Bila dia jelling aku tanda tak suka,
mesti jantung aku melompat bagai nak gila!
- Alisa
Judul
: Suami Aku Ustaz
Penulis
: Hannah Dhaniyah
Terbitan
: Karyaseni
Muka
Surat : 583
Harga
: RM22
Rumusan
Kisah :
Nur
Alisa dinikahkan dengan Ustaz Hafiz, sepupu dan juga cikgunya sendiri, atas
permintaan kedua ibubapa Alisa sebelum keberangkatan mereka ke Mekah. Ibubapa
Alisa yakin Ustaz Hafiz boleh menjaga, melindungi dan membimbing Alisa.
Pernikahan
mereka tidak dihebohkan sehingga berlangsungnya kenduri mereka selepas SPM
Alisa. Bimbang dipandang serong, Alisa sehabis mungkin merahsiakan statusnya
sepanjang persekolahan. Ustaz Hafiz seorang yang penyabar melayani karenah
isterinya. Semakin hari, Alisa semakin berubah dan dapat menerima Ustaz Hafiz.
Perasaan Alisa diuji apabila dia menyambung pengajian ke universiti tempatan. Kehadiran Naim sedikit sebanyak mengganggu gugat perasaan Alisa.
Perasaan Alisa diuji apabila dia menyambung pengajian ke universiti tempatan. Kehadiran Naim sedikit sebanyak mengganggu gugat perasaan Alisa.
Kata Ku :
Honestly, first impression terhadap
judul novel ni mesti la ada unsur Islamic. A bit reluctant nak baca sebab takut
bosan. No offence ok!
But then, I find myself enjoy
reading the novel. A very easy reading novel. Tak meleret-leret. Takde drama
sgt. Pengolahan citer yang santai.
Mungkin ramai yg tak setuju kahwin
time sekolah, tapi dah namanya pun kena paksa kahwin kan.. bukan Alisa yang
gedik sgt nak kahwin. Nak blame parent Alisa? Biasa lah orang tua-tua…
pemikiran diorang lain sket.
Suka dengan Ustaz Hafiz yang
menggunakan pendekatan tersendiri dan analogi-analoginya dalam membantu memperbaiki
dan membentuk jati diri Alisa. Suka dengan Alisa yang perlahan-perlahan
menerima kehadiran Ustaz Hafiz dalam hidupnya. Sangat terkesan bila Alisa
malu-malu apabila diusik suaminya. TAPI… macam x patut jer adegan usik-mengusik
di sekolah. And lagi… tak berapa setuju dengan tindakan Alisa menipu status
dirinya ketika melanjutkan pengajian.
Dalam diam-diam, ter-compare jgak
dgn karya-karya Melur Jelita. I mean dari segi pengisian Islamic.
Analogi-analogi Ustax Hafiz lebih santai. Sesuai la nak bagi paham isterinya
yang remaja itu. Ehehe…
Oh yee... Citer ni bakal ditayangkan di pawagam tahun ni kot... Gadingan Nora Danish & Adi Putra!
Kredit 3.5/5
No comments:
Post a Comment