Tuesday, 12 May 2015

Novel : Suamiku Paling Sweet

 
Kerana dia sweet, hati yang beku pun boleh cair

Judul : Suamiku Paling Sweet
Penulis : Anjell
Terbitan : Karyaseni
Muka Surat : 791
Harga : RM29

Sebab nak layan citer baru Anjell, Tundukkan Playboy Itu, maka gigih la nak review novel ni. Heheeeh..

Rumusan Kisah :

Atas permintaan mamanya, Qisya Iris terpaksa menjadi orang gaji dan pengasuh Hafiy, di rumah kawan mamanya. Berjaya memikat hati Hafiy sehingga dipanggil mummy oleh Hafiy. Izz Haikal, daddy Hafiy, senang dengan kehadiran Qisya.

Namun, insiden yang berlaku sehingga menyebabkan Qisya terpaksa berkahwin dengan Izz menyebabkan Qisya meninggalkan rumah selama dua minggu. Berjaya dikesan oleh Izz, Qisya bersetuju untuk tinggal sebumbung dan meminta Izz untuk tidak bercerita tentang insiden telah berlaku.  Izz melayan Qisya dengan baik. Perlahan-lahan Qisya mula menerima Izz. Hubungan mereka bertambah rapat setelah Qisya menjalani ‘praktikal’ di syarikat Izz.

Namun, hubungan Maya dan Izz, disalahertikan oleh Qisya. Kehilangan Ikram, teman baik Qisya dan kemunculan Danny menimbulkan tanda tanya.


Kataku :

Still prefer Eksperimen Cinta.

To me, takde  la sweet sangat pun. Tp Izz sgt cool & mature. Sgt forgiving. Everything pun well handled. Too perfect plak rasa.

Sangat kontra plak ngan Qisya. Tapi kontra itu yg buat dorang perfect!

Suka part White-Red-Black tu. Yg ni, serious sweet! Tapi, surprise tak menjadi la plak. Hahaha..

Paling suka Qisya close ngan Abang Q & suka Hakim yang sporting. Hafiy plak sgt mature.

Part ‘penculikan’ tu mcm lambat sgt plak terbongkar.. Hmm..

Update 1/8/16

Akan datang
Mawar Rashid sbgi Qisya Iris dan Syafiq Kyle sbgi Izz Haikal


Kredit 4/5

Friday, 8 May 2015

Novel : Rindu Kamu Mr Darcy

 
Mungkin untuk mengenal cinta perlukan rindu

Judul : Rindu Kamu Mr Darcy
Penulis : Syamnuriezmil
Terbitan : Penulisan2u
Muka Surat : 401
Harga : RM18

Yeay.. Dah lengkap akhirnya koleksi novel Syamnuriezmil aku.. kecuali kompilasi cerpen & Tercipta Untukmu... TAM pun dah baca... tp, masih terlalu awal nak review sbb masih ramai tak baca lagi kann... So, simpan dulu laa.. Hehhee..

Rumusan Kisah :

Hayfa Idhar dan Tengku Faris Darwisy bertemu pada hari merisik kakak Hayfa. Faris ketika itu turut serta dalam rombongan merisik selaku penasihat kepada rakannya, Erman. Nasihat Faris yang didengari oleh Hayfa membuatkan Hayfa sakit hati dengan Faris.

Pertemuan seterusnya berlaku di pejabat Hayfa. Faris bertindak sebagai pereka software untuk memudahkan kerja Hayfa, ID di syarikatnya.

Disebabkan ingin membantu masalah yang bakal dihadapi oleh keluarga Hayfa, Hayfa terpaksa meminta bantuan Faris dan Faris dengan berbesar hati menghulurkan bantuan.

Kemunculan Haziz Mukhlis menyebabkan konflik antara Hayfa, Faris dan keluarga Hayfa.


Kataku :

Banyak sangat choih kot!

Love the humble & businessminded Faris. Hehehe..

Suka part sorang demi sorang muncul.. Haziz, Antie Faridah, Rania, Umar, Ben..

