Cukuplah Allah ada dan DIA ada
untukku
Judul : I Love You, Stupid!
Penulis : Melur Jelita
Muka Surat : 1389
Harga : RM39
Rumusan Kisah :
85% citer ni berlatar belakangkan
bumi Kemboja. Kedaifan, kemiskinan dan gaya hidup di bumi Kemboja yang banyak
menginsafkan Iris, sukarelawan dari Malaysia yang juga anak kpd seseorang yang
dikagumi di Malaysia.
Berselindung di sebalik misi nya,
Iris sebenarnya mempunyai misi yang lebih besar lagi, iaitu menculik anak kawan
baiknya.
Sepanjang berada di Kemboja,
Firman bertindak sebagai bodyguard dan translator yang diupah oleh ayah Iris
untuk menjaga Iris. Firman dan Iris yang masing-masing ego membuatkan
perhubungan mereka kejap on kejap off. Gaduh dan berbaik semula. Gaduh dan
berbaik semula.
Iris akhirnya dapat tahu bahawa
Firman adalah Inspector Ebrahim, Abg Pedas, yang merupakan pelatihnya ketika
menyertai kursus SUKSIS setahun yang
lalu.
Dalam pada bergaduh2, Firman dan
Iris kuat menafikan perasaan masing-masing. Iris hanya mengetahui perasaan
Firman terhadapnya saat dia hendak kembali ke Malaysia.
Petikan-petikan dari dalam novel
:
“Apalah sangat dengan saman yang
setakat 300 ringgit tu? Lebih dari tu I boleh bayar. Berbaloi dapat love letter
dengan hot guy ni. Handsome dan pedasss!” aku bercakap lembut sambil
mengenyitkan mata kepadanya. – m/s 4
Perhatian Inspektor Ebrahim
terarah kepadaku. Melekat! Aku dah agak dia pasti kenal aku! Aku membuka beret,
mencampakkan ke atas riba Lara yang terkulat-kulat menundukkan wajah bersama
yang lain. Mengada! Hari tu menggedik tak ingat dunia, bila sudah di depan tahu
pula panic! Aku menghadapnya. Mukanya biasa saja, tenang dan relaks. Buka
ajelah cermin mata hitam tu, abang pedas. Macam mata lalat pula aku tengok! –
m/s 12
I cuma suka cuci mata. Lelaki ni
macam eye mo untuk i. siapa tak suka benda cantik? Keindahan ciptaan Tuhan
untuk dilihat, dinikmati dan dihayati. Tak semudah itu mana-mana lelaki nak
bertakhta dalam hati I. usik-mengusik aje, tak perlu serius sangat. Jangan
mudah jatuh hati. Kita masih muda, umur
masih panjang dan ramai lagi lelaki kita nak tengok. Jangan senang terpikat
dan terikat. I just wanna have fun. –
m/s 29
“Maruah? Kalau awal bermaruah,
awak takkan keluar malam, berpoya-poya dengan lelaki… Awak tak layak bercakap mengenai maruah.” – m/s 73
“Tuan tak berani menyentuh saya sebab saya bukan
gadis sembarangan. Papa saya bukan orang biasa-biasa. Kalau saya bagi peluang
tuan cium saya, I bet tuan takkan berani. Jangankan nak cium saya, sentuh pun
tak berani.” – m/s 126
Dia menoleh. Serentak dengan itu,
aku menjingkitkan kaki, merangkul lehernya dengan kedua-dua belah tangan. Aku
memaut erat dan mengucup pipinya dengan pantas. Masa aku cantik sekali apabila
kedengaran auara dan derap kasut yang lain. Aku melepaskan kucupan dan
menolaknya sambil menangis. Inspector Ebrahim tergamam sebelum beberapa rakan
