Jika
dia Prince Charming, adakah aku Cinderellanya?
Judul
: Mencari Mr Charming
Penulis
: Anna Lee
Terbitan
: Fajar Pakeer
Muka
Surat : 662
Harga
: RM24
Rumusan
Kisah :
Indah
Lara aka Lara Alisya, seorang penulis sepenuh masa yang tidak mau dikenali. Dalam
pada tidak mahu dirinya dikenali, muncul Indah Water yang sering memberi
komen-komen pedas terhadap hasil tulisannya. Indah Water mempertikai kewujudan
Prince Charming, idaman Lara.
Keadaan
memaksa Lara untuk menerima tawaran kerja Sam untuk menjadi pengasuh kepada
Tania. Kehadiran Sam menyakinkan Lara bahawa Prince Charming memang wujud. Sam
sangat sempurna di mata Lara. Tania pula merupakan salah seorang peminat Lara.
Lara mula syak Sam adalah Indah Water bila mendapat tahu Sam akan menapis semua
novel sebelum dibaca oleh Tania.
Fazrin,
pelakon popular yang juga merupakan jiran Sam, menjadi teman rapat kepada Lara
sejak pertama kali bertemu. Fazrin membantu Lara make over untuk memikat hati Sam.
Lara pula sentiasa ‘SOS’ Fazrin untuk rujukan.
Petikan-petikan
dari dalam novel :
Fazrin
: Seorang lelaki itu romantik atau tak, semua itu tak penting. Selagi dia
adalah cinta hati kau dan selagi dia mencintai kau, itulah yang lebih
penting. Tak perlu ada syarat. All the
romantic stuff akan tercetus dengan sendirinya bila saling mencintai. Kadangkala
perkara yang romantik ni kita tak boleh nak jelaskan satu persatu. – m/s 217
Fazrin
: Kalau dia jodoh aku, walau apa pun terjadi tetap jadi milik aku. Tapi kalau
dia bukan jodoh aku, aku kongkong macam mana sekalipun dia tetap akan terlepas.
– m/s 309
Lara
: Cinta ibarat boomerang. Walau dilempar sejauh mana sekalipun, kalau dia
adalah jodoh kita, dia tetap akan kembali pada kita. – m/s 315
Sam
: Tapi awak tipu bawa kebaikan pada saya. Cuba bayangkan kalau awak tak terjah
interview tu mesti sampai sekarang saya tak dapat kenal awak. Terima kasih
sebab terjah hari tu, tapi lepas ni jangan nak terjah mana-mana interview lagi.
Bahaya! – m/s 351
Sam
: Saya bukan budak remaja. Saya tak ada masa nak bercinta macam orang muda. Apa
yang saya perlukan seorang isteri. Bukankah lebih manis jika bercinta selepas kahwin?
– m/s 415
Lara
: Tak berani aku nak jadi isteri kau. Lainlah kalau ada surat warranty yang kau
ni akan jadi romantik. Kalau terus jadi sarkastik, mau kurus kering aku. - m/s
425
“Kalau
kau nak tahu sama ada hati kau keliru atau tak, kau letak tangan kau dekat sini.”
Lantas dia membawa tangan aku ke dadanya. Serentak itu terasa seperti ada aliran panas menjalar masuk ke
lubuk hati aku. – m/s 540
Syikin
: You akan sedar you cintakan seseorang bila you kehilangan cinta itu. – m/s
611
Lara
: Aku mengaku aku silap. Terlalu romantik sebenarnya membosankan. Misteri lebih
mencabar. Tak jemu meneroka dan meneka apa yang ada dalam hati mereka. Sebab itu
mereka menarik. Sebab itu tipikal lelaki Melayu
mahal harganya. – m/s 639
When
love is true, people can see it. – m/s 642
Fazrin
: Aku tak mahu kau pening kepala. Kalau boleh aku nak kau tengok aku dengan
hati dan bukan dengan rasa bersalah atau simpati. – m/s 649
Perkahwinan
bukan sebuah perhentian, tetapi bermulanya satu pelayaran. Jika kita bijak
memilih nakhoda, maka insya-Allah pelayaran kita akan selamat sampai ke
destinasinya. – m/s 661
Kata
Ku :
Dah
follow citer ni dalam blog redscarf lagi sebenarnya. Tapi, tak tau pulak novel
ni publish time2 book fair bulan 12 hari tu.
Ada
some parts yang agak slow dlm citer ni. Tapi, ada pengisian tang novel berat vs
novel ringan.
Errmmm..
mmg agak surprise tang Syikin + Sam! Indah Water tu pun aku tak jangka kot!
Hehehe…
Suka
jer ngan Lara + Fazrin. Gelak besar bila Lara kenakan Fazrin kat kampung.
Fazrin kena pakai jubah! Hahahaa… Tapi, paling aku suka time diaorang confess
rasa hati tu… Sweet ending!
Kalau
nak tau beza Mr Charming ngan Prince Charming, kena la baca novel ni! :D
Kredit
3.5/5
Karya-karya
Anna Lee yang lain :
No comments:
Post a Comment