Hayfa ni banyak sangat fikir la. Complicated betul otak. Nama pun prejudis kannn… Harus la dia prejudis, gara2 first crush rupanya…

Overall, enjoy the story.


Kredit 4/5

Thursday, 7 May 2015

Novel : Bimbo

Miss Bimbo versus Mister Douchebag. Fantasy versus Reality.

Judul : Bimbo
Penulis : Rin Ahmad
Terbitan : Kaki Novel
Muka Surat : 570
Harga : RM23

Karya Rin Ahmad mmg selalu dinanti-nantikan… Next year plak baru dpt baca her new piece. Patiently waiting for JET or perhaps DD.

Rumusan Kisah :

Tragedi yang menimpa kedua ibubapanya membuatkan Elsuraya menjadi seorang pendendam terhadap Azad, yang baginya adalah pembunuh kepada kedua ibubapanya. Namun, auntie El memasang niat supaya El dijodohkan dengan Azad; realiti.

Perkenalan dengan Dani Ikram membuahkan bibit cinta; fantasi.

Mengetahui super someone akan menghantar rombongan ke rumah El, Dani tidak berfikir panjang bertindak mendahului  rombongan tersebut.

Kebenaran terbongkar juga saat Dani dan El berbahagia dengan status ‘tunang’. Kondisi Dani menyukarkan lagi keadaan. Setahun terpisah dan mereka dipertemukan semula.


Kataku :

Macam biasa.. her quotes that I love the most..

If you don’t want to be forgotten as soon as you are dead, either write things that are worth reading or do things that are worth writing – Benjamin Franklin – m/s 57

Build it or break it – m/s 73

Enjoy the little things. For one day you may look back and realize they were the big things – m/s 89
Be like a diamond, not like pebbles – m/s 105

Fantasy versus reality. Fantasy always fills the heart but reality always wins  – m/s 168

Sometimes people need fantasy to feel alive and fantasy can be reality too. A solitary fantasy can transform to a million realities – m/s 186

Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah – m/s 344

Strong person will not walk away from the people who hurt them. They will forgive because forgiving is their way of taking care of themselves – m/s 430

Distance doesn’t ruin the relationship but doubts do – m/s 436


I think I can relate how’s El’s feeling towards Azad. Dendam bertahun2 tapi bila jumpa, amarah yang dilampiaskan tidak sehebat dengan apa yang dia rasa selama bertahun itu. That’s exactly how I felt towards someone that supposed to be closed to me. Hmmm..

I loike how Dani & El met and how Dani’s ‘snail-pace’ to move on to next stage with El and how Dani ‘flirt’ with El. Heheheh..

Kesian kat Dani when the truth revealed tapi dia tak mampu nak defend himself becoz of his Bells Palsy attack.

One year of ‘silent’.  I can feel how suffers he is specially bila Dani layan balik CCTV, just to ‘see’ El! Huhuhu..

After all the obstacles to be together, that ‘tragedy’ made them ‘near but far’. Kesian El. How could Dani’s family tuduh El purposely buat mcm tu? Huh!!

Eventually, kesian gak ngan Azad. Best man wins, bro!

Dani Ikram – Elsuraya - Azad

Update 12/1/16 - Drama coming soon..

Image Credit here


Kredit 4/5

Wednesday, 6 May 2015

Novel : Terlanjur Mencintaimu

Cinta itu mudah datang kepada sesiapa yang bersedia menerima cinta

Judul : Terlanjur Mencintaimu
Penulis : Syamnuriezmil
Terbitan : Karyaseni
Muka Surat : 441
Harga : RM18

Drama dah habis pun kat tv, baru nak review kann… Actually, novel dah baca bape bulan dah. Tp, baru skrg nk review. huhuhu… tapi, mmg tak penah sempat nak layan drama dia.



Rumusan Kisah :

Tengku Hanis Zulaikha dan Johan Iskandar berkahwin atas wasiat nenda Hanis. Terdesak ingin mengetahui kebenaran yang berlaku terhadap ayah dan datuknya sehingga keluar sehelai pinggang dari syarikat usahasama dengan datuk Hanis, Johan Iskandar yang ketika itu sedang berkasih dengan Intan terpaksa memilih Hanis sebagai isteri.

