Tuesday, 29 September 2015

Novel : Seseorang Untuk Aku


 Dia Amanah
Dan, Aku Penjaganya…

Judul : Seseorang Untuk Aku
Penulis : Rehan Makhtar
Terbitan : Karyaseni
Muka Surat : 620
Harga : RM25


Rumusan Kisah :

Percintaan Lailatul dan Zarul selama beberapa tahun akhirnya diakhiri dengan perkahwinan Zarul dengan Lizahani, adik Lailatul. Atas dasar tanggungjawab dan amanah kedua ibubapanya, Lailatul inginkan kebahagiaan Lizahani terlebih dahulu sebelum memikirkan tentang dirinya sendiri. Zarul yang kian mendesak, akhirnya meminang Lizahani. Rahsia perhubungan Zarul dan Lailatul diketahui Lizahani pada malam perkahwinannya. Kerana kecewa dan cemburu, Lizahani pada mulanya telah menghalau Lailatul daripada kampung.

Muhamad Al-Qadr (Qadr), sahabat Zarul yang menghadiri majlis perkahwinan Zarul, bercuti di rumah sewa keluarga Zarul, telah ditangkap khalwat bersama Lailatul, ‘tukang kemas’ rumah tersebut.

Demi rasa tanggungjawab, simpati dan risau sekiranya insiden tersebut diketahui umum, Qadr bertindak mengahwini Lailatul. Lailatul yang tidak punya sesiapa hanya mampu berserah kepada nasib. Dan sekali lagi, dirinya diuji apabila harus berjauhan dengan suami. Demi amanah suami, Lailatul tabah menghadapi mak mentua yang belum dapat untuk menerima dirinya.

Tatkala mak mentua sudah mula menerima dirinya, Lailatul terus diuji lagi. Mampukah Lailatul mengecap kebahagiaan?

Kataku :

Simple & typical storyline, tapi penuh dengan penghayatan emosi. Kenapa typical? Sbb citer dia pasangan kena tangkap basah & mak mentua tak boleh terima menantu. Dan typical gadis melayu yang hanya berserah pada nasib.

Lailatul bagai lilin yang berkorban demi adik tersayang tapi dikhianati. Sedih dan kesian sgt dengan nasib Lailatul. Tapi, Lai sangat bernasib baik sebab dapat jumpa ngan Qadr yang sanggup tolong dia even niat asal Qadr pada mulanya tak brp nak betul.

Meleleh airmata bila baca part Lai makan bagai pengemis. Dapat bayangkan bila Lai melutut nak habiskan sisa makanan sambil menangis! (Page 314)

Sangat2 touching juga baca part mama Qadr mula dapat terima Lai sebagai menantu. Lai mula bercerita tentang hal arwah ibunya. Dapat rasa kerinduan seorang anak pada ibunya.

Kalau nak compare Liza ngan Zarul, aku lagi  menyampah ngan Zarul. Adoii la Zarol!


Kredit 4.5/5



Friday, 11 September 2015

Novel : Street Vendetta



Cinta harus dikejar atau akan hilang digugus-gugus waktu
“Love is always a beautiful things in our hearts. Sweet & sour!”

Judul : Street Vendetta
Penulis : Mazni Aznita aka Anita Aruszi
Terbitan : Buku Prima
Muka Surat : 631
Harga : RM19.90


Rumusan Kisah :

Culas menjelaskan bayaran bulanan pinjaman kereta, Anabella dipertemukan dengan Kojie, si penarik kereta. Walaupun berjaya beberapa kali meloloskan diri dari Kojie, Anabella yang dalam perjalanan ke Cherating terkejut apabila menyedari Kojie berada di dalam keretanya. Maka, diheretnya Kojie ke Cherating semata-mata untuk mengejar Iqbal, pujaan hatinya zaman belajar dulu.

Di Cherating, Kojie mula sedar bahawa dia sudah mula jatuh suka pada Anabella. Namun, kecewa dengan tindakan Anabella yang meninggalkannya dan pergi bersama Iqbal. Perpisahan mereka membuka cerita baru.

Kojie yang terus senyap sejak perpisahan mereka di Cherating dan pertemuan dengan Fakruzi, yang seiras dengan Kojie membuatkan Anabella keliru dan rindu pada Kojie. Apakah ada misteri di sebalik Kojie-Fakruzi?

Kataku :

Re-read novel ni coz diadaptasi ke drama. Hehehe..

Tak lovey-dovey pun citer ni.

Intro agak kelakar. Si penarik keta rupe nya!! Hahahah.. Suka bila ending pun relate balik intro.

Misteri Kojie-Fakruzi-Fairuz mmg buat aku tertanya2. ‘Hantu-mak-limah’ aka nenek telangkai tu pun suspen gak. Seram gak mula2.

Some parts, melawak over sgt. Bleh tak ckp mcm tu. Kekekek.. Tapi, agak confuse part Bella accident tu.

Nad Zainal & Syahrul Ridzuan

Kredit 4/5


Tuesday, 8 September 2015

Novel : Tuan Anas Mikael


Kenapalah saya tersayang Tuan?




Judul : Tuan Anas Mikael
Penulis : Syamnuriezmil
Terbitan : Penulisan2u
Muka Surat : 564
Harga : RM25


Rumusan Kisah :

Ayu Maisarah terpaksa menggantikan tempat ibunya yang demam untuk bekerja di rumah Tuan Anas Mikael sebagai pembersih rumah. Kesalahan yang dilakukan sewaktu bekerja menyebabkan Ayu terjebak dan terikat dengan ‘kontrak kerja’ Tuan Anas.

Pelbagai kerja yang perlu dilaksanakan dan memerlukan Ayu untuk menjalani pelbagai latihan antaranya memasak, belajar memandu dan tatarias diri. Ayu mengagak bahawa semua latihan tersebut merupakan persediaan sebagai Pengurus Projek di Krabi. Tanpa Ayu sedari bahawa Tuan Anas sedang mempersiapkan dirinya untuk dijadikan calon isteri.

Perasaan masing-masing mula merindu bila berjauhan. Namun, Ayu nekad letak jawatan dan pulang ke Malaysia setelah kecewa dengan tindakan Tuan Anas memperkenalkan peguamnya sebagai bakal isteri kepada ibunya. Mampukah tindakan Tuan Anas itu menyelamatkan Ayu dari dibunuh? Jom baca…

Kataku :

Mmg tak sabar sgt nk peluk novel ni bila dah follow dlm FB/blog penulis.

CAM + TAM = GAM!! Siap berpassword bagaii blehh… hahahaha..

“Jaga saya elok-elok, Cik Ayu. Kalau awak jaga saya elok-elok, saya akan jaga awak elok-elok juga.” - TUAN ANAS MIKAEL

CAM yang selamba dan yakin. TAM yang kekwat tapi sweet mmg sesuai betul. Suka dorang kat Krabi. Part ‘pesan kat bulan’ tu mmg x bleh blah.. hahahahah… malu siot!!

Tapi, geram gak ngan CAM yang tak nak ngaku perasaan dia kat TAM. Ye la.. ada sebab kann…

Sebab dah bleh agak klimax, so kurang sikit bintang. Overall, sgt enjoy this piece. SEP10 & ASN still the best thou’.

Suke bila tau citer ni akan diadaptasikan. Tak sabar nak layan…

Aaron Aziz & Zara Zya

Kredit 4.5/5