer ni santai-santai jer… Brutal pulak Mazliana ni… Tak bekenan pula aku. Tapi, bila masuk 2nd part… alahai… penuh dgn drama! Sesak nafas baca! Geram dan sakit hati sangat dgn Julia Hana.

Mmm… part cintan-cintun takde membuai-buai hati sangat kot. Tapi, aku rasa aku lebih prefer Zikri the Superman compare to Tengku Iskandar. Tapi nak buat macam mana… hati Mazliana hanya kat Tengku Iskandar tu. Tapi, aku suka la ketiga-tiga lelaki yang suka kat Mazliana ni. Semua matang walaupun sempat juga terbakar dapur! Hahahhaah…

Ending bikin saspen betul.. Happy ending dan klise… Bila happy, pregnant. Yang jahat pula, gila. Heheheh..


Kredit 4.5/5

Karya Dyadilla yang lain :
1. Giler Kau?

Saturday, 21 September 2013

Novel : Untuk Semua Dosaku


Are you in love with the idea of love, or do you love the creator of love?
Adakah kau mencintai ‘cinta’ atau mencintai Pencipta ‘cinta’?


Judul : Untuk Semua Dosaku
Penulis : Rin Ahmad
Muka Surat : 618
Harga : RM22

Rumusan Kisah :

Kisah cinta antara Nur Lisa binti Tajudin dan Syed Azri bin Syed Gilani berputik di bumi Jerman. Nur Lisa gadis pintar yang hidupnya riang bertemu dengan Syed Azri kerana rancangan nakal si adik. Sharifah Azrina yang disangkanya teman sebilik sebenarnya ialah jejaka kacak bernama Syed Azri.

Sikap selamba Nur Lisa akhirnya memikat Syed Azri yang egonya sentiasa dijulang ke langit. Di saat cinta berkembang mekar, cahaya hidayah menerjah ke ruang hati Nur Lisa. Cinta yang menggunung dan kasih sayng yang melimpah ruah terhadap Syed Azri terpaksa dikorbankan demi cinta barunya kepada Yang Esa.

Mereka berpisah di bumi Jerman namun jodoh mengejar Nur Lisa dan dia terpaksa akur bahawa jodoh dambaan lelaki yang boleh dijadikan peneman jalan ke jannah hanya tinggal mimpi. Pertemuan semula dengan Syed Azri di Malaysia menjadi titik ketenangan Nur Lisa dirembat dan kehidupan penuh berliku di samping orang yang pernah menolak jalan yang dipilihnya.

Melayani karenah Syed Azri yang akhirnya bergelar suami atas paksaan keluarga tak semudah ABC apabila jalan hidup yang dipilih berbeza. Apabila tiba saat diri mahu berubah orang yang paling dekat tidak memberi sokongan malah memandang sepi. Keluarga yang memandang hina dek masa lampau yang terbongkar dan suami yang masih meragui dirinya yang telah berubah.


Petikan-petikan dari dalam novel :

Syed Azri : Between men and women there is no friendship possible. There are passion, enmity, worship, love but no friendship. – m/s 28

Syed Azri : No, I’m not wasting my time but I’m spending my time with you to make you fall for me. So, another day I can go to her and tell her she is my special girl and pointing his finger to you. – m/s 88

Syed Azri : Let’s be frank. If you expect for a first sight kinda love relationship, then this is not. I just dumped a girl and this kinda stupid to start new so quick. I am attracted to you more of opposite attraction but do give us some time. I know you don’t expect this happening so soon neither do I but I promise you, I can really take care of you. Like it of lump it, just stay here. With me. – m/s 114

Nur Lisa : We are roommate, remember? We will always stick together even after all the true colours shown. – m/s 196

Syed Azri : Love and physical attraction always hurt, never walk together. – m/s 198

Syed Azri : Love and friendship will never walk together. I love you and living together is just not my type especially with someone special. I can’t control myself. I know. So I’ll be right next door but I’ll be here anytime I want. Is it okay with you? – m/s 212

Syed Azri : I am not your friend. I never wanted to be just friends with you. I always wanted to be more than friends with you, but I am probably just one of many stars to you. – m/s 234

Nur Lisa : Kebar kawan saya. Macam garis-garis awan yang tak akan pernah hilang, tak akan pernah putus. Kat mana-mana pun ada. Awak pula macam matahari. Satu aje di dunia. Hakikatnya matahari bersinar tanpa mempedulikan cerahnya awan, nipisnya awan atau tebalnya awan. Matahari cuma satu. Awak kena faham letak duduk awak Azri. – m/s 242

