Thursday, 10 October 2013

Novel : Kerana Dia Cinta


Cinta itu anugerah-Nya...
Jangan ada benci antara kita...


Judul : Kerana Dia Cinta
Penulis : Izza Aripin
Muka Surat : 481
Harga : RM18

Beli novel ni sebab promo RM10 kat Kaki Novel.

Rumusan Kisah :

Nurjia Amani (Gia) dipaksa untuk bernikah dengan Rayyan Al-Haimi (Ryan) sebaik sahaja dia tamat pengajian di luar negara, demi penyatuan dua buah syarikat korporat.

Ryan yang lebih menyukai duit dan kerja siang malam tidak mampu memberikan sebuah cinta kepada Gia  yang mendambakan sebuah cinta sejati yang tidak boleh dibeli dan ditiru!

Saat Gia pergi membawa rajuk di hati, Ryan sibuk dengan 'meniru cinta' dan menjerat dirinya sendiri. gia kembali setelah redha untuk menerima Ryan sebagai suaminya. Berita gembira yang dibawa Gia sedikit sebanyak mengubah cara layanan Ryan terhadap Gia. Namun, 'kebahagiaan' sementara itu diragut dek kerana 'cinta tiruan' Ryan. Gia membawa diri sekali lagi dan kembali sebagai Amani 3 thn kemudian.

Perkenalan dengan Haziq Hidayat (Zeek) membuahkan rasa cinta yang dicari-carinya selama ini. Dalam masa yang sama, Ryan kembali menagih cinta Gia!

Petikan-petikan dari dalam novel :

Dena : Marriage is a business. There are the co-partners, check and balance, profit and loss. Then, there will be assets and liabilities. Contohnya anak-anak. - m/s 22

Ryan : Gia... I'm a man and you're a woman. We both have the same needs. Tidak perlu ada rasa cinta untuk menjalinkan hubungan intim itu. Kenapa mesti kau menolak? Lagipun, aku suami kau yang sah. Sepatutnya, aku tidak perlu meminta hakku untuk bersama isteriku sendiri. - m/s 175

Zeek : Maaflah kalau saya berikan awak puisi cinta yang pernah popular dahulu. Walaupun itu lagu lama, saya memang menyukai lirik lagu itu yang kebetulannya sama dengan perasaan saya terhadap awak. - m/s 409

Ryan : Gia... Kalaulah kau tak terus lari... Kau akan sempat dengar pengakuan cinta aku pada kau. Cinta yang sebenar yang lahir daripada hati aku buat pertama kalinya terhadap kau. - m/s 453

Kata Ku : 

Biasanya, kita disogokkan dengan arrange marriage, pasangan gaduh-gaduh dan kemudian akan jatuh sayang. Berlainan dengan citer ni. Citer yang tak meleret-leret dan tak boleh dijangka kot! Ending yang sangat2 meleset dari jangkaan aku. Geram sangat kat Ryan. Lebih geram lagi kat Dena!

Kredit 4.5/5

No comments:

Post a Comment