Duduklah berlindung dalam hatiku selama mana yang kau mahu, Kerana seluruh jiwa, seluruh raga, dan seluruh cinta ini hanya untukmu. |
Judul
: Kerana Aku Untukmu
Penulis
: Acik Lana
Terbitan
: Lovenovel
Muka
Surat : 827
Harga
: RM35
Sebab
pasni nak review Chandelier.. cehh.. padahal x amik pun novel dari member yang
tolong belikan kat bookfair! Hahaah.. kita review dulu citer KAU ni.. Baru
complete set citer Acik Lana..
Rumusan
Kisah :
Perkahwinan
Zenia dengan Fakry selama dua tahun, tidak pernah membahagiakan Zenia, malah
hidupnya terseksa dengan maksiat demi maksiat yang dilakukan Fakry di depan
matanya dan di dalam rumahnya sendiri. Fakry tidak pernah reda dengan
perkahwinan yang diatur oleh ibunya, namun terpaksa mengahwini Zenia disebabkan
wasiat harta ibunya. Sikap Fakry semakin teruk sehingga mengasari Zenia. Zenia
dan Fakry akhirnya bercerai juga.
Zenia
tekad mulakan hidup baru dan kemunculan Darriz Imdad, bekas majikan Zenia yang menaruh
perasaan terhadap Zenia sejak kali pertama bertemu Zenia, mula menagih cinta
Zenia. Ibu Darriz Imdad yang pada mulanya menentang perhubungan mereka akhirnya
bersetuju dengan perkahwinan mereka.
Fakry
mula sedar akan kehilangan Zenia dan merayu supaya Zenia kembali kepadanya.
Kebahagiaan Zenia membuatkan Fakry hilang pertimbangan.
Kataku
:
Macam
biasa Acik Lana nyer writing mmg agak berat jalan citer dia. A bit slow kat
permulaan citer. Slowly pick up bila Fakry dah jadi psiko! Giler talak!
Part
‘kidnap’ mmg buat aku tak senang duduk. Kesiannya kat Zenia. Rasa nak tembak
jer Fakry masa ni. Tapi ‘kesan’ kidnap yg satu tu mmg tak sangka. Saspen siot!
Goshh…
Cadar
putih for malam pertama??? Seriously umi??!!
Mann!!
Darriz
mmg terbaik! Zenia, I think typical kinda woman! Huhuhu..
Kredit
4/5
No comments:
Post a Comment