Syed Azri : Boleh tak jangan jadi ‘kampung’ Lisa? Saya dah cukup sabar ni. Kalau awak nak berubah, berubahlah. Saya tak haling. Saya tak hairan setakat awak nak solat, nak mengaji. Saya okey, tapi boleh tak jangan degil? Dengar cakap saya. Salah ke saya nak tengok girlfriend saya cantik-cantik? Dahlah tengah serabut ni. Projek berlambak. Jangan cari pasal boleh tak? – m/s 283

Nur Lisa : Sometimes the bad things that happen in our lives put us DIRECTLY in the path of the BEST things that will ever happen to us. – m/s 289

Nur Lisa : Tolong hormat saya. Perlu ke saya merayu agar awak menghormati saya or should I say even if we’ve been together thousand years, the fact is you are not my husband. Awak tak halal untuk saya. Dan saya pejam mata untuk kisah silam kita. – m/s 305

Nur Lisa : Love is much more like a wild rose, beautiful and calm but willing to draw blood in its defence. A relationship is like a rose, how long it lasts, no one knows. Love can erase an awful past, love can be yours, you’ll see at last. To feel that love, it makes you sigh, to have it leave, you’d rather die. You hope you’ve found that special rose, because you love and care for the one you chose. The rose speaks of love silently, in a language known only to the heart. – m/s 317

Lydia : Have you ever felt so alone and nothing makes sense? Well that’s how I feel right now. I feel like I’m facing everything myself, with nothing but tears and fake smiles. – m/s 358

Nur Lisa : Kenapa Azri terlalu tenang? Selama ini, kalau benar dia sayangkan saya, kenapa tak terdetik pun satu perasaan bersalah? Perasaan berdosa mungkin? Kenapa dia boleh tersenyum memandang saya? Kenapa dia boleh selamba begitu sedangkan hidup saya sering dihambat oleh semua dosa yang pernah kami lakukan bersama? Dia? Dia boleh berjalan megah di bumi Allah tanpa perasaan ingin berubah? – m/s 384

Syed Azri : If you choose prison to avoid this marriage, I’ll be your visitor for life. – m/s 425

Nur Lili : Come on lah Kak Long. Kalau dulu Kak Long boleh berkepit dengan Azri kat sana dah macam suami isteri, kenapa sekarang papa suruh kahwin tak nak? Baru nak belajar jadi alim sikit dah berlagak nak kahwin dengan uztaz? – m/s 428

Nur Lisa : I’m still a great kisser. Plus now, it’s a bonus, a great kisser long time ago is now your wife. – m/s 449

Syed Azri : But here we are. Bind with this marriage and I don’t want to talk about Damia or who else. Nobody in my heart after you. Nobody. It just you. Then, now and forever. If else I won’t marry you. You know me inside out Lisa. – m/s 463

Nur Lisa : Bila seseorang itu kerap jatuh cinta, ertinya dia belum berjaya mencintai dirinya sendiri tapi kalau jatuh cinta berulang kali dengan orang yang sama bagaimana? Saya keliru. – m/s 464

Nur Lisa : First I love him. Always and forever. Second, I want to be forgiven by Allah for the countless wrongs I did and I do every day and yet I am unwilling to forgive others for any wrong done to me? FYI, I’ve forgiven my husband. – m/s 479

Syed Azri : There should be a reason. Jealousy comes from insecurities. It also comes with tag and huge price. Love her more then it will calm her insecurities. – m/s 485

Syed Azri : Teddy bear tu kira sayalah. Kalau awak tak sayangkan saya, awak takkan simpan dan susah-susah nak angkut bawa balik Malaysia. Rindu saya ya selama ni? Kenapa tak cari saya? – m/s 499

Nur Lisa : Sayang, listen. Mencari keredaan Allah, tak ada kena-mengena dengan I am better than you but it’s more like let me show you what is better for you, for us. Islam ways of life is the best for every body. Awak mungkir janji awak dengan saya. Awak teguk jugak minuman haram tu tapi apa hak saya nak halang awak? And I did not sulk neither scold you. – m/s 517

Nur Lisa : Okay, fine! You want Jumeirah Jane? Old Lisa will never care with what rubbish you’re thinking. Old Lisa is one hell woman who will not tolerate with someone who broke his promise. She will just leave. – m/s 518

Tengku Akhbar : saya nak buat apa? I never love your sister. Look Lili, in my life, the only person who I’ve ever be in love is only with Nur Lisa. Only Nur Lisa. – m/s 584

Syed Azri : Mencintai awak tanpa syarat, hanya itu cara yang terbaik untuk saya mencintai awak. – m/s 602

Syed Azri : I remember your fake smile on our wedding day Lisa. If I could turn back time, I want to remarry you and make you proud of being my wife. – m/s 603

Kata Ku :

Sebuah hikayat percintaan Jumeirah Jane dan Jumeirah Jo! Hihihi..

