Menjauh bukanlah keputusan yang
terbaik untuk hubungan kita.
Tapi apabila kau merinduku dalam sepi,
kau akan
mengerti perasaanku terhadapmu selama ini. – Ainur Mardiyah
Judul : Rindu Dalam Sepi
Penulis : Siti Khadijah
Muka Surat : 553
Harga : RM22
Rumusan Kisah :
Tangkap basah – kahwin paksa –
benci – sayang!
Kejadian tertangkap basah dan
dipaksa berkahwin membuatkan Ammar Mukhriz benci pada Ainur Mardiyah. Mardiyah
berjanji akan meninggalkan Ammar Mukriz selepas 3 bulan. Semakin Ammar membenci
Mardiyah, semakin sayang dia pada Mardiyah. Disimpannya perasaan itu kerana
egonya. Kemunculan Nizam dan Raqeem menyalakan api cemburu dalam hati Ammar. Ammar
tekad untuk menawan hati isterinya.
Petikan-petikan dari dalam novel
:
Ammar Mukhriz : Keputusan Am
muktamad, mama. Mama boleh terima perempuan ni, tapi tidak Am. Am akan ceraikan
dia tapi itu tidak bermakna Am akan terima dia sebagai isteri Am. Dia dah
hancurkan hidup Am dan Am takkan sesekali memaafkan dia. Am harap mama
rahsiakan perkahwinan ni terutama Lydia. Kalau ada siapa yang tahu, mama
tahulah nasib perempuan tak guna ni. – m/s 53
Quraisya : Kita selalu
menghabiskan masa dengan meratapi kesedihan sampaikan kita terlupa bahawa pintu
kebahagiaan selalu terbuka pada sesiapa yang mencarinya. Walau apa yang
terjadi, hidup mesti diteruskan. – m/s 69
Datin Zarina : Kadangkala dalam
hidup kita, kita tak akan dapat apa yang kita suka. Tetapi kita dapat apa yang
kita benci kerana kadang-kadang apa yang kita benci itu adalah yang terbaik
buat kita. – m/s 118
Ainur Mardiyah : Saya tahu
kehadiran saya hanya menyusahkan hidup Datin dan encik. Tapi saya tak minta
semua itu. Saya tak minta untuk jadi isteri encik, sebab saya sedar siapa saya
di mata encik. Tapi percayalah, saya akan pergi daripada hidup encik tiga bulan
dari sekarang. Saya janji. Saya tak nak susahkan hidup sesiapa lagi. – m/s 119
Datin Zarina : Isteri yang
solehah amat sukar diperolehi, ibarat mencari permata dalam lautan. Kalau jumpa
dengan permata itu, jaga dan peliharalah baik-baik. sebab kalau hilang, tak
mungkin akan bertemu lagi dengan permata yang sama. – m/s 140
Ammar Mukhriz : Aku akan pastikan
yang perkara itu hanya akan berlaku antara kau dengan aku sahaja. Larilah kalau
kau nak berlari sebab aku akan jadi bayang-bayang kau. Jangan harap ada lelaki
lain yang boleh sentuh atau miliki kau selain aku. – m/s 378
Raqeem : Walau apa yang berlaku,
saya tetapkan akan cintakan awak, Diya. Biarpun cinta saya bertepuk sebelah
tangan. Saya akan tunggu sampai awak bersedia untuk terima cinta saya, malah
saya akan tunggu sampai Am lepaskan awak. Saya akan tunggu, Diya. Saya akan
tunggu waktu itu. – m/s 407
Ammar Mukhriz : Memang pada
mulanya Am nak lepaskan dia. Tapi jika dia nak Am tamatkan pernikahan ini biar
dia sendiri yang datang jumpa Am dan minta Am putuskan hubungan ini. Selagi dia
tidak datang sendiri jumpa Am, selama itulah dia tetap jadi isteri Am. – m/s
411
Ainur Mardiyah : Tak. Saya takkan
bagi awak peluang sebab awak akan gunakan peluang itu hanya untuk melukakan
hati saya saja. Saya takkan benarkan awak terus mempermainkan perasaan saya. –
m/s 451
Kita boleh memilih dengan siapa
untuk kita bercinta tetapi kita tidak tahu dengan siapa kita ditakdirkan dan
dijodohkan kerana kita merancang dan Allah juga merancang. Tetapi haruslah
diingat, perancangan Allah adalah yang lebih baik. – m/s 553
Lagu dalam novel :
Romance – Ku Ingin Kamu
Hoobastank – The Reason
Lena AF – Bicara Hati
Kata Ku :
Typical storyline! Boleh dijangka..
Tarik tali panjang sangat. Ammar Mukhriz yang ego nak mengakui perasaan dia
sendiri buat aku bosan. Tapi, bab ‘culik & ikat’ memang tak pernah aku baca
kat mana-mana kot. Aku rasa ada banyak lagi cara nak tunjuk dan buktikan yang
kita sayang dan cinta kat seseorang tu. Hmmm…
Kredit 3/5
No comments:
Post a Comment