Dirimu laksana chandelier. Paling menyerlah, paling cantik
dan memukau perhatian...
Tapi sayang, dikau hanya sekadar perhiasan.
Judul : Chandelier
Penulis
: Acik Lana
Terbitan
: Kaki Novel
Muka Surat : 814
Harga
: RM32
Rumusan
Kisah :
Keisha
Edlina, si gold digger, hidup mewah atas tajaan lelaki kaya yang mudah tergoda dengan paras wajah & bentuk tubuhnya yang
sempurna. Walaupun begitu, Keisha masih mampu untuk mempertahankan kesuciannya.
Tatkala sedar dia perlukan sebuah jaminan kehidupan yang mewah, Keisha cuba untuk
megikat Datuk Eusoff dalam sebuah perkahwinan. Namun, niatnya tidak tercapai dek
kerana drama yang dicipta oleh anak Datuk Eusoff.
Tan Sri
Emran muncul menjadi 'hero' penyelamat. Keisha baru berangan hendak memegang
gelaran Puan Sri namun impian berkecai disebabkan insiden yang menimpa Keisha. Keisha
mula berputus asa. Aset yang dia ada sudah tidak sempurna. Keisha terpaksa
meninggalkan Tan Sri Emran kerana tidak mampu berdepan dengan hakikat dirinya
sudah tidak sempurna.
Saat
ini, hanya Kaef dan keluarga Kaef sahaja tempat Keisha bergantung. Kaef sering
muncul menjadi pelindungnya walaupun hubungan mereka sebelum ini tidaklah
serapat mana. Keisha mula berubah. Hati mula menyayangi Kaef. Harapkan panas
hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Keisha memilih untuk mengorbankan
rasa cintanya pada Kaef kerana tidak sanggup melihat kejatuhan Kaef yang
berpunca dari masa silamnya.
Kataku
:
Mmg sesuai sgt judul chandelier ngan storyline citer ni.
Selepas
citer Pelangi Cinta Buat Suami, novel chandelier ni paling terkesan kat hati.
Bukan la kata novel lain Acik Lana x best, tapi ntah la. Maybe sebab plot citer
ni. X meleret sgt. X slow sgt.
The
truth is aku x bc pun sinopsis kat blkg novel. So,apa yg aku expect x betul la
plak. Ingatkan Kaef & Keisha akan berkahwin di pertengahan citer, pastu
rumahtangga mereka akan teruji disebabkan kekhilafan Keisha. Tapi aku salah...
Aku x tau la kalau aku sanggup berkorban mcm Keisha. Hmmm.. You deserve the happiness Keisha!
Kredit 5/5