Sebab citer ni tak straight forward sangat, so kena extra focus jg nak baca citer ni. Takde la berbelit sangat tapi scene bertukar-tukar, A ke B, B ke C, C ke B… so agak mengelirukan… mmg sebijik macam baca Gadis Edisi Terhad, walaupun tak sama jln citer. Penulis yang sama la katakan.

Secara kasar, mmg ramai kot tak setuju bila Nur Lisa dan Syed Azri duduk sekali. Memang tak patut pun kan. So yang tu aku tak nak komen lelebih. Bagi aku, Nur Lisa dan Syed Azri sangat la daring dan selamba. Suka cara diorang (abaikan tang dok sekali tu ye). Tak gediks nak belangkas sangat tapi still berbulan dan berbintang and at the same time still ada privacy masing-masing!

Memang aku sokong keputusan Lisa nak berubah tapi aku sedih baca part Lisa nak tinggalkan Azri dan keluar dari apartment diorang. Tanda 'comma' utk Azri dari Lisa untuk hubungan diorang. Aku lebih sedih bila Azri tinggalkan Lisa dan balik semula ke Malaysia. Tanda 'dot' untuk Lisa bagi menamatkan hubungan diorang. Huhuhuh…

Yg plg buat aku geram sekali mesti Nur Lili dan Damia. Nur Lili tak habis-habis nak ‘ayamkan’ Lisa! Semua yg berlaku semua berpunca dari Lili.

Anyway, kalau jodoh tak akan ke mana kan. Hidayah tidak perlu dicari tapi hidayah tidak akan takkan tanpa usaha.


Kredit 4.5/5

Karya-karya Rin Ahmad yang lain :
1. Gadis Edisi Terhad
2. Arluna

Friday, 20 September 2013

Novel : Kalau Memang Harus Begitu




Tak mungkin musim cinta ini berlalu, seandainya hatimu seperti hatiku…


Judul : Kalau Memang Harus Begitu
Penulis : Acik Lana
Muka Surat : 1031
Harga : RM36

Rumusan Kisah :

Nur Adara bekerja sebagai tea lady di syarikat milik keluarga Zidan Adiputra. Bermula dengan kes tertumpah air, Putra yang tegas, garang dan tak friendly sudah allergic dengan Adara yang dilihatnya sangat selekeh.

Namun di sebalik baju kurung lusuh dan kasut berlubang yang dipakai Adara, ada sesuatu yang menarik pada diri Adara pada pandangan Riyad, cousin Putra. Bantuan secara paksa oleh Riyad untuk make-over Adara menarik perhatian Putra. Putra mula mendekatkan diri dengan Adara dan menjauhkan Adara daripada Riyad.

Dalam diam, Putra hantar rombongan meminang Adara dan Adara hanya tahu tunangnya adalah Putra pada hari pertunangan mereka. Mana tak pengsan Adara! Kelakar!

Bila dah sah jadi suami isteri, mereka diduga pula bila Adara dalam dilemma untuk menggugurkan kandungannya demi untuk mendermakan buah pinggangnya pada atuknya. Keputusan yang sememangnya mendapat bantahan 100% daripada Putra.