siswa berlari ke arahku. – m/s 131
“Elok juga Iris ke sana. Saya sangat
menghargainya. Susah nak cari sukarelawan perempuan sedangkan ramai perempuan
Champa di sana sangat memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar untuk standing
dengan perempuan-perempuan lain di dunia. Sekurang-kurangnya selangkah ke hadapan
pun tak apa. kasihan mereka. Jauh ketinggalan dari bangsa lain. Perempuan
bangsa Khmer lebih maju dari mereka.” – m/s 149
“Saya dipaksa menjadi translator
dan bodyguard awak. Saya diwajibkan menjadi baying awak sama ada awak suka
ataupun tidak. Saya diberi arahan yang tegas, jangan seekor nyamuk pun Berjaya
menggigit dan menghisap darah awak yang
lemak manis berkrim.” – m/s 181
Aku mengangguk dan mula menurut
langkah Fatimah. Dia nak membuatkan hidup aku umpama mimpi ngeri? Aku akan
buatkan hidupnya lebih bermimpi ngeri, aku akan huru-harakan kau, Firman! – m/s
221
Aku memejamkan mata, menahan
kesakitan dan rasa terkejut yang amat. Kemudian mataku buka, rasa amarah
semakin menguasai diri. Hidungku mula terasa pedih. Mata itu! “Selama ini awak
menipu! Awak bukan Firman!!” aku menjerit sekuat hati. - m/s 350
“Hate me? Seems like do I care,
poor rich girl. Awak tak tau awak sedang berdepan dengan siapa. Di Malaysia
bolehlah awak berlagak. Sekarang awak di Kemboja, berdepan dengan the real
Firman Ebrahim. Nyawa dan kehormatan awak dia tangan saya. Jangan nak buat gila
seperti di Malaysia dulu. Nak peluk dan cium saya? Di sini kalau awak berani
buat macam tu lagi, saya akan kerjakan awak sehingga awak akan menyesal seumur
hidup. Sehingga awak terpaksa menukar nama kerana malu. Jangan cabar saya.”
- m/s 478
Aku menoleh ke arahnya. Dalam
samar-samar malam, dia kelihatan begitu baik dan… kacak. Kenapa wajah kacak ini
suka menyakitkan hatiku? Dan kenapa aku sendiri pun suka menyakitkan hatinya?
Tiba-tiba saja aku menjadi tidak faham dengan keadaan kami berdua. Kenapa kami
saling menyakiti dan berdendam dari awal hingga sekarang? Akukah yang
memulakannya dulu atau dia yang mudah hilang sabra dengan karenahku? Apa-apa
pun aku tetap rasa dia sepatutnya beralah dan melayan aku dengan baik sebab aku
gadis dan majikan dia. - m/s 500
“Jadi my precious jangan sombong
sangat. Awak tak pernah menang berlawan dengan saya. Sekali awak buat saya,
sebelas kali saya boleh balas balik kepada awak. Sekali awak benci saya,
sebelas kali saya sayang awak.” – m/s 509
“Saya mohon maaf di atas segala kata-kata saya tempoh hari.
Apa yang saya cakap, saya tarik balik. Apa yang saya ingat, saya hanya ingin
menyakitkan awak sesakit-sakitnya. Tetapi rupa-rupanya saya yang lebih sakit dengan
kata-kata saya sendiri…” – m/s 546
“Baru nampak clear. Cantikkan…
kedua-dua bibir kita bersama. Nampak sangat satu bibir perempuan, satu bibir
lelaki, Iris dan Firman. Iris Nur dan Firman Ebrahim. Gabungan Firman dan Iris.
