Thursday, 23 April 2015

Novel : Hadirkan Cinta Buat Aku

Tegarnya kau lukai.. hati yang tulus menyintai..

Judul : Hadirkan Cinta Buat Aku
Penulis : Tulip Ungu
Terbitan : Intens
Muka Surat : 628
Harga : RM25


Rumusan Kisah :

Sara Adelina yang melarikan diri dari Pak Usu nya, tumpang bermalam di halaman rumah Syarifah Raziah. Kerana simpati dengan Sara, Sara dijadikan pembantu rumah dan pengasuh kepada anak Syed Ziqri. Syed Ziqri telah kematian isteri selepas melahirkan Emma.

Cadangan Syarifah Raziah agar Sara dan Syed Ziqri berkahwin, dipersetujui mereka berdua. Syed Ziqri yang masih dibayangi arwah isterinya telah melalui malam pertama bersama Sara. Menyedari dirinya yang masih tidak dapat melupakan arwah isterinya, Syed Ziqri sanggup menawarkan Sara kepada kawan baiknya, Azmizy. Perkhabaran kandungan Sara menyebabkan Syed Ziqri melarikan diri ke England.

Syed Ziqri kembali semula ke Malaysia setelah lima tahun kerana ingin mendapatkan persetujuan uminya untuk menikahi Syarifah Letisya, sepupu arwah isterinya. Namun, Syed Ziqri mula jatuh cinta dengan Sara yang baru. Sara kini sudah menjadi idaman ramai termasuk Azmizy, Fakry dan Tuan Ghaffur. Syed Ziqri mula sedar akan tanggungjawab pada anak-anaknya dan mula meraih kasih daripada Sara.


Kataku :

Walaupun bnyk sgt plot dlm citer ni tp mcm messy plak..

Sgt x suke ngan Syed Ziqri. Sbb:

1. Ziq tinggalkan Sara after malam pertama. Ok, even bukan terus2 blah tp still x patut! Alasan keliru dengan perasaan mcm x bleh  nak terima jer. Grrr..

2. Bleh pula nak bagi Sara kat Mizy?!

2. Muncul balik after 5 years and itupun sbb nak kahwin lain

3. Tak tegas bila berdepan dengan Syarifah Letisya & papa Tisya

Yang kureng logic bila Ziq sanggup jadi tukang pungut sampah semata2 nak lepaskan rindu kat Sara. Over kot..

Tak suke ngan Fakry yang tak faham bahasa. Lagi nak rumitkan keadaan. Tuan Ghaffur.. serius x sangka!

Suke ngan Emma yang pandai jaga perasaan mama dia.

Part umi Ziq pun sanggup ketepikan perasaan Sara sbb nak selamatkan syarikat, sangat2 pentingkan diri sendiri.

Ending utk Ramzi & Dato Ibrahim mcm x brp nak puas hati plak..

Anyway, suke ngan karakter Sara yang tabah dan tegas.


Kredit 3.5/5


No comments:

Post a Comment