Petikan-petikan dari novel :

Zidan Adiputra : Pretty? Kau nampak cara berpakaian dia tak? Kau tak tanya pulak dari planet mana dia tu datang? Aku ingat nak panggil semua staf and buat grooming session. Takdelah sakit sangat mata aku nak memandang. Imej syarikat kena jaga jugak, jangan ikut suka dia nak pakai baju macam nak pergi pasar. – m/s 61

Riyad : Forget it. Tapi apa-apa pun aku tak nak Adara kecewa sebab kau. Jangan mainkan hati dan perasaan dia, Putra. – m/s167

Zidan Adiputra : Saya jugak akan hantar awak ke kelas computer dan pergi kursus kesetiausahaan. Awak akan belajar banyak benda dekat sana, dan lepas tu boleh buat semua kerja tu dengan baik. – m/s 222

Riyad : Kau ni apa hal, Putra? Adara bukan kat ofis kau, so, janganlah nak marah-marah dia kat sini pulak. Afterall she feels safe with me, sebab tu dia keluar dengan aku. – m/s 258

Zidan Adiputra : Awak dah kena booked dengan saya… you’ll be mine. – m/s 446

Zidan Adiputra : I don’t care, kita tetap akan kahwin bulan Sembilan ni. Walau apa terjadi sekalipun, saya nak dalam hati awak tu jangan ada lelaki lain berani nak mencelah. Awak kena belajar cintakan saya, tak kisahlah macam mana awak buat. Yang penting, awak kena belajar cintakan saya. – m/s 456

Zidan Adiputra : Jangan sedih-sedih, Adara. Saya akan jaga awak, layan awak sebaik mungkin dan saya rela memujuk hati awak setiap kali awak bersedih. Just please give me a chance… - m/s 471

Zidan Adiputra : Aku tak kisah apa pun kau nak anggap pasal aku, tapi aku memang tak pernah buat semua tu! But the most important thing now, I want you to leave Adara alone. Berapa kau nak untuk lupakan dia? Just tell me how much and I will give you that damn money! – m/s 495

Iefa : Tuduh kata kau? Aku tak faham kau ni jenis manusia macam mana. Kau dah tahu Putra tu hak aku, tapi yang tu jugaklah kau nak rebut. Apesal? Nak test market kau? Sedarlah diri tu sikit, perempuan kampung! – m/s 560

Zidan Adiputra : Sayang sengaja buat perangai macam nikan? Sebab sayang nak tunjuk dekat Riyad yang sayang tak happy dengan abang, kan? – m/s 625

Zidan Adiputra : Sayang abang, abang janji abang takkan sia-siakan sayang. Sampai mati pun cuma saying dalam hati abang, abang akan setia dan jaga saying selagi abang mampu… - m/s 661

Zidan Adiputra : Are you kidding me? Sayang, you’re pregnant! Orang hamil tak boleh buat pemindahan organ, saying tak tahu ke? – m/s 843

Zidan Adiputra : Bad, when you love someone, you just do. No ‘maybes’, no ‘buts’ and no ‘whys’. You just want to do everything you could. – m/s 865

Adara : Sorry lah, encik silap sebab saya bahagia dengan suami saya. Rumahtangga mana tak ada masalah, tapi sampai bila pun saya akan kekal dengan suami saya sebab saya cintakan dia dunia dan akhirat. Faham? – m/s 876

Zidan Adiputra : Ye, aku tak nak hidup dengan pembunuh macam kau. Hati kau kejam, binatang pun tahu sayangkan anaklah… - m/s 926

Zidan Adiputra : Dia dah tak mengandung pa, dia dah tak mengandung! Dia dah gugurkan anak I, and you still nak I hidup dengan perempuan macam tu? I takkan maafkan dia atas apa yang dia dah buat. – m/s 936

Riyad : Adara, awak sendiri nampak apa yang dia buat pada awak sekarang, kan? Dia dah tak pedulikan awak dan saya tak sanggup tengok dia layan awak macam tu. It hurts me, saya yang rasa pedihnya. – m/s 967

Zidan Adiputra : You listen here Adara, aku dah tak peduli kau nak ada hubungan dengan sesiapa-siapa pun. Aku cuma nak kau tahu yang aku akan berkahwin dengan Melissa tak lama lagi… Pasal hidup kau, kau tentukanlah sendiri. I just don’t care. – m/s 984

Lagu dalam novel :

Romance Band - Ku Ingin Kamu


Kata Ku :

Yg buat aku tertarik ngan citer ni sbb heroin dia upgrade dari tea lady jadi secretary pastu jadi isteri kepada bos yg selalu marah-marah dia masa dia jadi tea lady. Fairytales sgt kan.. aku suke je fairytales ni.. hehehe..

Tapi, plot citer agak slow nak berkembang dari satu level ke level yang lain. Agak mendatar dan meleret sampai la part hubungan Adara dan Putra berantakan baru la aku rasa citer ni ada thrill.

