Friday, 17 April 2015

Novel : Jangan Jatuh Cinta

Arahan hati yang paling sukar nak dipatuhi..

Judul : Jangan Jatuh Cinta
Penulis : Adah Hamidah
Terbitan : Karyaseni
Muka Surat : 729
Harga : RM28



Rumusan Kisah :

Hari-hari Ana Syahidah sangat mencabar apabila menjalani praktikal di syarikat kepunyaan Encik Afdhal yang mengalami Bipolar Disorder. Ada masa, normal. Ada masa, gila! Penemuan sketch book milik Encik Afdhal membuatkan Ana tertanya-tanya kisah lalu Encik Afdhal.

Episod membantu Encik Afdhal pun bermula. Dahlia, wanita yang disukai Encik Afdhal dalam diam, bersetuju untuk menjayakan misi tersebut. Walaupun begitu, Encik Afdhal tetap memerlukan Ana di sisinya walaupun bertemu dengan Dahlia. Misi terbongkar dan Encik Afdhal merasakan bahawa Ana juga seperti orang lain yang menganggapnya gila.

Dalam masa yang sama, cinta hati Ana sejak kecil iaitu abang sepupunya, Abang Naim, yang juga menaruh perasaan terhadap Ana sejak dulu lagi. Namun begitu, hubungan mereka tidak dapat diteruskan memandangkan mak Abang Naim ingin menjodohkan Abang Naim dengan Dahlia.

Kecewa dengan semua yang berlaku, Ana membawa diri dan mulakan hidup yang baru di perantauan.


Kataku :

Novel ni mmg buat aku curious pasal Encik Afdhal. Tak sabar2 nak selak page seterusnya sebab nak tau sgt apa yang terjadi pada Encik Afdhal sampai macam tu scary sekali keadaan dia. Phewww…

Part paling scary of coz part Encik Afdhal bawa Ana balik ke Vila Dahlia, rumah yang sudah belasan tahun tidak dijejakinya. OMG… seraammm siottt…

Naim, bagi aku sgt la looser! Tabik spring kat Ana sbb berjaya menepis kata hatinya. Tapi, tak brp setuju ngan mak ayah Ana bila kebenaran tersingkap. Hmm..

Walaupun tak lovey-dovey, tapi aku suke jer..


Kredit 4/5


No comments:

Post a Comment