“Apakah
perasaan benci ni sebenarnya cinta? Hesy! Pada secretary? Not my class okay!”
Judul
: Gaun Cik Bos, Tuxedo Mr. Secretary
Penulis
: Fatrim Syah
Terbitan
: Kaki Novel
Muka
Surat : 499
Harga
: RM20
Rumusan
Kisah :
Adam
bekerja sbg penyanyi secara sambilan di restoran pada waktu malam untuk
menampung kehidupannya bersama Danish, anak yang dipeliharanya sejak 3 tahun
yang lalu. Adam telah menghadiri banyak sesi temuduga namun nasib belum
menyebelahinya sehinggalah Adam diterima bekerja sbg setiausaha Khalisah,
dengan bantuan Rafida, sahabat baik Khalisah.
Khalisah
yang garang menyebabkan semua setiausahanya sebelum ini tidak kekal lama
bekerja dengannya. Adam seorang yang rajin dan tekun bekerja sering dibuli oleh
Khalisah. Malah Khalisah menyuruh Adam memanggilnya Cik Bos. Dalam tak sedar,
Khalisah sebenarnya meminati Adam. Begitu juga dengan Rafida yang meminati Adam
dalam diam. Khalisah menganggap Adam seorang penipu bila menyedari kehadiran
Danish dalam hidup Adam.
Kepulangan
Aril dan cubaan bunuh terhadap Azhan menimbulkan pelbagai persoalan. Siapakah
dalang di sebalik semua persoalan tersebut..
Kata
Ku :
Bnyk
plot. Saspens!
So,
kalau nak lari dari genre romance dan bahasa yg membuai2 perasaan, aku mmg
rekomen sgt ngan naskah ni.. tak meleret2..
Kredit
4/5
Buku ini ada atas meja. Tp tak ada keinginan nak baca...
ReplyDeleteSama la ngan kawan I sorang... dah berminggu buku tu atas meja tak habis2... huhuhu...
Delete