Adara stok perempuan melayu terakhir kot. Dari awal sampai dah kahwin pun terlebih malu nak mengakui perasaan sayang dia pada suami dia. Kesian pula kat putra yang macam terhegeh-hegeh. Part paling kelakar, boleh pula si Adara ni pengsan time bertunang! Hahahah..

Bila hubungan Adara dan Putra dah berantakan, aku mula la tak suka dengan Putra. Sebab bagi aku Putra tak matang. Matang ke kalau sengaja nak sakitkan hati isteri dengan merapatkan diri dengan perempuan lain?! Geram pulak aku.

Satu perkara yang buat aku tertanya-tanya. Putra tu tau tak pasal kes Adara keguguran tu mmg kes kemalangan?


Wednesday, 18 September 2013

Novel : Pergi Tanpa Alasan



Kerana cinta itu racun yang manis dia sanggup untuk diracuni

Judul : Pergi Tanpa Alasan
Penulis : Hani Fazuha
Muka Surat : 500
Harga : RM23

Novel ni baru published Julai 2013


Second time beli novel terbitan Idea Kreatif. Tapi, ni first time order novel online dari Idea Kreatif. Dapat diskaun RM2 + free postage. Pastu, first time juga dapat ‘cop mohor’ dari penulis novel! Feeling awesome la pulak. Hehehhe… Kalau tau, novel first, Dia…Random Guy pun beli online je hari tu… Servis pun express, lagi express dari KN and KS! Oppss!!

Rumusan Kisah :

Rihana bekas Social Escort aka GRO yang meletakkan syarat tubuhnya tidak boleh dimiliki, hanya boleh disentuh, pada setiap pelanggannya, termasuk Hakim Mukhriz bin Datuk Adam.

Kehilangan Rihana yang telah menemui hidayah dan pertemuan semula Rihana yang telah berubah penampilan menyakinkan Hakim yang dia mencintai wanita itu, bukan kerana nafsu semata. Hakim nekad untuk memiliki Rihana walau dengan apa cara sekalipun. Perangkap mengena! Rihana akhirnya sah menjadi isteri Hakim.

Campur tangan parent Hakim dan tunang Hakim, Nelly, membuatkan Hakim membawa Rihana pergi meninggalkan semua kemewahan.

Petikan-petikan dari novel :

“Rin.. Itulah satu-satunya permintaan you yang tak mampu I tunaikan. Sebab… I tak pernah mampu nak lupakan you.” Mendengar luahan jujur Hakim, Rihana sudah teresak dalam talian. Sukarnya jalan untuk dia berubah ke arah kebaikan. – m/s 53

“I know I was wrong but I never meant to hurt you. Knowing you is the best thing that happened to me but it’s also hurting me so badly.” – m/s 71

“Even you benci I sebanyak buih di lautan sekalipun, I tetap nak you nikah dengan I. Mana tahu, benih I akan bercambah di Rahim you daripada apa yang berlaku malam tadi?” Hakim cuba psiko Rihana. Memang tiada apa yang berlaku malam tadi tetapi dia akan bereaksi seolah-olah mereka telah terlanjur. – m/s 124

“Walau you bayar I dengan seluruh harta you sekalipun, syaratnya tetap sama. Tanpa restu orang tua, I tak mahu kahwin dengan you dan I tak mahu kahwin secara sembunyi,” tegas Rihana. – m/s 127

“I wish… walau I mati sekalipun, biar Tuhan cipta seorang Rihana itu hanya untuk I, dunia dan akhirat.” – m/s 134

“Then, you tarik diri kalau jijik. Tak perlu jadi my future wife sebab I pun tak berminat untuk jadi your future husband,” bidas Hakim. Rahangnya bergerak menahan geram. Tuduhan Nelly memang melampau. Dia mana pernah tidur dengan perempuan lain selain daripada Rihana. Itupun, masih belum terlanjur lagi. – m/s 139

“I tak mampu nak petik bulan bagi you. I juga tak mampu nak beri dunia yang bulat ni kepada you. Tapi I janji, hati I yang kat dalam ni, walaupun you tak nampak, ia memang milik you,” Ucap Hakim sambil tangan melekat di dada sendiri. – m/s 148

“Tapi I nak you tahu, bila I kata I pilih you, maknanya I pilih you walau sejuta pilihan dihadapkan di depan I. Bila I kata I sanggup mati untuk you, maknanya I serius dengan apa yang I buat.” Lembut suara Hakim mengulangi pendiriannya. – m/s 176