Firis? Okey tak Firus? Macam Fairus pun ada… Al Fayruz lagi cantik!” – m/s 551
Aku menoleh kepada Firman apabila
terasa seperti Firman tidak mendengarnya. Mata kami saling menatap dan… aku
terpegun dengan keindahan mata Firman. Matanya lebih cantik dari apa yang aku
lihat di langit. Mata yang bersatu dengan keindahan cahaya matahari, awan dan
suasana membentuk satu cahaya mata yang bersinar indah… seorang gadis di anak
matanya dan gadis itu kelihatan begitu cantik sekali di dalam mata Firman. Aku
kelihatan begitu cantik sekali di dalam mata Firman! – m/s 661
Kami sama-sama duduk dan menatap
laut yang terbentang luas. Sesekali kami berbalas pandang dan senyum. Kami
membisu dalam seribu bahasa. Ada yang nak dibicarakan tetapi tak tahu apa. Ada
yang nak diluahkan tetapi lidah kelu. Ada rasa yang ingin dikongsi tetapi hati
tidak pasti. Apa yang pasti aku senang sekali bersama Firman ketika ini. – m/s
727
Firman menghiris dadanya. Mulutku berdesir melihat darah yang
mengalir deras. Dia ni memang betul-betul gila. Tak ada cara lain ke nak
dapatkan kepercayaan aku? Apa yang aku cakap, dia buat! Rasa marah pula
menyerbu ke dada. – m/s 764
“Iris… jangan lari dari saya
lagi. Kalau apa-apa berlaku kepada awak saya akan rasa bersalah seumur hidup.
Maafkan saya kerana gagal menjadi kawan awak. Saya gagal mendapat kepercayaan
awak…” – m/s 767
“A good cry cleanses your heart.
Tapi jangan melampau. Saya tak mahu awak terus menangis dan bersedih.
Kembalilah menjadi Iris yang seperti dulu. I miss my precious. I miss our
fights. I miss my rebellious Iris.” – m/s 917
“Ya, sangat meletops. Kalau tak
hati-hati boleh terbunuh di tangannya. Entah kenapa, hati saya terasa satu hari
nanti, saya akan mati di tangan awak.” – m/s 1019
“Nite my sweet bodyguard. Malam
ini awak tentu mimpikan saya kerana saya sedang memeluk awak. I love you,
stupid.” – m/s 1022
“Iris… I rindukan you. I rindukan
Izham. Jangan salahkan diri you dengan apa yang berlaku. Ia salah I kerana tak
dengar cakap you. You’re the best friend that I ever have.” – m/s 1166
“Iris nak jumpa Firman. Iris nak
bebaskan dia. Dia tak salah. Iris yang culik Izham. Dia jadi blacksheep. Uncle
sendiri tau, kan. Kita membuat perancangan bersama. Kenapa uncle tak buat
sesuatu?” – m/s 1174
“Firman, tolong bangun. Kalau
awak taka da, saya nak mati bersama awak. Bawalah saya bersama awak.” – m/s
1256
Ketukan di pintu menandakan
masaku berlalu. Aku mencium jaket Firman buat kali terakhir, mencium beg uncang
yang tiba-tiba ia sudah menjadi sebahagian dari diriku dan diri Firman. Kami
bersatu dalam rahsia. Tiada siapa yang tahu. Jaket dan uncang aku masukkan
semula ke dalam almari. Gambar Firman di tepi katil aku tatap. Aku memberikan
satu kucupan pilu di bibirnya dan di matanya. -
m/s 1276
“Dengan nama Allah, saya ingin
menjadi sesuatu yang halal untuk awak sentuh. Demi Allah, saya ingin halal
bermimpikan awak. Demi mama saya, saya ingin merindui awak. Saya terlalu ingin
memiliki awak. Terlalu ingin… sehingga tak berdaya dari tidak memikirkan awak
setiap saat…” – m/s 1384
Kata ku :
Best jalan citer ni. Cuma aku ni
jenis kureng sket kalau bab nafi-menafi, tarik-tali ni telampau panjang sgt.
Aku rasa dah mcm meleret-leret pula. Itu pendapat aku ok. Tapi, overall citer
ni best sebenarnya. Happy ending mesti la best. Ada sambungan citer Firman dan
Iris ni dalam novel
My Precious Iris. Macam nak beli je baca..
Kredit 4/5
Karya-karya Melur Jelita yang lain :