Pelangi, harap hadirnya meninggalkan bahagia di hati, bukan sisa cinta yang tidak lagi dihargai.
Judul : Sisa Sebuah Cinta
Penulis : Ian Juliana
Terbitan : Kaki Novel
Muka Surat : 916
Harga : RM30
Beli novel ni sebab promo RM10 kat Kaki Novel.
Beli novel ni sebab promo RM10 kat Kaki Novel.
Rumusan Kisah :
Renda Ghazali dijual utk
dijadikan pelacur oleh ayah tirinya. Ala-ala Ombak Rindu kan! Renda dijadikan
‘hadiah’ sempena harijadi ke-21 Ahmad Firasz oleh kawan-kawannya. Takdir
menyelamatkan Renda dari menjadi habuan Ahmad Firasz.
Selepas dua tahun, mereka bertemu
semula. Renda yang ketika itu teman serumah Ria, kakak kepada Ahmad Firasz,
menerima ajakan Ria untuk ke rumahnya.
Mereka dipaksa kahwin setelah
rahsia terbongkar, namun mereka tetap dengan kehidupan mereka masing-masing.
Tindakan Ahmad Firasz yang cuba untuk ‘menodai’ isterinya menyebabkan dia
dihalau keluar dari rumah dan syarikat oleh mama dan abang longnya.
Di saat hatinya sdh mula mahu
menerima kehadiran Ahmad Firasz, Renda diceraikan kerana Ahmad Firasz ingin
memberikan kebahagiaan kepada Renda dan Airel.
Renda membawa diri ke Perancis
dan berkenalan dengan Raihan Hasyri yang cuba menawan hatinya. Kebahagiaan
bercambah dengan hadirnya Aisy.
Petikan-petikan dari dalam novel
:
Ahmad Firasz : Tak payah nak beri
salam segala. Kau dengar sini perempuan, kau dengan aku tak mungkin dan tak
akan mungkin boleh serasi, walaupun atas nama pernikahan. Aku tetap cintakan
Shafina, bukan pelacur murahan macam kau? – m/s 132
Renda : Kau nampak jijik di pandangan
mata aku, aku tak akan pernah lupa dan maafkan kau sehinggalah jasad aku
bercerai daripada badan! – m/s 255
Renda : Terima kasih, Airel. Hari
ini, awak pahatkan satu kenangan manis dalam perjalanan hidup saya dengan nama
awak terukir di atasnya. Di suatu sudut di dalam hati saya. Terima kasih
banyak-banyak. – m/s 242
Fazreen : Perempuan tu? Aik,
bukan kamu kata Renda tadi isteri kamu? Sekarang dengan senang hati kamu
panggil dia perempuan tu? Kamu memang tak layak nak menjadi suami dia Firz.
Memang kamu tidak layak! Sekarang kamu keluar. Keluar! – m/s 264
Ahmad Firasz : Tidak! Aku tidak
akan berbuat begitu. Kalau sampai mati pun kau tidak mahu memaafkan aku, sampai
mati juga aku tidak akan pernah melafazkan kata-kata itu. Biar kita sama-sama
menderita! – m/s 355
Ahmad Firasz : Kadangkala aku
rasa penat sangat nak mengejar kau, tapi kadangkala aku rasa ada juga manisnya
pengorbanan itu. Aku harap, kau dapat buka sedikit hati kau untuk aku melangkah
masuk, kita mencuba. Tapi, andai kebahagiaan itu tidak tertulis untuk kita
langsung, aku akan izinkan kau keluar dari penjara hidup aku dengan kerelaan
aku. – m/s 389
Ahmad Firasz : Kebahagiaan dan
senyuman kau tidak pernah jadi milik aku, malah bukan dihadiahkan dari aku.
Reda sahajalah Renda. Kita bukan diciptakan untuk bersama. Kau bukan terhasil
daripada rusuk aku yang hilang. – m/s 457
Raihan Hasyri : Sudi tak awak
jadi sebahagian daripada kehidupan saya? Sayap di jiwa saya… - m/s 657
Ahmad Firasz : Cinta Renda masih
banyak yang tertinggal, tidak dikutip balik namun tidak dibiarkan tanpa perasaan bertepuk sebelah tangan. Ianya
telah Firz simpan dalam hati yang penuh dengan cinta. Di situ sentiasa
sahaja hidup suburnya, menjadi pemangkin
jiwa. – m/s 911
Lagu-lagu dalam novel :
Where You Are – Jessica Simpson
Segenggam Tabah – Inteam
Mimpi Yang Pulang - Iklim
Kata Ku :
4 hari juga aku usung novel ni
dari ofis ke rumah, rumah ke ofis.. Cuma baca masa tggu tren & dlm tren,
time rehat kat ofis jer… tepaksa kurangkan baca novel kat rumah sbb anak nak exam.
J
Lebih berkisarkan tentang
kekeluargaan. Intro dan ending sangat dramatic walaupun agak mendatar kat
bahagian tengah novel. Meleret sikit. Rasanya, kalau watak Airel ngan Irene tu
takde pun takpe kot. Bertahun-tahun lamanya Ahmad Firasz nak meluahkan apa yang
terbuku di hati. Hmmm…
Kredit 3.5/5
No comments:
Post a Comment