“I tidaklah sempurna seperti Nabi tetapi I akan cuba menyempurnakan diri I untuk jadi suami yang tidak akan menyusahkan isteri sendiri seperti yang Rasulullah SAW lakukan. I tak akan minta you layan I seperti Aisyah melayan Rasulullah SAW. I juga tak akan minta you layan I di ranjang jika you tak bersedia. Yang I nak minta cuma, untuk berada di sisi you buat selamanya.” – m/s 213

“Untuk ayah, Hakim tu lelaki terbaik yang Tuhan hadiahkan buat Hana. Pandang dengan mata hati, jangan pandang dengan rasa hati. Kata orang, kita sering tak Nampak apa yang ada depan kita sehinggalah kita kehilangannya.” Haji Rahim tarik nafas. – m/s 236

“I memang dah hampir terbabas tapi nasib baik I cepat sedar. Percayalah Rin, I memang nak you jadi yang halal untuk I… sejak dulu,” bisik Hakim perlahan. – m/s 309

“Kalau I ni sudah menjadi beban dalam hubungan you dengan Nelly, berterus teranglah Hakim. Jangan layan I macam makhluk bernyawa yang tak ada jiwa.” Rihana memintas kemudian terus berpusing mengatur langkah keluar dari situ.  – m/s 318

“Cinta??? Pergi mati dengan cinta! Kamu ingat dengan cinta tu boleh bagi kamu duit? Kamu ingat cinta boleh bagi kamu kekayaan??” Datuk Adam sudah berdiri. Hangat hatinya mendengar pengakuan Hakim. Cinta? Apa ada pada cinta? – m/s 338

“Rin… you’re all I need beside me and all I need inside my heart. Jadi, tak ada istilah utuk tinggalkan you walau apa pun yang terjadi.” Hakim paut jemari Rihana kemudia digosok perlahan. – m/s 348

“Sekali lagi you sentuh isteri I, jari you takkan cukup sepuluh lagi!” Hakim memberi amaran kepada Nelly. Muka Datin Azura tak usah cakap, dah rupa maca beruang dalam pantang. – m/s 353

“Kalau kamu anggap mama ni mama kamu, ceraikan perempuan tu, Hakim. Mama tak akan terima dia sebagai menantu dalam keluarga kita. Apa pun yang terjadi, mama nak kamu kahwin juga dengan Nelly, hidup atau mati.” Arahan tegas Datin Azura terus meletakkan Hakim di tempat yang sangat-sangat rumit. – m/s 356

“I sayang dia sangat-sangat. Tak ada apa di dunia ni yang dapat menggantikan dia dalam hati I. kalau dia buat apa pun, I tetap kata, dia buat untuk kebaikan kami.” Dua titis air jernih gugur dari tubir mata tanpa perlu mengerdipkan matanya. – m/s 402

“Dunia ni bulat, Rin. Kalau tiba-tiba pusingannya mengharuskan kita berada di bawah bulatan, I juga tak akan lepaskan tangan you. Macam mana susah sekali pun, I akan tetap pimpin you, melangkah bersama I.” Hakim pusing badan mengadap Rin. – m/s 474

Kata Ku :

Sebuah kisah percintaan yang matang bagi aku. Rihana dan Hakim dua-dua pun matang dalam mengekspresikan perasaan mereka walaupun mungkin dengan cara yang tidak patut. Suka sangat dengan kekuatan dan keluhuran cinta Rihana dan Hakim. Kesanggupan Hakim untuk meninggalkan semua kemewahan dan bermula dari bawah demi Rihana yang tidak diterima oleh keluarganya sangat-sangat menyentuh hati!

Btw, thanks Ridzwan sebab tak rebut Rihana daripada Hakim! Tak suka tau rebut-rebut!

Kredit 5/5

Novel : Bukan Isteri Sempurna


Tingkahmu sering membuatku kaku
Bicaramu mampu membuatku kelu
Namun…
Bisakah aku berikan kau bahagia?
Andai aku BUKAN ISTERI SEMPURNA…


Judul : Bukan Isteri Sempurna
Penulis : Tulip Ungu
Muka Surat : 584
Harga : RM21

Novel baru published bulan ni (Sept 2013)

Rumusan Kisah :
(Copy paste je dari kakinovel. 1st time tau copy paste. huhuhhu)

Nina telah diperkosa oleh Danish Arham, kembar kepada Daniel Arman. Apabila Danish Arham melarikan diri, Daniel Arman terpaksa menggantikan tempat abang kembarnya dengan mengahwini Nina. Datuk Zainuddin yang bersangka buruk dengan Nina telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Nina sehingga Nina melarikan diri.

