Benarkah masa pengukur utuhnya
sebuah cinta?
Judul : Terukir Cinta
Penulis : Anna Lee
Muka Surat : 615
Harga : RM24
Novel baru published Sept 2013. Siap ada cop mohor author lagi! Suke!
Rumusan Kisah :
Menyahut cabaran Imran, kekasih-hati-5-tahun
yang tidak pernah hendak melamar Nadia, menyebabkan Nadia nekad ‘melamar’ Khalif
Aufa yang kebetulan berada di lokasi kejadian. Walaupun berpenampilan selekeh
dan disangka mat gian dan pencuri kereta, Khalif Aufa bertindak sebagai penyelamat
kepada Nadia dalam beberapa kejadian.
Oleh kerana Khalif Aufa yang
sudah ‘make-over’, menyebabkan Nadia tidak cam dengan Khalif sehingga la Khalif
sendiri memberikan hint. Namun, Nadia hanya mengenali Khalif sebagai driver bos
Emas Holdings dan menerima Khalif seadanya. Identiti Khalif terbongkar ketika
mesyuarat di antara Emas Holdings dan syarikat Nadia.
Nadia yang ternampak Khalif dan
Maisara, kekasih baru Imran, memasuki sebuah hotel dengan mesra, berasa kecewa
dan tertipu, lalu menerima Imran kembali dalam hidupnya.
Petikan-petikan dari dalam novel
:
Life isn’t about finding
yourself, life is about creating yourself. – George Bernard Shaw – m/s 3
“Lagipun… sebelum umur 35 tahun
aku akan pastikan aku ada kerjaya yang stabil dan gaji yang besar. Sekarang ni
aku dah ada Imran, jadi soal teman lelaki dan jodoh aku dah tak payah fikir
Cuma aku perlu fikir macam mana nak cari kerja yang gaji lebih besar dari sekarang.” – m/s 97
Aku menarik nafas kecewa. “Awak,
jangan pandang saya sebelah mata. Kalau saya tak tahan dengan desakan dia
orang, saya terima saha siapa pun yang datang pinang saya. Nak tunggu awak mahu
berkarat badan saya ni!” Hati aku mula berangin panas . – m/s 115
Aku memandang Yatie. “Dah lima
tahun aku fikir… mungkin malam ni malam untuk aku buat keputusan. Aku yakin dah
aku tak akan menyesal. Kalau dia betul cintakan aku, dia akan cari aku dan
pujuk aku lepas dapat pesanan ni. Kalau dia terus terima keputusan aku ni tanpa
banyak soal, maknanya memang dia dah lama mahu berpisah cuma tak berani.” – m/s
148
“Sudahlah Imran, awak nak
bercinta atau nak berkahwin dengan Maisara sekali pun I really don’t care! But
please… stop acting konon kau tu baik sangat. Dan tolonglah jangan nak tunding
jari salahkan saya sebab sememangnya awak tak sayangkan saya dan awak penakut
untuk berterus terang selama ni!” jerit aku. – m/s 173
“Jangan ajak aku pergi terjah
semua chalet dekat pulau ni, aku malas!” Aku membantah, sudah penat berlari
sana sini mencari Khalif. “Kalau memang ada jodoh aku dengan Khalif untuk
bertemu… kami akan bertemu,” ujar aku perlahan. “If you love something let if
go, if it comes back to you it’s yours, if it doesn’t, it never was,” tambah
aku lagi. – m/s 257
The greater the love, the greater
the tragedy when it’s over. – Nicholas Sparks – m/s 259
“Bayangkan. Kau orang berdua
jumpa dekat hentian bas. Siap berdrama segala. Bergambar segala. Lepas tu
terserempak pula dekat taman. Dekat warung. Lepas tu terserempak pula dengan
Emas Holding dan sekarang dekat sini. Siap bergambar bagai. Memang kau orang
berdua ada jodohlah.” Hujah Hara bersungguh-sungguh. – m/s 290
“Tak, hati saya tak tenangnak
keluar dari pejabat bila dapat tahu awak pun berada di bawah satu bumbung
dengan saya,” balas Khalif masih dengan suara romantiknya. – m/s 338
“Sejak pertama kali jumpa awak
saya memang tak dapat lupakan awak,” kata Khalif. – m/s 401
“Saya akan makan sampai habis
supaya hati awak tak berbelah bahagi untuk terima saya.” Lantas dia mengambil
sudu dan menyuap kek tersebut ke dalam mulut. – m/s 404
“Perasaan saya pada Maisara tak
sama dengan awak. Bila, seminggu awak tak ada di pejabat baru saya sedar yang
saya rindukan awak.” – m/s 435
Dahi Maisara berkerut. “If you
love someone, you really don’t care who he is. You just love him.” Dia memandang
sinis. – m/s 442
“Moving on in life is about
letting go of the past and embracing the future,” bisik aku perlahan. – m/s 454
“Saya minta maaf banyak-banyak
pada awak…” tambah Khalif lagi perlahan mencapai tangan aku. “Saya tak boleh
bagi tahu awak kenapa saya cintakan awak, sebab… semuanya bermula di sini dan
jatuh ke sini.” Jari telunjuknya menuding ke mata kemudian ke dadanya. “Saya
tak tahu kenapa mata ni terpikat dengan awak dan hati ni sering rindukan awak.
Saya memang tak tahu kenapa. Atau mungkin awak tahu?” soal Khalif memandang
sinis. – m/s 469
“Kalau itu keputusan awak, awak
pergilah. tapi saya tetap tunggu awak. Selagi awak tak jadi hak milik sesiapa,
selagi itu saya akan tunggu awak.” Imran menggenggam erat kedua-dua belah bahu
aku. – m/s 479
Life is about finding and
creating yourself. Then you will found someone to love till the end. – Julia
Esqa – m/s 615
Lagu dalam novel :
What Makes You Beautiful – One
Direction
Terukir Di Bintang - Yuna
Kata Ku :
Jalan citer yang santai, ringan dan
boleh dijangka.
Actually, aku tertarik ngan intro
citer ni… tapi bila dah pertengahan bab, rasa macam dah slow down kot. Lebih
bnyak citer Nadia ngan Hara dan Yatie. Buat tak puas baca psl hero + heroin! Nadia
ni blur giler sampai dah brp bnyk hint pun msh tak leh nak agak Khalif tu
siapa. Haishhh… Khalif mmg sweet! J
Klisenya bila ending isteri
pregnant, suami yg dpt morning sickness. J
Kredit 3.5/5
No comments:
Post a Comment