Menerima semuanya dengan reda, Johan bahagia melayan Hanis yang masih cuba untuk menerima kehadiran dalam hidupnya. Sejarah lama membuatkan Hanis takut untuk ditinggalkan bila rasa sayang sudah bercambah.

Kehadiran Eryna mengundang cemburu di hati Hanis. Kemalangan kecil Johan menerbitkan risau di hati Hanis. Akhirnya, Hanis mengakui perasaannya terhadap Johan.

Johan dan Hanis semakin kesuntukan masa. Syarat wasiat menyatakan Hanis dan Johan perlu mempunyai anak dalam masa dua tahun.  Seandainya syarat tersebut tidak ditepati, segala harta peninggalan akan diserahkan kepada anak-anak yatim.

Kataku :

Sbb dah baca novel Syamnuriezmil yang lain, novel yg ni belum ada aura Syamnuriezmil lagi. Writing skill msh fresh lagi.

Simple storyline. Tak meleret-leret. Kisah JOHANIS. Even kahwin berdasarkan wasiat, Johan Iskandar dan Tengku Hanis Zulaikha boleh & senang jer terima each other. So, tak nampak mcm kahwin paksa.

Funny part Kassim Selamat tu. Hahaha..

Maisarah mmg sporting & positif. Walaupun dah tau hal sebenar, relax jer dia.

Part kereta mak Intan terbabas tu macam agak over pulak.



Kredit 3.5/5

Tuesday, 5 May 2015

Novel : Kerana Aku Untukmu

Duduklah berlindung dalam hatiku selama mana yang kau mahu,
Kerana seluruh jiwa, seluruh raga, dan seluruh cinta ini hanya untukmu.

Judul : Kerana Aku Untukmu
Penulis : Acik Lana
Terbitan : Lovenovel
Muka Surat : 827
Harga : RM35

Sebab pasni nak review Chandelier.. cehh.. padahal x amik pun novel dari member yang tolong belikan kat bookfair! Hahaah.. kita review dulu citer KAU ni.. Baru complete set citer Acik Lana..

Rumusan Kisah :

Perkahwinan Zenia dengan Fakry selama dua tahun, tidak pernah membahagiakan Zenia, malah hidupnya terseksa dengan maksiat demi maksiat yang dilakukan Fakry di depan matanya dan di dalam rumahnya sendiri. Fakry tidak pernah reda dengan perkahwinan yang diatur oleh ibunya, namun terpaksa mengahwini Zenia disebabkan wasiat harta ibunya. Sikap Fakry semakin teruk sehingga mengasari Zenia. Zenia dan Fakry akhirnya bercerai juga.

Zenia tekad mulakan hidup baru dan kemunculan Darriz Imdad, bekas majikan Zenia yang menaruh perasaan terhadap Zenia sejak kali pertama bertemu Zenia, mula menagih cinta Zenia. Ibu Darriz Imdad yang pada mulanya menentang perhubungan mereka akhirnya bersetuju dengan perkahwinan mereka.

Fakry mula sedar akan kehilangan Zenia dan merayu supaya Zenia kembali kepadanya. Kebahagiaan Zenia membuatkan Fakry hilang pertimbangan.

Kataku :

Macam biasa Acik Lana nyer writing mmg agak berat jalan citer dia. A bit slow kat permulaan citer. Slowly pick up bila Fakry dah jadi psiko! Giler talak!

Part ‘kidnap’ mmg buat aku tak senang duduk. Kesiannya kat Zenia. Rasa nak tembak jer Fakry masa ni. Tapi ‘kesan’ kidnap yg satu tu mmg tak sangka. Saspen siot! Goshh…

Cadar putih for malam pertama??? Seriously umi??!!  Mann!!

Darriz mmg terbaik! Zenia, I think typical kinda woman! Huhuhu..


Kredit 4/5