Lima tahun berlalu. Nina bertemu dengan Daniel Arman apabila syarikat tempat dia bekerja bergabung dengan syarikat Daniel Arman dan dia tidak dapat mengelak apabila jawatannya bertukar daripada menjadi setiausaha Zachary kepada PA Daniel Arman.

Namun begitu, Daniel Arman tidak pernah membenci Nina. Nina pula tidak pernah mengharapkan cinta Daniel Arman kerana dia sedar hakikat dirinya yang tidak sesempurna wanita lain. Tambahan pula Azzura sering bersama dengan Daniel Arman. Dan Zachary, rakan kongsi Daniel Arman yang tidak putus-putus mengharapkan cinta Nina.

Ketenteraman hidup Nina berkocak apabila Danish Arham kembali dan inginkna Nina sebagai haknya. Danish Arham melakukan pelbagai perkara untuk mendapatkan Nina kembali namun bagi Daniel Arman, Nina telah menjadi isterinya dan dia bertanggungjawab ke atas wanita itu walaupun tidak pernah wujud hubungan suami isteri yang sebenar antara mereka.

Petikan-petikan dari dalam novel :

“Dan yang buat silap, biar dia yang betulkan. Ini bukan perkara main-main. Kahwin perkara yang nak dibawa sampai ke hujung nyawa. Takkan El nak jadi pak sanggup untuk selamatkan malu diorang sekeluarga?” kata Daniel Arman lagi. Kali ini nadanya semakin tinggi. Hilang sabar dengan permintaan Datin Rogayah. – m/s 15

“Bukan ke dulu, kau yang nak sangat jadi menantu keluarga ni? Kenapa sekarang nak minta cerai pulak? Kau ingat lepas anak tu mati, kau senang-senang aje boleh lari? Disebabkan kau yang beria-ia sangat nak kahwin dengan anak aku dulu, jadi sekarang ni, El takkan ceraikan kau. Tapi dia akan gantung kau tak bertali. Kau peganglah gelaran isteri tu sampai bila-bila. Aku takkan benarkan El ceraikan kau.” – m/s 46

“I know. I want El to divorce her because I want her.” Danish Arham nekad. Semenjak bertemu semula dengan Nina di pejabat Daniel Arman, hatinya tidak pernah tenang. Wajah Nina sering terbayang di ruang matanya. – m/s 129

“Entah la mummy… macam mana El nak luah kalau Nina selalu sangat mengelak? Mummy pun tahu El jenis yang tak suka memaksa,” keluh Daniel Arman lagi. Bukan sekali dia cuba menghampiri Nina, sudah banyak kali. Tetapi setiap kali itu jugalah dia kecewa dengan reaksi Nina. – m/s 151

“Saya takut tengok muka dia. Saya takut bila dia sentuh saya. Saya masih lagi rasa sakit bila teringat apa yang dia buat pada saya dulu,” kata Nina lirih. Pelukannya di tubuh Daniel Arman masih kukuh. Belum ada tanda-tanda dia akan melepaskan lelaki itu. – m/s 210

“Saya bagi awak cuti hari ni. Kalau degil jugak nak kerja, saya paksa awak ambil cuti. Mana lebih penting, jaga suami sakit kea tau kerja? Lagipun say abos cum husband, jadi saya yang buat keputusan.” Daniel Arman berpura-pura tegas dengan kata-katanya walhal dalam hatinya sudah tersenyum melihatkan riak muka Nina yang berubah. Sungguh, dia suka menyakat Nina begitu. – m/s 230

“Saya akan pastikan suatu hari nanti, awak hanya akan nampak Daniel Arman dalam diri saya dan bukannya Danish Arham,” ungkap Daniel Arman dengan lembut. – m/s 237

“Nina sayangkan abang, sayang sangat-sangat. Abang jangan tinggalkan Nina,” luah Nina seraya menentang mata Daniel Arman. Dia mahu Daniel Arman tahu isi hatinya saat itu. Dia hanya mahukan Daniel Arman menjadi suaminya dan dia mahu bersama Daniel Arman sehingga ke akhir hayatnya. – m/s 265

