Dengan kasih sayang Allah, tiada
yang mustahil.
Judul
: Awak Suka Saya Tak?
Penulis
: Melur Jelita
Terbitan
: Karyaseni
Muka
Surat : 1056
Harga
: RM35
Dah
lama sgt baca kat on9 citer nie… ingat kuda, ingat citer nie.
Member beli kat
book fair baru ni diskaun RM10! Berbaloi-baloi kan… Cetakan ke 14 ok?!
Rumusan
Kisah :
Setelah
8 tahun, Muhammad Hilman Yong Abdullah aka Damien Yong Teik Wah bertemu semula dengan Puteri Intan
Zulaikha, yang disangkanya akan berkahwin. Apabila menghadiri majlis
persandingan tersebut, Hilman lega kerana majlis tersebut adalah majlis abang
Intan. Hilman melamar Intan, namun Intan menolak lamaran tersebut kerana tidak
pasti dengan hatinya. Tatkala Intan sedar dan pasti akan hatinya, Hilman pula sedang
berada dalam satu upacara akad nikah. Kekecewaan menyebabkan Intan melarikan
diri lalu jatuh sakit. Hilman berada di sisi Intan sepanjang tempoh tersebut
tanpa Intan mengetahuinya.
Tiga
tahun berlalu, Intan telah bangkit semula sebagai Zulaikha. Mengendalikan
kursus di Kuala Terengganu telah menemukannya dengan Hilman, pemilik resort
tersebut. Kerinduan pada Hilman dan keinginan untuk mengatasi rasa takut pada
kuda, membuatkan Intan mendaftarkan diri dalam kelas belajar-kuda. Hilman
bersifat tegas sebagai tutor Intan. Ketegasan yang sebenarnya menerapkan nilai
kasih sayang pada diri Intan.
Intan
dan Hilman akhirnya bertunang. Namun, dek kerana salah faham dan cemburu,
mereka bergaduh besar dua hari sebelum pernikahan. Hilman kemalangan lalu
hilang ingatan. Hilman sedar sebagai Damien. Keluarga Hilman bertindak meminta
agar Intan menjauhi Hilman demi kesihatan Hilman. Rasa cinta yang kuat terhadap
Intan, mendekatkan mereka kembali.
Kata Ku :
Heavy reading. Sarat dengan ilmu
keislaman dan juga tentang kuda! But I must agree that, a bit meleret-leret.
Sebagaimana Firman dalam ILUS dan
MyPI, begitu la jugak Hilman dalam citer nie. Hero yang membantu dalam
‘membetulkan’ heroin dengan hujah-hujah berilmu.
Watak Intan ni masuk dlm list heroin
yang aku tak berkenan. Huhuhu…
Kredit 3/5