“What past is past. I really don’t care about what Dan did to you long ago. I accepted you for who you are. Abang percaya Allah pilih Nina untuk abang,” balas Daniel Arman dalam suara mengendur. Dia memang tidak kisah dengan masa lalu Nina. Segala yang berlaku kepadanya itu adalah takdir. Takdir yang menemukan mereka berdua. – m/s 298

“Tinggalkan El, I akan kahwin dengan you. I akan tebus balik apa yang I dah buat dulu,” kata Danish Arham dengan tenang, seolah-olah Daniel Arman tidak wujud di situ. – m/s 303

“Memang saya tergila-gilakan harta Datuk! Memang saya harap dapat bolot harta Datuk melalui anak Datuk! Saya sengaja ambil kesempatan! Saya goda anak Datuk! Memang saya yang goda dia sampai dia tunduk pada saya! Anak Datuk memang tak pernah salah sebab saya yang dengan rela hati tidur dengan anak Datuk! Memang saya rela hati menyerahkan diri saya pada Dan dulu! Menang saya yang serahkan tubuh…” – m/s 330

“If you step out the door, I’ll rip off your clothes! I’ll force you to make love with me, right here, right now!” ugut Daniel Arman. Dia tercabar apabila Nina melawan kata-katanya. – m/s 338

“Oh… I peluk you, you kata I hina you. Tapi kalau Zach pegang tangan you, tak pulak dia hina you. Bila Dan peluk you, tak pulak you cakap dia hina you. I yang dah jadi suami you ni pulak yang hina you atau you memang suka diorang pegang-pegang you, peluk-peluk you?” soal Daniel Arman dengan sinis. – m/s 352

“Siapa Encik Danish nak buat keputusan untuk saya!” soal Nina dengan sinis. “Jangan ingat lepas semua yang berlaku, saya akan terima Encik Danish dalam hidup saya. Biarpun Daniel Arman buang saya, tapi saya takkan terima Encik Danish jadi suami! Lelaki macam Encik Danish tak layak jadi suami sesiapa pun!” – m/s 374

“Abang balik la. Azzura lebih sesuai untuk abang. Nina tak layak untuk abang. Nina bukan isteri sempurna untuk abang.” Kata Nina dalam deraian air mata. – m/s 418

“Kalau you lepaskan peluang kali ini, I promise you, I’ll do anything in my power to get her back. Kalau terpaksa buat dia mengandung sekali lagi pun, I akan buat,” ugut Danish Arham. – m/s 434

“Kalau Nina tak nak ikut abang balik, terpaksa la abang paksa Nina. Terpaksa la abang buat Nina mengandungkan anak abang. Kalau macam tu baru la Nina akan kembali pada abang,” usik Daniel Arman. Namun, wajahnya diseriuskan walhal hatinya sudah tersenyum melihatkan wajah cuak Nina. Wanita itu sudah kembali kepada sifat asalnya. Naïf dan polos. – m/s 447


“Nina mungkin bukan pilihan abang tapi Nina pilihan Allah untuk abang. Dan untuk itu, abang bersyukur sangat-sangat. Jodoh kita sudah tertulis dan abang tak nak jadi orang yang kufur, yang tak tahu menghargai nikmat yang Allah kurniakan. Nina kurniaan terhebat yang pernah abang terima. Nina sudah cukup sempurna bagi abang, pelengkap hidup abang,” sahut Daniel Arman seraya mengucup kepala Nina. Memang dia melihat pertemuannya dengan Nina sebagai jodoh yang telah pun tertulis buatnya. – m/s 489

Kata ku :

Novel ni agak serius kot. Tapi tulisan yang mudah dan tidak meleret-leret buat citer ni sedikit ringan.

Banyak juga rintangan dan ujian yang terpaksa dilalui oleh Nina dan Daniel Arman. Aku boleh rasa sengsara yang ditanggung Nina. Baru sesaat merasa bahagia, diuji pula. Tak suka bila Daniel Arman meragui Nina. Paling tak suka bila Daniel cuba nak ambil hak dia secara paksa. Tak suke tak suke! Kesian sangat kat Nina.

Danish, walaupun jahat sebab perkosa Nina tapi aku suka bila dia mula berubah. Aku suka Danish muncul jadi hero dalam perbincangan Daniel Arman dan papa Azzura. Rasa ‘man’ sgt! ;p

Update 8/9/2015 - Diadaptasi ke drama. Sdh mula ditayangkan di TV3.

Atikah Suhaimie & Dzarin Kamaludin

Kredit 4/5